Firas dan Yusufia - Beraya Haji. Comel tak?
Salam
Semestinya kita masih berada dalam mood hari raya haji. Semalam, seperti biasa kami kesibukan kerana seperti biasa juga kami berkumpul satu famili. Alhamdulillah. Dapatlah meraikan hari raya korban. Tahun ini kami lakukan korban di negara Kemboja, semoga Allah swt memberkati hidup dan akhirat kita. Amin.
Sejak beberapa bulan yang lepas, saya activate semula akaun Facebook saya, tetapi saya tidak aktif di sana, sekadar untuk memudahkan hubungan dengan kaum kerabat yang berada di merata-rata tempat. Salah seorang daripada adik saya, memang aktif teramat sangat. Dia rajin update FB dia dan saya kata kepadanya, "Eloklah jadi penulis" Sekarang ini, dia mula buka blog pula, mudah untuk tulis panjang-panjang. Tak tahulah dia mampu bertahan lama atau tidak menulis di blog, kerana orang kaki tulis sahaja yang mampu aktif di blog. Apa-apa pun, memang tulis di blog seronok, tak macam di FB.
Semalam, kami makan satey buatan sendiri. Maklumlah bila dah ramai-ramai tu memang ramailah yang tolong membakar, dari tengah hari sampailah ke lewat malam. Semua satey ada, ayam ada kambing ada dan daging lembu pun ada, malah perut dan hati pun ada... hehe. Saya tak tolong apa-apa, yang buat semuanya ialah suami dan anak-anaknya (anak saya juga hehe). Sebaik sahaja habis solat Jumaat, mereka mula membakar satey. Alhamdulillah, cukup semuanya. Emak saya juga masak sambal goreng dan adik dan adik-adik ipar bawa makanan lain, pencuci mulut dan lemang. Memang meriahlah.
Hari ini saya keletihan. Walaupun saya tak masak apa-apa, tapi maklumlah bila dah raya tu semestinyalah sibuk. Saya tak masak, tapi tak berhenti-henti membancuh air. Jadi saya nak rehat.
Wassalam.
