Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, November 30, 2012

Mencari Kelainan



     Wajah yang mempunyai kelainan rupa - hehe


Salam semua

Esok dah hujung minggu. Insya-Allah, saya akan ke Johor Bahru dan lepas tu terus masuk Singapura untuk hadiri majlis perkahwinan anak sepupu suami saya. Untuk makluman anda semua, saya dan suami memang mempunyai ramai sanak-saudara yang menetap di sana (Singapura). Insya-Allah, kami akan tidur di Jay Bee dan akan melepak di sana sambil melawat kaum kerabat yang tak sihat. Itulah rancangnya.

Hari ini, saya sedang tunggu wireman datang untuk cek rumah sebelah, sebelum suruh TNB masukkan semula elektriknya. Sambil itu, saya akan sambung menulis lagi. Hehe, biasalah bila dah siap manuskrip terbaru saya tak suka buang masa. Saya akan mula menulis lagi, sebab kalau lama-lama berhenti, nak dapat mood tu agak susah pulak. Kalau manuskrip yang dah siap tu membawa satu kelainan, yang ini pasti begitu. Saya cuba lari daripada apa-apa yang saya pernah tulis sebelum ini. Sebagai penulis, saya rasa inilah yang paling susah untuk kita lakukan. Untuk cari kelainan. Saya tak mahu pembaca saya rasa apa yang mereka baca dalam novel-novel saya, mood nya macam nak sama. Boring maa! Saya yang menulis pun akan jadi boring sebab tak payah fikir banyak-banyak. Saya suka buat sesuatu yang mencabar minda saya. Barulah seronok. Tak kisahlah kalau yang membacanya tak kongsi perasaan yang sama dengan saya, tapi at least saya dah cuba lakukan yang terbaik. Insya-Allah.

Okeylah anda semua, saya nak relaks dan terus menulis sambil menunggu wireman tu sampai. Take care everybody, insya-Allah kita berjumpa lagi. Adios. Wassalam.

Thursday, November 29, 2012

Drama Rumah Sebelah

Salam,

Beginilah hidup kita, kan? Kadang-kadang sunyi sepi macam tak ada apa-apa, tetapi bila kita tak menjangkakannya, sesuatu pula yang terjadi. Sebenarnya hidup kita ini penuh dengan drama, kalau tak hari-hari pun, sekali-sekala mesti terjadi.

Semalam, saya keluar rumah bersama jiran yang juga merupakan seorang kawan. Nama dia Mook (dia ni chinese) dan mula-mula Mook kata, "Eh baik kita keluar awal sikit sebab petang selalu hujan," tapi saya pula masa pagi tu sibuk di laman rumah jadi malas nak keluar awal sangat. Saya kata, "Kita keluar pukul 2 lah, lepas solat zohor. Senang sikit. Masa tu pun tak adalah hujan biasanya."

Pukul dua, saya pun bersiap-siap dan keluar rumah. Kami menghala ke Alamanda, Putrajaya. Di sana, kami berjumpa dengan seorang lagi kawan (juga jiran) yang bernama Sury (yang ni Melayu). Kami lakukan urusan kami sekejap, lepas tu Mook ajak makan sebab dia kata dia belum makan tengah hari. Kami pun pergi ke Food Court sebab Mook kata nak makan nasi. Kami duduk bertiga dan makan dan minum. Elok habis saja makan, kami pun nak bangunlah. Tiba-tiba Sury dapat phone call. Ada jiran (nama dia Puteri - seorang guru sekolah) telefon Sury. Kata dia di kawasan rumah kami sedang hujan lebat dan ada rumah yang kena sambar petir dan sedang terbakar bumbungnya. Kata cik gu tu, "Saya tak tahu rumah yang mana satu, tapi nampak macam dekat rumah Dayang." Kami pun bergegas bangun. Sebelum itu, ADT (alarm rumah) ada call Mook, beritahu yang rumahnya berbunyi alarm, tapi kami tak kisah sebab tahu mungkin petirlah tu.

Sury cuba call Dayang (kebetulan Dayang pun ada di Alamanda bersama anak-anaknya). Tapi payah nak dapat, jadi Sury kata, "Tak apalah, I pergi cari Dayang." Saya dan Mook sudah bangun dan Mook pula called kawan kami Alia yang berada di rumah, "Alia, tolong tengok rumah siapa yang terbakar kat kawasan kita tu."

