Friends
Salam
Hari ini cuti umum untuk negeri Selangor. Walaupun saya tinggal di Negeri Sembilan, semua orang di rumah saya bercuti kerana masing-masing bekerja atau belajar di Selangor. So, Relaks maa... best, best!
Hah, hari ni nak cerita pasal benda-benda sensasi ni. Tentang ada duit dengan tak ada duit, atau tentang bila kaya atau berada vs bila susah dan tak ada apa-apa!
Kenapa bila kita banyak duit dan kelihatan senang, ramai yang nak kawan dengan kita? Sangat laku. Bila tak ada apa-apa, tak usah haraplah. Semua akan menjauhkan diri. Bila kita berkedudukan tinggi dalam masyarakat, ramailah yang nak kenal dengan kita. Banyaklah semut yang datang menghinggap sebab terasa manisnya. Tapi bila tak manis lagi, semut pun pakat lari, tak suka kan kita lagi. Kesian.
Ada orang memilih kawan. Mahu berkawan dengan orang-orang yang senang sahaja. Kalau tak senang, tak kuasalah nak dekat. Buat menyusahkan! Katanya, "Kalau kawan-kawan kita orang berada, senanglah kita nak buat bisnes. Kalau jual apa-apa pun mudah orang nak beli." Iya ke tu? Tapi kalau memanjang asyik menjual aje, orang pun malas nak beli. Takkan asyik beli aje kot?
"Kalau kawan-kawan kita banyak duit, senang nak ajak keluar, nak buat apa-apa pun tak susah. Senang jugak nak paw!"
Saya pulak sangat berbeza. Dari kecil lagi dah macam tu. Saya takut berkawan dengan orang kaya. Dulu, masa saya sekolah, rata-rata kawan-kawan saya adalah orang biasa-biasa sahaja. Mungkin satu saja kawan saya yang kaya, yang lain tak kaya! Huh! Kakak dan adik-adik pulak berbeza. Mereka berkawan dengan orang-orang yang senang (walaupun bukan semua kaya-raya), tapi tak ada yang susah. Saya jenis berkawan dengan kawan-kawan yang ada tinggal di kawasan pedalaman. Nak pergi ke rumah dia sampai kena jalan kaki berbatu-batu. Tapi saya tetap pergi. Kawan maaa...
Sekarang pun saya masih macam tu. Memang ada kawan-kawan saya yang kaya. Kaya-raya pun ada. Tapi saya sentiasa berkawan dengan kawan-kawan yang biasa-biasa. Saya senang begitu. Kalau kawan saya susah, saya lagi bertambah concern. saya tak akan menjauhkan diri. Bagi saya, bila kawan ditimpa musibah, itulah masa mereka memerlukan kita sebagai penyokong semangat. Bagi saya, tak kisahlah kawan kita kaya ke tidak, asalkan mereka ikhlas berkawan dengan kita. Saya tak pernah (in sya Allah) menjauhkan diri saya daripada mereka yang tiba-tiba jadi susah atau ditimpa musibah, kerana bila saya susah, saya juga perlukan kawan-kawan untuk berikan semangat pada saya (dalam apa jua keadaan).
Mudah kata, saya sayang pada semua yang sayang saya, tak kisah apa sekalipun keadaannya.
Wassalam.

