Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, August 17, 2014

Nak Terus Bertunang Atau Tidak?

Assalam

Alhamdulillah, ibu saya sudah dibenarkan pulang walaupun terpaksa guna oksigen lagi. Pun begitu, oleh kerana usia dan keuzurannya, dia selalu tak stabil. Kami sebagai anak-anak dan keluarganya, kami terima seadanya dan ketentuan Ilahi. Insyaa-Allah, mudah-mudahan dia pulih semula. Apa-apa pun, kami anak-anak perempuan ibu saya, kami dah bertukar jadi doktor dan misi. Satu pengalaman yang sangat berharga. Semuanya kami lakukan kerana sayangkan ibu kami. Doakan ya, untuk ibu saya ini.

Dalam pada itu, ada seorang pembaca minta tolong dengan saya tentang masalah kawannya. Kawannya itu sudah bertunang di atas kehendak ibunya. Katanya, pada mula-mula, tunang A (saya namakan kawan pembaca saya sebagai A) nampak macam okey saja, mahu melayannya dengan bertanya khabar. Tetapi selepas beberapa bulan bertunang, tunang A mula berubah. Dia sudah malas bertanya khabar dan berperangai seperti tak berminat. Sudah itu, tunang A juga berkata kepadanya yang dia bukan merupakan seorang tunang yang baik.

Aduhai... bagi saya, kata-kata seperti itu dan tingkah seperti itu, sudah tentu memberi gambaran yang tidak baik. Mungkin tunang A tidak tahu bagaimana mahu putus dengannya.

Ada dua perkara yang A boleh pertimbangkan. Satu, untuk teruskan pertunangan dan kemudian berkahwin dengan A, walaupun sedar akan risikonya. Pelbagai kemungkinan mungkin terjadi. Namun begitu, kalau kita terima bahawa kehidupan setiap insan di dunia ini pasti akan bertemu dengan ujian, mungkin kita sanggup mengambil pelbagai risiko dan kemungkinan yang akan berlaku. Maknanya kita redha apa sahaja yang datang kepada kita tanpa mahu mempersoalkan apa-apa.

Dua, A boleh sahaja mengambil keputusan dengan tunangnya untuk berterus terang. Kalau rasa-rasa macam tak boleh hendak diteruskan oleh kerana alasan-alasan tertentu, mungkin elok jangan teruskan pertunangan itu. Lagipun, pertunangan biasanya terjadi kerana mahu memberi masa untuk mendapat kepastian dalam perhubungan dua insan lelaki dan perempuan sebelum berkahwin. Kalau tak pasti dan rasa itu lebih kepada negatif, eloklah diputuskan sahaja.

Bagi saya, hak untuk membuat keputusan adalah pada diri kita. Tiada sesiapa yang boleh buat keputusan untuk kita kerana ini adalah hidup kita. Kalau mahu berkorban pun, biarlah bertempat. Lagipun... buat apa kita nak teruskan perhubungan kalau hati kita tahu yang 'si dia' berat untuk terima kita. Wallahuaklam.

Semoga A membaca coretan saya ini.

Wassalam.