Saya pula called rumah saya. Rumah Dayang di belakang rumah saya. Saya bercakap dengan ibu saya sebab adik saya tak boleh bercakap (dia pekak) dan saya suruh mak saya tengok di luar. Tapi mak saya kata hujan lebat sangat, tak nampak apa-apa. Sekejap lagi, kami dapat call lagi. kali ini dari Alia, dia kata yang dia sudah berada di depan rumah saya kerana rumah yang terbakar itu adalah rumah sebelah rumah saya (rumah kawan saya yang kini berada di Mexico). Saya pun kelam-kabutlah. Kebetulan, saya letak kereta anak saya kat rumah kawan saya tu. Saya juga merupakan orang yang bertanggungjawab untuk jaga rumah kawan saya. Saya dan Mook kelam-kabut, terus pergi ke parking untuk balik. Di Putrajaya pun dah mula hujan. Saya bersyukur yang saya tak adalah panik sangat. Cuma bimbang bila Alia beritahu kami yang ibu saya lembut lutut bila dengar yang rumah kawan saya disambar petir dan sedang terbakar bumbungnya. Saya risaukan ibu saya. Kebetulan menantu saya sedang berada di rumah ibunya (juga jiran saya dan baru balik dari kerjakan ibadah haji), jadi saya minta menantu saya pergi ke rumah saya. Cik gu Puteri sudah pun panggil bomba dan walaupun hujan lebat, jiran-jiran sudah pun ke rumah kawan saya itu.

Dalam perjalanan, saya membaca semua ayat-ayat yang saya hafal, tentunya lebih pada ayat Kursi. Bila saya baca sahaja Bismillah, Mook pun baca sama. Agaknya Mook panik sangat. Saya tak kata apa pun, hanya tersenyum dalam hati. Bila tiba di rumah, saya legalah jugak, walaupun terbakar, tidaklah melarat. Masa tu abang-abang bomba dah ada dan sudah matikan api. Cuma rumah tu jadi kotor dan ada lampu yang pecah, dindingnya kotor giler dan basah di bahagian atas. Elektrik pun tak ada. Pagar rumah kawan saya tak boleh buka sebab tak ada elektrik, mujur ada pintu pagar kecil di tepi yang boleh buka secara manual. Apa pun, saya belanja abang2 bomba untuk makan dan minum. Kesian tengok dia orang. Polis pun ada sama, mengambil laporan dari menantu saya.

Alhamdulillah, saya lega kerana mempunyai ramai jiran-jiran yang peka dan ambil berat. Apa pun, kami telah melalui saat-saat mencabar jiwa, bagaikan satu episod drama. Syukur ibu saya okay. Cucu saya pun okay (Firas), dia takut tengok polis masuk rumah kami (Polis ada machine gun lagi). Saya dah pun beritahu pada kawan saya yang berada di Mexico. "Don't worry your house is in a mess, but okay!"

Wassalam.

Wednesday, November 28, 2012

Nak Cantik dan Nak Sihat



                           Cendana atau Sandal wood

Salam

Pagi ini saya kesibukan di laman rumah, dah lama tak ambil kisah pokok tanaman saya, jadi perlulah beri sedikit perhatian. Kesian pokok. Sebab itulah pagi ini baru nak update blog. Okeylah, pagi ini saya tak ada apa sangat nak bercerita, mungkin nak kongsi ilmu yang saya timba ketika berada di Sri Lanka. Kata orang, apa sahaja ilmu yang kita dapat dan kongsi dengan orang lain itu lebih baik daripada ilmu yang kita perap untuk diri kita sorang-sorang saja. Hehe... tapi sebenarnya masa di taman herba dan rempah ratus ketika di kawasan Matele, tidak jauh dari bandar Kandy, banyak yang biberitahu oleh guru-gurunya (macam doktor). Semuanya untuk kesihatan dan kecantikan, Misalnya tentang lada hitam, sangat baik untuk perut yang meragam. Halia (mungkin kita tahu pun) sangat bagus untuk buang angin dalam badan, dan kunyit hidup untuk baiki luka dalam badan dan di kulit kita juga. Kalau nak buang segala benda tak elok yang mungkin duk terperap dalam badan kita, amal minum madu dengan limau nipis. Kata mereka, limau 'lemon' tak ada khasiat apa-apa, sekadar rasa sahaja, tetapi limau nipis sangat banyak khasiatnya untuk membersih badan kita daripada apa-apa yang tak bagus.

