Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, August 19, 2014

Drama Setulus Janji - Perkembangannya

Assalam

Setakat ini, saya difahamkan bahawa drama ini sedang dalam pembikinannya dengan baik. Setakat ini juga saya belum ada kesempatan untuk pergi ke lokasi penggambaran. Saya kesibukan. Insya-Allah saya akan usahakan untuk ke lokasi mereka. Mungkin tunggu bila sedang berada di Kuala Lumpur nanti. Apa-apa pun, elok juga saya share gambar-gambar yang diambil ketika berada di lokasi.

Anda boleh juga melihat di Facebook Drama Setulus Janji yang dijaga oleh KarnaDya.

https://www.facebook.com/DramaSetulusJanji

Wassalam

                                                        Insyirah ketika berada di kampung
                                            Cikgu Faisal dengan Cikgu Azizah, ibu bapa Ilham
                                                      Ilham dengan ibunya
                                        Ilham dan Syira ketika berada di Sungai Dua ketika remaja

Hidup Perlu Berani

Assalam

Ya betul, kalau kita asyik takut sahaja, memang kita tak boleh buat apa-apa. Semua benda jadi tak jadi sebab kita tak mahu berdepan dengan sesuatu yang lain. Kita takut untuk mengambil tindakan. Mungkin takut untuk berdepan dengan sesuatu yang kita tak pernah duga. Kita takut dengan risiko. Kita takut untuk berubah. Bila kita takut, itulah yang akan terjadi, kadang-kadang kita terpaksa makan hati atau terseksa hidup kerana kita tak mahu mengambil langkah.

Ada ketika, kita memang perlu berani untuk ambil tindakan walaupun kita tak pasti akan keputusannya nanti. Ada seorang kenalan (masih mudalah) bercerita, dia terpaksa ambil tindakan untuk berhenti kerja kerana bosan dengan sikap bos dan kerenah kakitangan di tempat kerjanya. "Kalau saya teruskan kerja di situ, saya pasti akan makan hati. Lebih baiklah saya berhenti sahaja walaupun saya tak pasti bila saya akan dapat kerja yang baru. Saya tahu Allah akan berikan rezeki kalau saya usahakan."

Begitu juga kisah M. Katanya kepada saya, "Saya berpindah kawasan kerana dah menyampah dengan tempat yang saya duduk tu. Saya tak selesa dan menyampah dengan sikap jiran tetangga yang suka sangat jaga tepi kain saya." Katanya lagi, "Walaupun saya suka dengan rumah saya tu, tetapi saya tahu saya akan terus makan hati kalau masih tinggal di tempat yang sama."

Cerita N pula. "Bila saya tahu suami saya kahwin lagi satu dan sudah berbulan menipu saya, saya terus blah tinggalkannya saja. Saya kata padanya, kalau you ikhlas, you tak akan menipu. I tak mahu hidup dengan penipu lagi." Jadi N pun blah! Lepas itu kata N, suaminya pula melolong-lolong. "Dia kata dia menyesal. Dia kata dia bodoh dan buat sesuatu yang teramat bodoh. Dia merayu dan memujuk saya supaya jangan tinggalkannya. Katanya lagi, dia tak fikir baik-baik pun semasa buat keputusan untuk nikah perempuan tu di Siam."

Semestinya N berani untuk mengambil tindakan. Baginya, kalau hati dah terluka buat apa nak tunggu lagi. Kalau suami dah cari seorang lagi, biarlah dia pergi dengan perempuan itu. Rupa-rupanya lelaki, kebanyakan memang pun pelik. Mereka rajin mengutip, tetapi tak mahu pula harta mereka diambil orang lain!

"Kalau kutip yang baik, tak apalah... tapi kalau kutip yang mata duitan atau kaki menjerat, nak buat apa, kan?"

Apa-apa pun, hidup perlu berani. Kalau kita tak suka, tunjukkan tak suka itu. Kalau tak yakin, jangan memaksa diri untuk teruskan sesuatu yang tak meyakinkan. Apa sahaja yang kita lakukan, pastikan ia adalah berlandaskan kebaikan, bukan keburukan. Allah mahu kita jadi insan yang baik, yang berhati mulia, bukan manusia yang hidup dengan kebodohan dan kejahilan. Nauzubillah min zalik.

Wassalam.