Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, July 01, 2014

Beribadah Bukan Untuk Tunjuk

Assalam

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, kita berkejar-kejar untuk buat ibadah kerana kita tahu ganjarannya juga besar. Pun begitu, biarlah kita lakukan yang baik kerana cinta kita kepada Allah ta'ala, bukan kerana kita mahukan ganjarannya semata-mata. Yang pasti, tak perlulah kita tunjuk-tunjuk apa yang kita buat untuk orang lain melihatnya, kerana perbuatan seperti itu memang tak ikhlas pun. Tak payahlah whatsapp pada member nak beritahu apa yang kita sedang buat dalam mengejar ganjaran Tuhan. Apa sahaja yang kita lakukan, buatlah dengan ikhlas kerana Allah bukan kerana manusia lain, wallahuaklam.

Bila kita berpuasa, pastikan hati kita juga mempunyai rasa jujur dan mulia, kerana ibadah puasa antara tujuannya ialah untuk membersihkan hati karat kita. Jangan pula kita tak kisahkan bersolat tetapi sibuk cerita tentang ibadah puasa kita itu. Bila sampai bulan Syawal, sibuk nak buat puasa enam, sedangkan solat wajib tak lengkap. Begitu juga amalan wajib yang lain kita tak buat, tapi duk sibuk dengan perbuatan sunat kerana kita rasa hebat kalau orang lain tahu yang kita buat benda-benda 'sunat' tu, konon-konon kita terlebih alim. Memang kita tersilaplah kalau kita rasa 'puasa enam' itu konon-konon menunjukkan sikap baik kita sedangkan yang wajib tak siapa tahu sama ada kita buat atau tidak. Yang penting buat kita agar teman-teman kerja tahu kita buat 'puasa enam' pada hal mungkin kita sering miss solat wajib, terutama solat Asar kerana kita tak sempat tunaikannya. Asyik miss Asar tapi kecoh buat puasa enam. Adoi.

Mungkin elok kalau kita muhasabah diri dan perbaiki ibadah yang kita lakukan. Biar kita dulukan semua yang wajib, kemudian barulah kita tunaikan yang sunat. Sebenarnya bukan niat saya untuk mengata sesiapa pun, sekadar mengingatkan diri kita semua, kalau kita nak buat solat Tarawikh, biarlah solat wajib kita lengkap. Tak perlu tunjuk pada siapa pun tentang ibadah yang kita lakukan, yang penting Allah ta'ala tahu. Biarlah kita buat amalan ibadah seorang diri atau dengan ahli keluarga asal apa yang kita lakukan itu ikhlas kerana Allah swt. Wallahuaklam.

Wassalam.