Sebenarnya, masa saya di tempat itu, saya membeli beberapa produk untuk kulit muka dan juga untuk kaki saya (semua daripada herba dan rempah ratus). Minyak cendana (sandalwood) dan aloe vera, sangat bagus untuk kulit kita. Bagi saya, alhamdulillah sangat berkesan. Tapi yang merisaukan saya, bila dah habis nanti... hehe, mana nak cari pulak. Apa-apa pun, sebenarnya kalau kita tahu dan rajin, banyak hasil 'nature' di bumi ini merupakan anugerah Illahi buat kita dan semua ini adalah ubat sebenarnya. Insya-Allah.

Wassalam.


Tuesday, November 27, 2012

Niloufar - gambar terbaru

Salam

Saja nak letak gambar terbaru si kenit Sharifah Niloufar. Comel tak?




Siapalah Aku Ini


Salam

Pernah tak kita menyoal diri bila sesuatu yang tak elok terjadi, "Kenapa benda ni terjadi pada aku? Kenapa aku yang kena rasa, orang lain tidak? Kenapa aku pulak yang ditimpa musibah macam ni?" Kita selalu berasa marah kerana kita rasa tak adil sesuatu itu terjadi pada kita. Misalnya, kita sedang bercinta, tahu-tahu dah putus cinta dan untuk jangka masa yang lama, kita tak bertemu cinta baru lagi. Kita rasa macam hidup tidak adil buat kita. Kita nak marah Tuhan kita takut, tapi kita merungut diam-diam, dalam hati (macam Tuhan tak tahu apa yang kita rasa tu). Kalau kita rasa macam tu, memang kita normal pun, sebab rata-rata kebanyakan manusia sentiasa akan merungut dan rasa tak puas hati dengan apa-apa yang tak elok yang menimpanya. Jarang-jarang kita nak berterima kasih atau berasa syukur pada benda-benda lain yang cantik dan indah yang datang pada kita.

Dalam hal ini, bila kita melihat ada haiwan yang diheret untuk disembelihkan, adakah kita bertanya, "Kenapalah ini terjadi pada binatang ini?" Kita tak akan bertanya pun kerana kita tahu haiwan itu akan disembelihkan untuk makanan kita. Betul tak? Kalau sesuatu itu terjadi untuk kebaikan atau kepentingan kita, kita tak akan merungut sekalipun ada yang mungkin sengsara kerana kita. Tetapi kalau yang tak elok itu menimpa kita, kita akan membebel dan rasa tak puas hati. Kenapa tidak kita terima sahaja keadaan ini sebagai satu kehidupan, kerana dalam hidup ini, sekalipun kita naik tinggi menggunung, satu hari nanti kita akan pasti turun juga. Saya percaya kerana itulah kita sentiasa diingatkan untuk bersederhana sahaja. Cuba kita lihat pada mereka yang selalu disanjung atau dipuji, apa rasanya bila tiba-tiba sahaja orang dah tak peduli? Tentu akan berasa hati, kan? Mungkin lagi seronok dan bahagia bila kita hidup sederhana sahaja, ada yang suka, tentu ada juga yang tak suka pada kita.

Bila kita sakit, kita jangan merungut-rungut, terimalah ia sebagai sebahagian dari hidup kita. Tiada manusia yang sempurna yang tak akan sakit dan tentunya akan mati. Kalau kita kerugian, janganlah kita menyesal sangat. Kalau kita tak dapat sesuatu yang kita idamkan, tak perlulah kita marah-marah, kerana apa jua yang ada ini adalah sementara sahaja.

Okeylah... sebenarnya saya ingin mengingatkan diri saya ini, agar sentiasa tidak lupa bahawa saya adalah manusia kerdil, yang masih kurang ilmu dan mengharapkan Rahmat dari Allah swt untuk tumpang di dunia ini. Akhirnya nanti akan kembali semula untuk diperhitungkan segala amalan yang ada. Wallahua'lam.

Wassalam.

Monday, November 26, 2012

Bunga Teratai Di Hatiku

Salam semua

Judul entri ini adalah nama novel terbaru saya... hehe... kena tipu! Bukanlah... kalau nak tahu si Kenit Firas suka kata, "Bukanlah..." comel aje bunyinya. Okeylah, nama di atas ini adalah nama ahli keluarga kami yang terbaru. Maksud 'Niloufar' adalah 'water lily'. Setakat ini saya belum lagi upload gambar si kenit ni... jadi saya akan lakukan sebentar lagi.

