Minah mengadu. Katanya dia rimas. Ada-ada sahaja jabatan-jabatan tertentu yang suka minta duit dari syarikatnya itu. Konon nak kutip duit untuk pengajian anak-anak mereka. Pelik benarnya bunyinya. Takkanlah sampai macam tu sekali, kata Minah. Kalau anak mereka di sekolah rendah dan menengah, takkan ada orang lain pula yang nak kena sponsor perbelanjaan mereka? kalau anak mereka di IPT pula, takkan tak dapat bantuan PTPTN? habis tu yang beria-ia minta duit sana-sini, apa hal?
Minah kata dia sudah jemu melihat telatah orang-orang kita ni. Muka semuanya muka tak malu! Jabatan tempat mereka cari rezeki dibuatnya macam jabatan datuk nenek mereka. Macam berkuasa besar. Pada hal dia makan gaji sahaja di situ. Konon kalau kita tak sponsor, kata Minah lagi, mereka ni akan pastikan yang kita ni tak akan diberi apa-apa projek yang berkaitan dengan jabatan mereka! haiya! macam tu sekali. Minah kata, kalau macam tu tak macam makan rasuah ke? Budaya apa ni? Minah betul-betul geram dan meluat sangat-sangat. Katanya, dia penat berusaha supaya apa jua rezeki yang dia dapat, biarlah bersih dan halal. Tapi malangnya, ramai yang di luar sana tak peduli semua tu. Muka mereka memang muka tak malu.