Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Monday, June 10, 2013
Cita Rasa Yang Berbeza
Sekadar hiasan
Assalam.
Cita rasa atau citarasa? Banyak orang keliru, kan? Saya pun selalu tersasul. Kalau ikut kamus Dewan Bahasa, perkataan itu ialah cita rasa, bukan satu perkataan. Okeylah, tak mahu jadi guru BM pula.
Pagi ini saya nak bersembang tentang cita rasa manusia yang sangat berbeza-beza. Sebelum itu, sajalah nak berlabon pasal hujung minggu yang lepas. Saya hadir dua majlis perkahwinan. Satu di Rawang dan satu lagi tak jauh dari rumah saya. Kebetulan, kedua-dua masa tu, memang panas terik. Nak buat macam mana, kan? Memang musim panas sekarang ini. Malam Sabtu, suami saya dan anak-anak membakar satey, saja buat suka-suka. Kami tak beli pun, semua buat sendiri. Suami saya tentang bab itu, memang suka melayan anak-anak dan cucu-cucunya. Alhamdulillah.
Berbalik pada cerita cita rasa ni... kadang-kadang kita rasa pelik, kan? Mungkin pada mata kita, kita tak nampak pun di mana cantiknya seseorang itu, tetapi pada mata orang tertentu, mereka melihat 'orang' itu menarik. Tuhan maha kaya, manusia ini dijadikan berbeza-beza. Begitulah dengan kaum hawa, ada yang suka pada lelaki yang nampak garang, ada janggut dan jambang, ada tu suka yang bermisai sahaja, ada yang suka lelaki bergoatee. Ada yang suka lelaki yang tak ada janggut dan misai, ada juga yang suka pada lelaki 'jambu'. Ada yang suka pada badan yang besar dan tinggi, ada yang minat pada yang comel. Macam-macamlah!
Perempuan yang menjadi pilihan lelaki juga turut berbeza. Di zaman sekarang ini, ramai yang tak kisah tentang umur wanita. Ramai lelaki yang mencari sesuatu yang lebih 'practical'. Umur lagi tua pun tak apa, muka tak seberapa pun okey saja, janji baik hati dan kena dengan cara.
Sekarang ini, ramai yang berkira-kira bila nak pilih calon isteri atau suami, tak mahu main tangkap sahaja. Bukan sekadar di luar, tetapi di dalam lagi penting. Biasanya memang begitu, bila dah suka dengan hatinya, rupa akan berubah jadi tenang di mata. Betapa besarnya nikmat yang dianugerahkan Tuhan buat kita semua.
Apa-apa pun, kalau dah kita suka dan berkenan pada sesuatu itu, jangan pula kita jadi taksub. Itu memang salah, beb! Jangan terperangkap pula dengan apa yang kita rasa dan nampak, kadang-kadang apa yang kita anggap dan andai itu mungkin tak tepat. Jadi... janganlah mengurungkan minda kita dalam apa jua hal di dunia ini. Wallahuaklam.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

