Sekadar hiasan
Salam,
A'ah, hari ni nak bercerita sensasi sikit. Ini adalah kerana ada member ni membangkitkannya. Dia kata pada saya, "Aku menyampahlah... laki aku ni selalu sangat ada orang yang berkenan. Sakit hati sungguh, pergilah cari lelaki yang bujang atau yang duda. Apa hal asyik nak cari laki orang je!"
Huhu... bagi kaum wanita yang dah kahwin, inilah yang menakutkan, kalau ada kaum wanita lain berkenan pada suaminya. Maklumlah... siapa yang nak kongsi suami? Memang susah nak dengar kisah orang okey aje kalau ada perempuan lain suka pada suaminya.
Kata member yang bercerita tadi, suaminya memang jenis suami mithali. Dia sangat bertanggungjawab pada anak dan isterinya. Makan minum dijaga elok-elok, dah tu sangat murah hati. Kebetulan pula suaminya itu ada jawatan yang mantap, jadi dia pun agak loaded lah jugak. Pulak tu, suaminya ada rupa, langsung tak selekeh. Kalau pergi kerja tu memang bergaya lah. Sebab tu kot suami dia sangat popular. Bila perempuan tengok, memang hati jadi cair maa. Tak cukup itu, suami dia juga religious orangnya. Kalau terserempak, memang tak lepas daripada berkata 'Assalamualaikum', rajin pulak ke surau dan masjid. Malah, serba-serbi lengkap. Ini memang diakui isterinya.
"Dah tu..." kata saya pula padanya, "memang gitu lah kot, dia jenis spesies yang baik-baik. Pulak ada rupa lagi, kalau perut boroi dan comot, tak siap yang berkenan kot. Biasalah tu."
"Mana boleh macam tu. Laki aku dah pilih aku. Dia orang tu... pergilah cari orang lain. Macam tak ada lelaki lain kat dunia ni. Bersepah!"
"Memanglah ramai lelaki kat dunia ni, tapi tak banyak kot yang macam laki kau tu!" Usik saya lagi.
Sebetulnya memang itu benar... haha (ayat apa ni?). Ramai anak dara suka pada suami orang, tapi suami yang baiklah. Kalau bekerja satu pejabat atau satu tempat, memang mudah untuk melihat karakter orang lain. Kita akan tahu lelaki mana yang baik dan lelaki mana pula yang kurang baiknya. Sama juga dengan wanita, yang mana kuat mengilai (ketawa macam puntianak Gua Musang), yang mana bersopan-santun, yang mana suka pada suami orang. Memang wujud mereka yang tak kisah nak mengurat suami orang, mungkin kerana mereka yakin dengan kebaikan lelaki yang jenis baik. Mungkin mereka berfikiran begini, 'Lagi baik kahwin dengan suami orang yang baik daripada kahwin dengan lelaki bujang yang perangainya macam setan!'
Betul tak?
Memang logik apa. Buat apa kahwin dengan manusia yang kita dah tahu perangainya macam hantu, walaupun dia bujang. Baiklah cari calon 'suami orang' yang jenis budiman dan baik hati. Habis-habis pun bergaduh dengan madu, tapi hati suami tetap jenis baik.
Saya percaya, memang ramai perempuan muda solo di luar sana yang mudah berkenan pada lelaki 'suami orang' ni. Setidak-tidaknya mereka tahu lelaki itu jenis okey dan boleh diharapkan.
Okeylah... jangan mengamuk bila baca entri saya ni ya? Saya sekadar nak berkongsi kisah saja. Yang penting, suami kita jangan suka bohong. Kalau dia menipu kerana nak berkahwin lain, memang itu adalah berdosa. Kahwin memang tak salah, tapi membohong dan menipu hampir sama dengan orang munafik. Kalau begitu keadaannya, suami yang baik itu sudah jadi tak baik. Perempuan yang berkahwin dengan suami orang pula (kalau tahu itu suami orang) juga melakukan dosa kerana dengan sengaja mahu rosakkan rumah tangga orang, kecualilah kalau isteri pertama sudah izinkan dan bersetuju!
Wallahua'lam.