Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, June 27, 2018

Tak Perlu Jadi Zalim

Assalam.

Memang saya terlalu sibuk sampaikan tak sempat berdepan dengan lap top ni. Memang ada menggunanya, tetapi saya guna untuk hal lain.

Apa-apa pun, masih sempat lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Semoga Allah SWT pelihara kita dunia dan akhirat. Aamiin.

Di bulan Ramadhan yang baru berlalu, macam-macam yang telah berlaku termasuk beberapa kematian yang berkaitan dengan penulis-penulis buku di tanah air ini. Semoga Allah rahmati roh mereka yang sudah pergi. Aamiin.

Di bulan Ramadhan juga, salah seorang anak saudara saya (yang sangat rapat dengan keluarga saya) telah kehilangan bayi yang dikandungnya. Bayi itu lahir, namun Allah lebih sayangkannya. Terpaksalah anak saudara saya berdepan dengan satu ujian yang besar buatnya, namun kami percaya Allah sedang membina kekuatan untuk dirinya. Alhamdulillah, setiap ujian yang datang itu adalah hikmah yang kita tidak tahu. Insyaa-Allah.

Saya pula, alhamdulillah, Allah masih memberi tenaga untuk berlaku aktif walaupun ada juga hal-hal yang kurang menyenangkan berlaku pada saya, cuma saya anggap itu semua hal kecil-kecil sahaja. Di hari raya pertama, saya telah berdepan dengan penyakit 'allergy' dan terpaksa ke hospital untuk diberi suntikan. Beberapa hari selepas itu, saya kena sakit tekak pula. Pun begitu, saya tetap bersyukur pada Ilahi kerana diberi ujian yang kecil sahaja.


Pun begitu, kadang-kadang mungkin kita menjadi sangat hairan apabila kita tahu ada manusia di luar sana yang mungkin tidak punyai hati perut. Mempunyai pembantu, namun dilayan pembantu itu seperti haiwan, mungkin jauh lagi teruk daripada haiwan. Yang peliknya, manusia yang saya maksudkan ini, mempunyai pelajaran, namun semestinya tiada akhlak! Sebagai Muslim, kalau kita tak punyai akhlak, lebih baik kita tidak anggap diri kita sebagai Muslim. Nauzubillah min zalik. Semoga Allah SWT memberi petunjuk yang baik kepada manusia yang tersesat perjalanannya.

Mungkin apa yang kami lihat itu merupakan satu pengajaran buat semua orang di sekeliling. Sekalipun terasa hebat, namun kita tetap ada kekurangan! Dalam begitu, kalau kita merupakan manusia zalim, maka diri kita adalah sama seperti puak Zionis yang sangat zalim itu!

Semoga Allah berikan kita ilmu dan hati yang mulia. Aamiin ya Rabbal alamin.