Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, May 20, 2013

Jadilah Tangan Yang Memberi



Assalam semua.

Kadang-kadang dalam hidup kita ini, akan ada yang datang kepada kita meminta bantuan, terutama dalam segi wang ringgit. Biasanya, bagi mereka yang mempunyai perasaan, mereka akan berasa malu untuk meminta bantuan wang ringgit, namun dalam keadaan yang mendesak, terpaksa sahaja tolak tepi rasa malu itu. Kalau kita pernah melalui detik kesusahan seperti itu, mungkin kita tahu apa rasanya untuk tebalkan muka dan minta bantuan.

'Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang meminta.' Kalau boleh, semua orang hendak memberi bukan meminta. Namun demikian, kadang-kadang kita tersepit dan cara untuk menyelesaikannya ialah untuk meminta, mungkin sekadar meminjam.

Dalam pada itu, ada juga yang mampu tetapi begitu berat dan terlalu berkira-kira untuk membantu mereka yang memerlukan. Mungkin suatu masa dahulu dia juga pernah merasakan keperitan hidup dan tiada yang mahu membantu, jadi mungkin dia tidak merasakan perlu untuk membantu mereka yang tersepit itu!

Kalaulah kita tahu betapa mulianya mereka yang sedia membantu orang yang memerlukan itu, mungkin kita tak mahu berkira-kira lagi. Yang pasti, lakukanlah kerana Allah SWT, sekalipun mungkin yang meminta bantuan itu bukan Muslim. In syaa Allah, kalau kita lakukan kerana Tuhan, besar pula nikmatnya. Wallahuaklam.

Wassalam