Alhamdulillah, saya lebih sihat daripada beberapa hari yang lalu. Semalam, saya terbaca tentang seorang wanita di Uzbekistan yang sudah melepasi 128 tahun. Dia adalah seorang Muslim. Masih boleh bercakap dengan baik, cuma pendengarannya kurang. Sekalipun wajahnya berkedut seribu, namun alhamdulillah, dia masih mampu duduk seperti orang lain. Tidak terbaring di atas katil. Tentunya itu merupakan anugerah Tuhan buat dirinya, tetapi yang pasti kita tetap tertanya-tanya, apa yang membuatkan dia menjadi sihat dan panjang umur? Mungkin makanan yang dimakannya, amalan sehariannya, atau kerjanya atau mungkin juga hati dan jiwanya?
Tiga hari yang lepas, datuk saudara saya yang terakhir telah pulang ke rahmatullah. Umurnya menghampiri 100 tahun. Dia tinggal di Kedah. Malangnya saya tak dapat melawat kerana tidak sihat. Tetapi saya masih ingat kali terakhir saya bertemu dengannya, beberapa tahun yang lalu. Dia tinggal di sebuah kawasan pedalaman di Guar Cempedak. Saya pernah diberitahu, dia makan tiga pinggan nasi kalau tak sihat. Kalau sihat, tentu lebih daripada itu! Dia bekerja kampung... bertani dan berternak. Semasa kami melawatanya ketika itu, datuk saudara saya yang seorang lagi masih hidup. Umurnya sudah melepasi 100 tahun dan saya diberitahu kalau pasukan bola sepak Kedah berlawan di Stadium Alor Star, dia akan turut sekali menyaksikan perlawanan itu! Semasa saya bertemu dengannya, dia sudah agak uzur dan tidak dapat melihat. Sekarang ini, semua datuk saudara saya (sebelah ibu) sudah tiada lagi. Pun begitu, kesemua mereka hidup melepasi 90 tahun, termasuk nenek saya sendiri. Malah, ibu kepada nenek saya hidup melebihi 100 tahun dan saya sempat bertemu dengannya semasa saya masih kecil. Saya masih teringat kepada orang tua yang sudah berbongkok sabut itu! Ketika itu, dia masih mampu untuk memotong kayu untuk dijadikan bahan api untuk memasak.
HOW I MISSED ALL THESE SWEET MEMORIES!
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Saturday, January 31, 2009
Thursday, January 29, 2009
Tidak Sihat
Salam semua!
Sejak beberapa hari kebelakang ini, saya kurang sihat. Masalah yang sering saya hadapi ialah kurang darah. Sejak kecil lagi memang begini, tetapi lebih ketara apabila saya menjadi dewasa. Kerana itu, saya dinasihati doktor untuk banyak berehat. Anemia membuat saya senang mengantuk dan selalu keletihan (fatigue). Sebab itu juga saya tidak banyak menulis dan tidak banyak bergerak. Terpaksa sahaja berkurung di rumah. Pun begitu, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan saya untuk terus menghayati kehidupan ini. Alhamdulillah.

Friday, January 23, 2009
Pernahkah?
Pernahkah anda mengaturkan sesuatu dan sangat yakin apa yang anda lakukan itu akan berjalan dengan baik, tetapi tiba-tiba sahaja, dalam sekelip mata, semuanya sudah bertukar?! anda tak berdaya untuk berbuat apa-apa kecuali mengikut sahaja. Bertambah merumitkan kerana ini ada kaitan dengan masa depan anda. Ada kaitan dengan perancangan perkahwinan anda.Anda sudah pun mengaturkan untuk berkahwin dengan X tetapi oleh kerana sesuatu yang terjadi, anda terpaksa sahaja berkahwin dengan Y!
Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada seorang kenalan saya. Sekalipun berat, terpaksa sahaja dia menerimanya. Kini, dia sedang belajar untuk menyayangi orang yang menikah dengannya!
Mungkin anda juga pernah mengalami kisah-kisah yang sebegini. Apa pun, yang pasti sesuatu itu terjadi kerana ada hikmahnya. Walahu'alam

