Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, March 24, 2018

Mood Cinta

Assalam semua

Sungguh ni... kadang-kadang memang begitu kan, apatah lagi buat seorang penulis veteran seperti saya. Kadang-kadang datang mood cinta. Berita terbaru dari Jakarta mengatakan yang Ami Mus saya kelihatan lebih baik walaupun masih uzur. Alhamdulillah.

"Wahai sayang… kalaulah kau tahu apa yang terpendam selama ini di hatiku. Kau datang bakkan ribut taufan yang mampu menumbangkan segala apa yang ada pada diriku. Bagiku ketika itu, kaulah segala-galanya. Dulu… aku memang percaya yang kau telah tinggalkan cintamu padaku dan bila kau pergi untuk bersama si dia, aku juga percaya yang kau pergi tanpa cintamu itu, kerana cinta itu sebenarnya tetap berada di hatiku.   

Wahai sayang… bagiku, engkaulah bunga di taman hatiku ini, sekalipun mungkin datang ribut salji atau gempa bumi, sekalipun ada tsunami yang melanda hati dan perasaan, aku tahu bunga di tamanku tak mungkin layu, kerana tak pernah kulupa untuk menyiram dan membaja. Harapanku biar ia subur sampai bila-bila. Cintaku padamu bukan sekadar lirik sebuah lagu, atau sekadar mainan kata-kata di bibirku, cinta yang aku pahat dihatiku adalah cinta hadiah dan nikmat Allah SWT buatku, bak cinta Yusuf pada Zulaikha, seperti cinta Muhamad pada Khadijah. Semoga Tuhan makbulkan doa dan impianku ini. Wahai sayang… dengarlah bisikan cinta hatiku. 

Je t’aime ma cherie. I will always love you."




"Kata-kata cintaku bukan sekadar sebuah lirik lagu. Bagiku… cintaku padamu, bukan sekadar janji setia dan cinta sehidup semati, janjiku adalah sehidup semati dalam cinta. Jika syurga itu mempunyai banyak pintu dengan banyak kuci pembukanya, mungkin pernikahan kita merupakan salah satu kunci untuk memasuki pintu gerbangnya."



Mungkin kata-kata ini terselit dalam novel baru saya? Entahlah, kan. Just wait and see.


Wassalam.

Thursday, March 22, 2018

Ami Mus Sedang Sakit

Assalam semua

Bukan hanya saya kesibukan dengan tugas-tugas tertentu, saya juga sedang gelisah kerana Ami Mus saya sedang sakit tenat. Hari Ahad yang lepas, saya, anak saya Nabil, adik saya dan isterinya, kami telah ke Jakarta untuk menziarahi Ami Mus. Ami Mus ialah adik bongsu arwah ayah saya dan Ami Mus sudah berusia 95 tahun. Sekarang ini, Ami Mus sudah dibawa ke Jakarta untuk rawatan. Sebelem ini, Ami Mus tinggal di Bandung bersama sepupu saya, Ahmad. Oktober yang lepas, kami ke Bandung untuk ziarah Ami Mus, tapi kali ini, kami ke Jakarta pula. Sempatlah saya berjumpa saudara-mara saya di sana. Alhamdulillah. Semoga Ami Mus dirahmati Allah SWT dan diberikan yang terbaik. Aamiin.

Monday, March 12, 2018

Tak Sempat Update

Assalam semua.

Semoga kita diberkati Allah SWT. Aamiin. Sejak kebelakangan ini saya sangat sibuk dan memang tak sempat nak update blog saya ini. Saya ke sini hari ini kerana nak pastikan yang anda semua tahu yang saya sedang kelam kabut untuk menyiapkan kerja saya, insyaa-Allah.

Bila dah 'free' saya akan kerap ke sini lagi. Insyaa-Allah.