Malam tadi, saya dan teman-teman kampus lepak kat airport. Malangnya saya tak bawak kamera, jadi tak adalah gambarnya. Tak apalah... yang penting, gathering spontan macam tu memang seronok. Biasanya bila kita terlalu merancang, mesti tak jadi. Alahamdulillah dapat jumpa kawan-kawan baik saya, terutama Gee, Jamie, Mars and Jalie. Jalie bercuti ke Mexico, ikut Jamie balik ke sana. Bestnya. Kadang-kadang ada jugak berangan nak ke sana, tapi suami saya payah nak ambil cuti lama-lama sangat. Kalau ke Mexico kena duduk lama sikit, kalau tak, tak berbaloi le, sebab perjalanan terlalu jauh. Jadi, terpaksa kata 'Adios' sajalah.

Okeylah, pagi ni tak ada apa-apa cerita sangat, cuma nak sampaikan satu ilmu yang saya belajar semasa di Sri Lanka. Daun kari sangat bagus untuk kita. Kerana daun kari boleh bagi tenaga. Jadi, kalau makan kari atau masakan lain, rajin-rajinlah masukkan daun kari dan makan sekali. Orang lelaki mesti suka! hehe.

Lagi satu, bila nak tidur malam, rajin-rajinlah minum air cocoa. Air cocoa buat kita 'happy' and 'relaxing'.

Wassalam.

                                           Baby Niloufar
                                          Baby Niloufar
                                           Baby Niloufar
                     Sharifah Niloufar lagi...
                           Sedapnya Nilo tidur




        
 Laaa... pasal ni? Cik Piah pun sibuk nak jadi baby jugak...hehe

Sunday, November 25, 2012

Aktiviti Semalam

Salam semua

Semalam merupakan hari yang agak aktif buat saya. Mula-mula tu, kami pergi ke majlis perkahwinan anak kepada sepupu suami saya. Jalan raya jam giler kat Jalan Kuching... merangkak-rangkak nak sampai tu. Sampai di situ, saya teruja kerana berjumpa dengan kawan lama yang juga merupakan jiran kampung saya di Kuala Kangsar. Baru sahaja connected dengan dia kat FB, tak sangka nak jumpa kat situ pulak. Lepas tu, saya ke Top Hat, untuk hadiri majlis perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah kami (GEGS atau SRPK) di Kuala Kangsar dulu. Ada teman-teman adik saya yang pulang dari Germany, Australia, England dan Indonesia untuk majlis itu. Paling best, ada lima orang cikgu sekolah kami yang join sama. Cikgu Askiah yang sangat lanjut usianya tetap hadir juga... ya Allah, seronoknya kami. Ada di antara cik-cikgu kami tu, tak banyak berubah pun. Misalnya Cikgu Biology kami, Miss Rani Mutiah dari dulu sampai sekarang masih sama saja. Huhu... anak-anak muridnya kalah maa...

Apa pun, kami seronok dapat melepak dan bersembang. Ada tu dah berpuluh-puluh tahun tak berjumpa. Misalnya kawan kelas adik saya (saya dan adik beza umur tak sampai setahun pun) yang tinggal di Indonesia memang tak pernah jumpa kawan-kawan semenjak keluar dari sekolah. Dia berkahwin dengan orang Indonesia dan bercakap pun dah tak cakap macam orang Malaysia lagi.

Memang 'we all had a great time'. Going down the memory lane... menyeronokkan. Alhamdulillah, banyak juga junior saya yang hadir sama. Batch saya yang tak ramai sangat. Tapi yang penting... kami dapat berjumpa. Saya dimaklumkan, ada tiga orang classmate saya masa tingkatan enam dulu yang dah pun temu ajal mereka. Al-Fatihah buat Narimah, Izat dan Salleh.

Pesan saya pada anda semua, hargailah kawan-kawan yang pernah suatu ketika dahulu membesar, bermain-main dengan anda semua. Suatu hari nanti, kita akan terkenangkan masa lama kita dulu.

Wassalam.