Wednesday, January 21, 2009
Jangan Panik!
Ramai yang bercakap-cakap tentang keadaan ekonomi yang sedang dalam keadaan tidak menentu ini. Ramai yang mengatakan ekonomi global yang sedang meruncing pasti akan menjejaskan ekonomi negara ini. Malah, bahangnya sudah mula mengena pada kita di Malaysia. Banyak kilang dan juga institusi kewangan yang terjejas. Banyak negara sedang mengaturkan strategi agar kemerosotan ekonomi tidak akan jejas terlalu teruk! Negara seperti Korea pastinya lebih berpengalaman tentang hal ini dan mungkin apa yang sedang berlaku sekarang ini merupakan perkara yang biasa sahaja buat mereka. Pun begitu, macam-macam yang diaturkan negara seperti Taiwan, Jepun, Singapura dan banyak lagi untuk tidak menggawatkan keadaan yang sedia gawat ini.
Ramai di antara mereka yang sedang bekerja di Timur Tengah juga pulang ke negara ini kerana dikatakan bahawa sudah tidak banyak kerja di sana. Tentu ramai di antara kita di sini mula terasa panik, takut untuk berdepan dengan keadaan yang mungkin akan menjadi lagi teruk daripada apa yang sedang berlaku sekarang. Bagi mereka yang sedang makan gaji dengan badan kerajaan, mungkin tak akan ambil kisah sangat tentang hal seperti ini. Apa yang nak panik, kan? pasti semuanya terjamin.
Di katakan bahawa Amerika mempunyai defisit lebih 17 trillion dolar Amerika. Menakutkan! itu bermakna negara 'super power' itu tak pandai mengurus, hanya mampu menakut-nakutkan negara lain dengan senjata yang mereka ada. Perubahan kuasa kepada Obama tidak akan menyelesaikan masalah. Yang pasti, Presiden kulit hitam itu terpaksa mencari jalan untuk mengurangkan beban. Mampukah dia? Apa agaknya cara yang terbaik yang boleh Amerika lakukan? Apa-apapun, kalau Amerika jatuh tergolek, kita pun kemungkinan akan ikut sekali! Fikir-fikirkanlah.
Pun begitu... dunia ini bukan Amerika yang punya. Tuhan berikan kita akal fikiran. Tuhan sediakan pelbagai ilmu dan sumber yang boleh kita gunakan untuk mengatasi apa jua keadaan. Tetapi, selagi kita lemah dan takut pada bangsa seperti Amerika dan Yahudi, tak usahlah kita bermimpi untuk menjadi ummah yang kuat di bumi ini!
Bagi kami yang berada di persada dunia buku, ini akan merupakan satu cabaran yang perlu kami hadapi. Tak usahlah kita panik sangat. Sekadar panik dan tak mahu cari jalan, tak akan menyelesaikan apa-apa. Yang penting, kita terus berusaha dan cari strategi yang akan membantu kita!

Monday, January 19, 2009
Tak Takut Mati!
Perkataan 'Yahudi' di kalangan masyarakat Melayu biasanya mengarahkan kepada sesuatu yang jahat, bakhil, penipuan dan kejam! Sejak dulu lagi, perkataan itulah yang kita guna untuk menggambarkan seseorang atau sesuatu keadaan yang kita tidak suka. Ada seorang rakan berkata kepada saya, "Patutlah Yahudi dizalimi dan dibenci oleh Adolf Hitler ketika Perang Dunia Kedua. Bayangkanlah kalau orang macam Hitler itu membenci kepada orang-orang Yahudi di Eropah! Itu menunjukkan orang yang tidak menyembah Allah SWT pun ada yang membenci dan tidak sanggup tinggal dengan puak Yahudi." Ketika itu, mereka sudah melihat sekumpulan bangsa yang tamak dan zalim. Malah, sejak 500 tahun yang lampau lagi, Yahudi sudah dibenci oleh masyarakat kulit putih lain yang tinggal di Eropah. Mereka tidak mempercayai kepada orang-orang Yahudi.
Mungkin kerana itu, kita masyarakat Islam tentunya tahu, sekalipun Yahudi mengaku untuk berhenti menghentam Gaza, 99% kata-kata mereka itu tak usah kita percayai! Mereka berkata bahawa mereka sudah melemahkan kekuatan Hamas di Gaza. Satu ungkapan yang agak kelakar. Mustahil mereka boleh lumpuhkan Hamas semudah itu, kerana sebenarnya, setiap orang Palestine di negara itu, sebenarnya adalah anggota Hamas. Semangat Hamas ada pada semua dan tak mungkin Hamas itu boleh dihapuskan begitu sahaja! Lagipun, cuba kita lihat, siapakah yang pihak Yahudi mampu bunuh? sekadar kanak-kanak dan kaum wanita, sedangkan tentera Hamas... berapa orang? Yahudi hanya berani untuk menyerang dari jauh kerana mereka tahu padahnya kalau berdepan dengan puak Hamas. Akan samalah jadinya seperti tentera Amerika Syarikat di Iraq. Belum pernah kita dengar tentera Amerika yang pulang setelah berada di Iraq, dalam keadaan yang seronok dan membahagiakan. Masing-masing berubah jadi 'cracko'. Tidak siuman! Mungkin kita melihat penderitaan pada rakyat Palestine di Gaza, anak-anak menangis, kelaparan dan tak ada tempat berteduh. Namun, semangat mereka tidak lemah dan tidak jatuh merudum. Sejak mereka dilahirkan, rakyat Palestine telah biasa dengan perang dan ditindas oleh puak Yahudi. Mereka menjadi manusia yang kental, tidak seperti orang Yahudi, yang sentiasa hidup dalam ketakutan, sekalipun mereka yang tukang menghentam! Dunia akan terus berlakon dan bercakaran tentang isu ini, tetapi tak ramai yang akan membantu orang Palestine. Masing-masing ada kepentingan dan sangat takut pada Yahudi. Yang tidak takut pada Yahudi hanyalah orang Palestine. Bagi mereka, hidup sekadar sementara sahaja dan mereka tidak takut untuk mati, kerana mereka tahu ganjaran yang menanti mereka di akhirat nanti. Itulah yang membuat orang Palestine bersemangat tinggi. Sekalipun sudah berpuluh-puluh tahun dihentam Yahudi, bangsa mereka tetap kental di bumi ini!

