Salam
Ada orang tanya pada saya (3 orang yang bertanya ni), apa kebaikan minum madu+limau nipis+asam jawa tu? Hehe... saya belajar masa kat Sri Lanka. Kata cikgu yang bercerita tentang kebaikan bahan makanan yang natural ini, kalau kita amalkan mium macam tadi tu, kita boleh detox apa2 yang kita terlebih makan. Malah, ia mampu untuk membakar kalori dan pulihkan sistem metabolism kita. Semua ini untuk kawal obesiti. Di Sri Lanka, memang payah nak jumpa orang yang gemuk-gemuk. Bukanlah tak ada langsung, mungkin ada yang tak amal benda-benda macam ni... hehe. Apa pun, kita usahakan sahaja, lain-lain adalah urusan Tuhan. Jangan lupa, kalau guna madu tu, bukan sembarangan tau, kena guna madu yang betul2 madu, bukan yang tiruan.
Okeylah, jom kita beralih topik. Adalah seorang teman ni membangkitkan kisah adil dan tak adil antara lelaki dan perempuan. Kata dia pada saya, "Kenapa ek, bila ada saja masalah rumah tangga, orang perempuan akan dituduh tak pandai jaga suami, sedangkan yang buat hal tu lelaki. Tak ada pun nak disalahkan lelaki. Seolah-olah, bila lelaki buat hal dalam rumah tangga, perempuan yang bertanggungjawab!"
Adoi... susah ni. Mungkin juga kerana biasanya para ibu sayang pada anak-anak lelaki mereka, jadi mereka tak nampak bila anak lelaki buat salah dan silap. Dalam kes ni, salah perempuan juga ni. Lagi satu, biasanya juga, kita di Malaysia ini, malah di kalangan mereka yang beragama Islam, mudah percaya bahawa orang perempuan wajib taat pada suami. Full stop. Dalam hal ini, taat membawa tanggungjawab yang teramat berat hingga memadamkan tanggungjawab lelaki. Banyak orang terlupa bahawa Allah SWT sudah sediakan satu sistem perkahwinan yang sangat adil di antara lelaki dan perempuan. Namun kebanyakan orang bersifat 'berat sebelah'. Bila disebut sahaja tentang taat, kebanyakan orang mahu si isteri taat (tak kisah apa keadaan sekalipun) walaupun lelaki tidak bertanggungjawab, tidak beri nafkah, malah ada yang memukul (tendang terajang) isteri pun, masih dikatakan sang isteri perlu taat.
Oleh kerana itulah kita melihat banyak kes-kes ibu tunggal di Malaysia, para ibu terpaksa bersusah payah untuk besarkan anak-anak mereka, tanpa penglibatan kaum lelaki. Macam mana boleh jadi begini ya? Sekalipun si lelaki tidak suka pada bekas isterinya, boleh ke dia juga tidak suka pada anak-anaknya? Dia boleh berkahwin lagi dan boleh besarkan anak-anak lagi (dengan isteri baru), tetapi tak boleh menanggung nafkah anak-anak dengan isteri terdahulu.
Bagi saya, dalam hal ini sangat mudah. Kita jangan pedulikan pada lelaki yang memang ada sifat begitu, yang lepas tangan pada tanggungjawabnya, kerana kalau kita fikirkan balik, apa faedahnya kalau kita buat bising dengan lelaki yang berotak bebal ini? Mudah cerita, lelaki begini memang tak tahu agama pun! Jadi biarkanlah mereka. Satu hari nanti, mereka akan tahu juga dunia ini bagaimana. Bertambah menakutkan kerana Akhirat tetap menunggu mereka.
Pun begitu, ini tidak bermakna kaum wanita boleh berdendang sayang dan sibuk main-main FB, sibuk berSMS dengan buah hati lama hinggakan anak-anak dan suami terabai pula. Dalam kes begini, kalau ada yang tidak bersimpati... okeylah. Nak buat macam mana lagi?
Sama-samalah kita fikirkan. Hidup di dunia hari ini tidak semudah mengatur huruf Alif Baa Taa. Banyak dugaan dan banyak cabaran. Namun kalau kita bersabar, in sya Allah kita selamat. Wallahuaklam.
Wassalam.
PS: Saja saya letak gambar saya dan kawan-kawan sekolah GEGS, Kuala Kangsar. Nampak tak saya yang mana satu?
