Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, December 12, 2015

Buat Apa Skodeng?

Assalam

Ya betul, ada orang memang suka betul menyibukkan hal orang lain. Suka ambil tahu, suka mengintai-intai, kata orang hari ini, suka skodeng! Memang itulah hobinya!

Ada tu suka sibukkan hal jiran tetangga. Kalau nampak jiran beli barang baru, dia pun sibuklah di depan laman rumah, konon-konon sedang lakukan sesuatu!

Ada tu sibukkan hal kawan-kawan. Skodeng di Facebook, skodeng di instagram, skodeng di mana-mana sahaja asal tahu apa yang sedang berlaku secara terkini! Isy! Memang penyibuk!

Ada pula tu, sibuk skodeng musuhnya. Semua pergerakan musuh hendak diambil tahu. Nak buat apa pun tak tahulah. Tapi... macam-macam cara dan jalan akan dicuba untuk jaga tepi kain musuh.

Paling teruk dan malang bagi mereka yang skodeng hal 'ex' nya. Bukan sekadar 'ex' boyfriend, ex kekasih, ex husband, tapi termasuk ex husband punya wife! Hahaha... memang sadist lah, macam dah tak ada kerja lain. Nampak sangatlah orang-orang jenis macam ini sedang 'merana' atau sakit hati atau 'berdendam'! Memang malang kalau kita punyai perasaan yang begitu. Sebaik-baiknya bila dah habis tempoh 'perhubungan' maka blah lah! Tak payah nak sibuk-sibuk jaga tepi kain orang atau nak skodeng lagi!

Bila orang dah tak mahu kat kita lagi, lebih baiklah kita blah dan jangan ambil peduli lagi. Macam-macam yang boleh kita lakukan dalam hidup ini, bukan duduk termenung macam ayam berak kapur! Sebaik-baiknya kita solat banyak-banyak dan berdoa agar Allah swt berikan kekuatan untuk kita teruskan kehidupan dengan sebaik mungkin!

Don't waste you time! Life is beautiful. Syukur alhamdulillah.

Wassalam.

                                  I love this place - Life is beautiful