Friday, January 16, 2009
Darul Quran
Insya-Allah, esok (Sabtu, 17 Januari, 2009) saya akan memberi ceramah tentang PENULISAN KREATIF kepada para pelajar Darul Quran, yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Jemputan itu adalah untuk memenuhi program PESTA BAHASA yang diaturkan oleh Institut itu.
PS: 'Ustaz' yang saya maksudkan dalam entri sebelum ini, telah pun memulangkan wang yang telah kami berikan kepadanya. Alhamdulillah, terbuka hatinya untuk tidak 'mengena'kan kami.

Wednesday, January 14, 2009
Si Penipu!
Sukar untuk saya bercerita, namun ini merupakan satu pengalaman yang payah untuk dilupakan. Bukan tak pernah kena tipu, sekali-sekala memang ada. Pernah suatu ketika, saya dan suami ditipu wang yang agak besar jumlahnya kerana sebidang tanah. Malah, pembelian tanah itu diuruskan melalui peguam yang sah, tapi masih kena tipu juga!
Tapi, kali ini saya ingin menceritakan bagaimana kami ditipu oleh orang yang bergelar 'ustaz'. Pandai bercakap bahasa Arab, tahu hukum-hakam agama, malah bijak berbicara tentang Quran. Malangnya, dia juga kaki menipu!
Saya percaya Tuhan mahu kami sedar bahawa ramai manusia di dunia ini sekadar bijak berselindung di belakang nama 'AGAMA' tetapi sanggup melakukan apa sahaja hanya kerana tamakkan wang! Astaghfirullahhalaziim. Sedih rasanya apabila kita bertemu dengan orang seperti ini. Kami mengupahnya untuk datang ke rumah dan mengajar kami bahasa Arab. Alhamdulillah, 'first impression', sangat bagus. Baru kelas pertama, 'ustaz' sudah minta dibayar. Katanya kerana dia juga 'sponsor' pelajar-pelajar Kemboja yang belajar di sini. Saya pun tak naklah berkira-kira. Kesian, lalu terus memberi cek kepadanya. Datang pula dia untuk mengajar kelas kedua. Habis kelas 'ustaz' bercerita. Katanya dia merupakan seorang ahli jihad yang pernah ikut serta dalam perang-perang (Tak payah saya sebutkan di mana). Ketika 'ustaz' bercerita, berkali-kali saya berkata,'Aik... macam cerita Rambo je,' namun saya tak mahu berburuk sangka. Sebaik sahaja cek yang saya berikan sudah'clear' 'ustaz' SMS dan berkata, konon-kononnya nak pergi berjuang. Jadi tak dapat datang mengajar lagi, pada hal kami sudah bayar untuk 8 kelas lagi. Saya tak puas hati, juga ahli keluarga yang lain. Kami berasa pelik, takkanlah 'ustaz' perangainya begitu. Berjihad apa ni, kalau tak mahu bertanggungjawab. Bukankah dia sudah menerima wang kami untuk mengajar bahasa Arab? Siap memberitahu kami bahawa belajar bahasa Arab ni memang merupakan suatu ilmu yang baik kerana nanti kami akan memahami al-Quran. Malangnya, orang yang tahu ilmu sepertinya, tidak jujur. Dapat saja duit, terus cabut!
Kami tak puas hati, lalu kami pergi mencari. Konon-kononnya, dia sudah pergi ke utara, bersiap sedia untuk ke luar negara. Bila dicari, kami pun jumpa... hanya di Teras Jernang sahaja, sekitar beberapa kilometer dari rumah kami ni. Mujurlah 'ustaz' itu tak dibelasah oleh 'puak kami'. yang menghairankan saya, masih ada manusia seperti itu di dunia ini. Tergamak untuk berpura-pura seperti orang yang mulia, tapi hatinya jahat hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Apa yang saya ingin ceritakan ialah ini bukan pertama kali saya kena tipu dengan orang yang sepatutnya berilmu. Mesejnya... jangan percaya pada sesiapa dengan mudah, sekalipun di atas nama Agama. Di dunia ini, memang ramai yang busuk hati dan sanggup lakukan apa saja, asal dirinya untung.Tak kira lelaki atau perempuan. Mudahnya manusia hidup dengan cara menipu manusia lain! Berjaga-jagalah.