PS. Gambar saya dan teman sekolah.
      Dengan Miss Mutiah
    Dengan Mrs. Saw - cik gu masa sekolah primary
 Dengan Mrs. Tan - cikgu ajar masak

 Mrs. Tan, Miss Mutiah, Cik Gu Norela dan kami
    Miss Rani Mutiah - Cikgu Biologi (tak berubah)
 Ambil gambar ramai-ramai - dengan cikgu2 kami termasuk Cikgu Askiah
 Saya dan kawan-kawan satu batch

Saya dengan kawan-kawan sekolah dengan buku khas untuk mendiang guru besar kami
 Kawan-kawan sekolah yang bertema 70s
  Cikgu-cikgu kami.

Friday, November 23, 2012

Bosan Giler, Beb!

     Imej Livinia (kekasih gelap governor) di Hotel Mount Livinia, Colombo


Salam

Semalam saya malas nak update blog ni. Tiba-tiba rasa bosan giler! Huh! Apa hal ni? Agaknya penat tak habis lagi. Memang macam tu, kan? Bila otak kita penat, tubuh badan kita 'exhausted', inilah jadinya. Nak buat apa pun rasa macam tak ada tenaga. Sebaik-baiknya berehat, kan? Tapi malangnya bukan semudah membaca Alif Baa Taa (saya selalu menyanyi dengan kenit2 ni lagu Alif Baa Taa). Kata hati nak rehat, tapi kesempatannya tak ada. Adoiii...

Pagi-pagi lagi saya dah duk depan komputer. Agaknya dah rindu nak menulis manuskrip... isy, apalah... tunggu2 lah...

Saya seronok jugak melayari Internet sebab rumah saya baru aje masuk Unify... dah lama apply, baru dapat sebab Unify baru lagi masuk area kami ni. Tapi alhamdulillah... laju, beb!

Pagi ni, saya memang tak ada mood nak cerita apa-apa, tapi esok pulak, saya ada gathering dengan teman-teman sekolah saya. Dah lama tak jumpa kawan-kawan, harap-harap seronok. Biasanya memang seronok, beb... mahu taknya, esok kami akan balik ke memory lane semasa berada di sekolah, berpuluh2 tahun yang lalu. Hari Ahad pula, teman baik saya akan balik ke Mexico dan kebetulan, ada kawan kami yang akan ikut untuk bercuti di sana. Jadi, saya dan kawan-kawan lain (kawan masa kat UM) akan berkumpul kat airport lepak-lepak. Actually, memang seronok jumpa kawan-kawan ni. Banyak cerita termasuk kisah-kisah lama.

Okeylah, saya nak rehatkan kepala otak saya ni. Hehe... ramai yang tanya saya, "Kak Aina apa nama tajuk novel baru?" Saya kata, "Belum boleh cakap sampailah dah print nanti."  Saya belum pernah lagi namakan judul novel saya macam ini. Jadi... tunggu ya?

Selamat berhujung minggu. Wassalam.

Wednesday, November 21, 2012

Kisah Cinta

Salam

Semasa saya berada di ibu kota Sri Lanka, kami telah ditempatkan di sebuah hotel lama yang bernama Hotel Mount Livinia, yang terletak di tepi laut. Sangat romantik. Pada malam itu, kami telah dihidangkan dengan pelbagai persembahan tarian oleh penari-penari yang sangat cantik. Rupa-rupanya kami juga dimaklumkan tentang sebuah kisah cinta yang pernah berlaku di tempat itu ketika Sri Lanka masih dijajah oleh British. Dimaklumkan bahawa ketika zaman British, ada seorang governor yang ditugaskan untuk menjaga Colombo telah terjatuh cinta dengan seorang penari lokal yang sangat cantik. Penari itu mempunyai darah campuran Portugis (saya melihat gambarnya di hotel itu) dan mungkin kerana governor itu sudah pun berkahwin, mereka berdua sering berjumpa di sebuah bukit yang kemudiannya digelar Mount Livinia, mengikut nama penari cantik itu iaitu Livinia. Kemudiannya, di tempat yang sama, sebuah hotel dibina dan dinamakan Hotel Mount Livinia.

Saya lampirkan gambar-gambar semasa saya di Sri Lanka.

Wassalam.

