Assalam
Ada yang bertanya pada saya, bila nak sambung cerpen saya tu, yang berjudul 'Dia Yang Ku Panggil Yana'? Aduhai... kalau ikutkan hati memang saya nak sudahkan cerita itu, tetapi buat masa ini memang tak sempat. Saya terlalu kesibukan. Insyaa-Allah saya akan cuba sambungkan minggu hadapan, okey?
Semalam, saya kesibukan di rumah kerana kakak saya dan keluarganya bertandang di rumah. Jadi... macam ada party lah pulak, kecoh sungguh. Semenjak kami balik umrah, memang ramai yang datang singgah di rumah.
Buat pembaca saya semua, kalau boleh, datanglah ke Pesta Buku di PWTC yang akan berlangsung hujung bulan ini selama 11 hari. Insyaa-Allah saya akan cuba datang, tapi mungkin bukan setiap hari. Insyaa-Allah, hari Jumaat hingga Ahad, saya akan hadir, mungkin hari kerja sahaja saya akan pilih-pilih hari untuk datang. Kemungkinan besar, tahun depan saya tak akan hadir Pesta Buku lagi. Ini adalah kerana saya akan kesibukan. Walaupun mungkin saya akan terus menulis novel (genre yang saya biasa buat), tetapi tumpuan saya akan berubah kepada penulisan yang berbeza pula dan apa yang akan saya buat nanti, pasti memerlukan masa dan fokus saya, insyaa-Allah. Menulis adalah jiwa saya, saya akan terus menulis dan berkreatif selagi Allah swt izinkan, cuma bidangnya mungkin berubah, kerana saya perlukan sesuatu yang lebih mencabar lagi. Jadi... pastikan anda datang tahun ini dan jom kita lepak-lepak!
Okeylah, semoga anda jaga diri dan wassalam daripada saya.