Monday, January 12, 2009
Sombongkah Kita?
Dalam membincangkan isu perang di Palestine, masih ramai yang bertelingkah pendapat. Ada yang mahu menyokong 'boikot barang buatan USA', ada pula rasa berat untuk buat begitu. Kata mereka, buat apa nak boikot, ramai yang mencari pendapatan daripada tempat-tempat yang sekongkol dengan Yahudi itu. Malah, kata mereka lagi, bukan USA sahaja yang sekongkol dengan Yahudi, tapi banyak lagi, termasuk negara jiran kita. Ada juga yang berkata, rakyat kita sendiri juga ramai yang sekongkol dengan Yahudi. Habis tu, buat apa bersusah payah nak boikot sana sini?
Aduhai... mungkin kerana kita tak mengalami apa yang sedang dialami oleh mereka di Gaza itu. Sepatutnya janganlah kita berkira-kira tentang hal seperti ini, sedangkan kita memang tahu sejak azali lagi, Yahudi itu sememangnya musuh kita dan mereka akan terus memusuhi kita hingga akhir zaman! Janganlah kita berlaku sombong, kerana sebenarnya kita sombong pada Tuhan kita, kalau begitulah yang ada di fikiran. Sepatutnya, buatlah apa yang kita mampu, buatlah apa yang kita terdaya. Malah, lakukan apa-apa sahaja bukan sekarang ini sahaja tetapi sentiasa amalkan begitu, supaya budaya hidup kita bukan merupakan sesuatu yang memberi keuntungan buat kaum Yahudi. Kalau semangat seperti itu kita tak ada, tak usahlah kita hendak bersimpati pada mereka di Gaza itu. Teruskanlah dengan semangat kita yang suka berhibur-hibur, suka menyokong puak yang mahu kita lali dengan segala hiburan di dunia ini. Bukanlah kita tak boleh menghiburkan hati, tetapi janganlah sampaikan hiburan menjadi nafas hidup kita, tanpa hiburan kita seolah-olah boleh mati!
Cukuplah. Bukalah mata dan hati kita. Lihatlah kepada mereka, mungkin satu hari nanti, begitu juga jadinya kepada kita di sini. Janganlah berbangga dengan apa yang kita ada hari ini, kerana lihatlah sendiri, apa-apa yang ada di negara ini, apa sangatlah yang betul-betul kita yang punyai!
Janganlah terasa sombong, keran Tuhan tak pernah menyukai orang yang sombong diri. Kalau tak banyak, biar sedikit yang kita hulurkan. Yang penting, tunjukkan semangat kita sebagai orang Islam. Jangan juga kita mengata-ngata, "Kan banyak orang Arab kaya di sana? buat apa kita nak susah-susah di sini?" Janganlah kita begitu, kerana sebenarnya kita sendiri tak tahu siapa yang sedang membantu. Tak mungkin Hamas dan Hizbullah dapat bergerak tanpa bantuan orang lain. Fikir-fikirkanlah, takkanlah segala-galanya mahu kita bincangkan dan bentangkan sedangkan musuh tak pernah buat begitu!

