Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, June 25, 2008

Semalam Aku Bermimpi!

Tadi malam, aku bermimpi. Seekor ular datang untuk membelitku. Aku ketakutan, tapi aku sempat melarikan diri. Belum sempat pergi jauh, sudah ada sang harimau yang sedang menanti. Dia mengaum, menggetarkan jantungku. Aku ketakutan sekali lagi kerana sangkaku tadi, aku dah dapat lari dari ular sawa yang besar, rupa-rupanya, masih ada lagi binatang ganas yang mahu pelahap diriku ini.

Aku pandang kiri dan kanan, depan dan belakang... tapi aduhai, masih banyak binatang liar yang berada di kelilingku. Aku tak tahu hendak ke mana. Mujurlah aku ada DIA. Aku menadah tanganku, aku memanjatkan doaku kepada-NYA. "Tolonglah aku... aku belum mahu mati lagi. Kalau mati pun, janganlah aku mati dibaham mereka."

TUHAN makbulkan doaku. Aku terkejut dan terjaga. Rupa-rupanya, aku bermimpi sahaja.

"Ah, kenapa aku mimpi macam tu? Apa maksudnya?" Aku bertanya pada diriku. Aku jarang bermimpi dan kalau bermimpi sekalipun, biasanya ada tanda-tandanya. Tanda apa? Aku menyoal lagi. Sebelum melelapkan mata, seperti biasa aku baca pelbagai ayat suci mengiringi lenaku. Aku tak pernah tidur tanpa membaca ayat-ayat itu dulu.

Barulah aku teringat. Sebelum tidur, banyak yang datang mengganggu jiwaku. Banyak persoalan yang berdepan denganku. Yang penting, aku tertanya-tanya... pada siapa yang aku mahu percaya lagi? Dia ular sawa, yang lagi satu pula memang macam harimau. Aku mahu mati ditelan, atau mahu mati dibaham?

Itulah perasaanku hari ini. Payah untuk percaya lagi. Selagi binatang-binatang buas yang kawal hutanku itu, selagi itulah aku jadi bimbang. Tapi aku percaya, sesuatu akan terjadi dan sesuatu itu akan datangnya daripada DIA. Binatang-binatang ini akan lari dan mungkin tak tahu mana nak pergi nanti.

Aku tak mahu bermimpi macam itu lagi.