Saturday, January 10, 2009
Kasih Sayang
Kasih sayang tidak boleh dijual beli. Namun begitu, kasih sayang boleh dicari. Ada orang terasa yang dirinya tak cukup kasih sayang dan kerana itu dia mula tercari-cari. Ada orang pula, terasa bagaikan terlebih kasih sayang yang ada. Mungkin kerana itu, dia tidak menghargai. Namun, sebagai manusia, insan istimewa, setiap kita perlukan kasih sayang. Hidup tanpanya, mungkin tiada erti. Carilah kasih sayang dan apabila ia datang, janganlah kita tolak tepi, mungkin selepas itu nanti ia tak akan datang lagi!
Wednesday, January 07, 2009
Apa yang Saya Pelajari
Semasa saya berada di Yemen, banyak perkara yang saya pelajari atau cuba hayati. Salah satu ialah semangat untuk mengalukan tetamu. Sekalipun Yemen merupakan sebuah negara yang tidak maju (sekarang ini) kalau dibandingkan dengan kebanyakan jiran-jirannya, dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan, tetapi mereka kaya budi bahasa. Mereka pastikan tetamu mereka sentiasa diraikan. 'Hospitality' mereka memang 'first class'! Mereka pastikan tetamu mereka sentiasa dijaga dengan baik, makan makanan yang baik-baik, selesa dan mempunyai kenderaan yang terbaik. Mereka menyambut kami di lapangan terbang dan menghantar kami pulang apabila sampai masanya. Malah, semasa saya di Mukallah dan mahu membeli-belah, barang yang saya beli itupun mahu dibayarnya! Mujurlah saya berkeras dan terus menolak! Apabila kami makan di luar(di kedai makan) mereka berkeras mahu membayar. Bagi mereka, tak boleh tetamu membayar makanan sendiri dan tak boleh kami belanja mereka makan. Masya-Allah.
Saya sempat juga beramah-mesra dengan wanita-wanita muda mereka. Sekalipun saya tidak dapat melihat wajah mereka(semasa berada di luar), saya dapat merasakan hati mereka. Mereka sungguh lembut dan berbudi bahasa. Mereka berbual-bual dengan saya. Rata-rata, saya difahamkan bahawa wanita mereka berkahwin dalam usia yang sangat muda. Ramai yang sudah kahwin dalam usia 16 tahun, cuma mereka yang berpelajaran tinggi sahaja yang kahwin sedikit lewat daripada itu. Rata-rata juga, mereka mempunyai keluarga yang besar. Jumlah anak sembilan atau dua belas orang merupakan perkara biasa sahaja. Tidak macam orang kita yang begitu takut untuk meningkatkan zuriat. Apa yang saya perhatikan ialah mereka tidak 'sematerialistik' macam kebanyakan kita. Apa sahaja yang kita lakukan, kita fikirkan tentang perbelanjaan dan kita paling takut untuk tidak hidup dalam suasana yang selesa.
Sekalipun kebanyakan mereka tidak senang atau kaya macam kita, namun kebanyakan mereka berhati mulia. Semasa saya di Sana'a dan kami menaiki teksi untuk meronda-ronda, percaya tak, pemandu teksi tidak mahu mengambil wang yang kami berikan lebih daripada yang tercatat di meternya. Kami beritahunya yang kami mahu memberinya wang lebih, tetapi dia tetap menolak. Dua kali kami bertemu dengan pemandu teksi yang begitu. Masya-Allah.
Mungkin kehidupan seperti itulah yang membuat hati-hati tertentu untuk menerima Yemen seadanya. Kami mempunyai seorang teman berketurunan Cina, asalnya dia bukan Islam, tetapi kemudian dia memeluk agama Islam dan mengawini seorang wanita Melayu. Seterusnya dia telah pergi ke Yemen untuk mempelajari bahasa Arab. Sehingga kini(lebih lima tahun)dia dan keluarganya masih di Yemen, hanya pulang ke Malaysia sekali-sekala. Katanya dia seronok tinggal di sana!

Tuesday, January 06, 2009
Apabila Jatuh Cinta!
Banyak orang muda yang saya temui akan ketawa apabila perkara cinta dibicarakan. Kata mereka, 'mengarutlah!' Mana ada perasaan cinta yang membuatkan seseorang itu teringat-ingat kepada orang yang dia sedang jatuh cinta tu! Mereka tak percaya. Kata mereka, 'Mana ada perasaan cinta macam cerita Romeo dan Juliet tu!'
Mungkin betul kata mereka. Betul kerana mereka belum betul-betul jatuh cinta. Tapi, kalau sudah jatuh cinta, gunung, gurun dan lautan akan diseberangi! Apa sahaja akan dilakukan untuk berjumpa dengan kekasih hati. Selagi tidak ada perasaan seperti itu, bermakna belum lagi jatuh cinta!

Subscribe to:
Posts (Atom)