      Teh Sri Lanka
           Buah-buahan di gerai tepi jalan. Pisang yang merah tu sedap
            Kota Colombo
Dengan Mr. Wan, tour agent  di ladang teh- dah tiga kali makan angin dengan group dia ni

     Kota Colombo
                   Depan bilik saya di Hotel Mount Livinia
                          Penari-penari yang cantik
                         Sarapan pagi di tepi laut - sangat romantik maa
                        Hotel Mount Livinia
                        Hotel Mount Livinia ada private beach
                Di depan Hotel Mount Livinia dengan porternya
                Kedai Noritake - sangat famous di Sri Lanka

Tuesday, November 20, 2012

Jom Bercuti di Sri Lanka

Salam semua

Maaflah saya tak dapat menulis malam tadi. Tak sempat. Saya cuba untuk sambung cerita saya tentang Sri Lanka okey. Sebetulnya, semasa mula-mula hendak ke sana, saya membayangkan macam-macam juga, kerana saya tidak dapat banyak maklumat tentang Sri Lanka. Ada seorang teman yang telah ke sana dan dia mempunyai persepsi yang kurang menarik buat saya. Namun begitu, saya tidak mahu percaya seratus peratus kerana biasalah tu, ada orang sangat selektif dan sangat cerewet. Bagi mereka, kalau bercuti dan ke luar negara, mereka harus melihat sesuatu yang serupa seperti London, New York atau Paris. Jadi... saya abaikan sahaja.

Bagi saya, negara luar mempunyai keistimewaan masing-masing, tak mungkin sama dengan negara kita dan kita sebagai pengujung pula perlulah melihat dengan mata hati kita, kalau tidak, lebih baik duduk sahaja di Malaysia dan tak usah ke mana-mana.

Biar saya mulakan dengan makanan di Sri Lanka. Rata-rata, makanan mereka tidak banyak beza dengan makanan di India. Ada pelbagai jenis kari, ada yang kurang pedas dan ada yang terlalu pedas hingga tebal bibir dibuatnya. Ada pelbagai nasi (tapi beras mereka tidak panjang), ada nasi yang berwarna coklat, ada pelbagai jenis roti, termasuk tosai (yang dipanggil dhosa), ada putu mayam, ada pelbagai lauk masak lemak, macam makanan orang Melayu juga, dan kadang-kadang saya terjumpa pelbagai jenis acar, termasuk apa yang mereka panggil 'Malay Acar'. Banyak masakan sayur-sayuran dan pelbagai sup yang menarik.

Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu bahawa di Sri Lanka, ada orang berketurunan Melayu yang datangnya memang dari Tanah Melayu, mungkin  sekitar seratus tahun yang lampau. Sekarang ini ialah generasi ke tiga atau ke empat dan mereka masih lagi bertutur bahasa Melayu di rumah (tapi bunyi macam berbeza sikit dari kita). Namun kerana perkahwinan campur, Melayu di sana tidaklah seratus peratus macam kita di sini, tapi masih ada lagi yang macam orang Melayu. Di Colombo, ada jalan raya yang dinamakan 'Malay Street', tapi saya tak sempat ke sana. Sebab itu juga banyak makanan Melayu yang sudah menjadi makanan mereka, termasuklah kuih-muih.

Rata-rata juga, tak susah nak makan di sana kerana ada banyak restoran halal, dan banyak juga orang di sana yang pantang makan daging, jadi makanan 'vegetarian' banyak. Lagi satu, kebanyakan ayam, lembu dan kambing, memang disembelih oleh orang Islam.

Orang tempatan Sri Lanka (yang bukan Islam), sangat religious dan sangat beradat. Ke mana-mana kami pergi, mereka menyambut kami dengan bunyi gendang dan memakaikan kami kalung bunga di leher.

Bagi saya, kota Colombo sangat menarik. Masih mempunyai tinggalan kolonial, masih maintain pokok-pokok yang cantik, sangat-sangat bersih, dan saya suka melihat burung-burung (pelbagai jenis) yang suka melepak di dalam kota. Apa tah lagi kota itu berhampiran dengan laut. Sangat romantik dan sesuai untuk pasangan yang mahu berbulan madu.

Di Sri Lanka juga, mereka sangat prihatin tentang penggunaan herba. Semua tumbuhan mempunyai nilai positif dan orang di sana lebih banyak mengguna bahan-bahan herba untuk menjaga kesihatan. Kami sempat melihat kebun-kebun herba di sana yang dijalankan secara besar-besaran. Lagi satu kebangaan mereka ialah teh. Ingat tak pada teh Ceylon? Datangnya dari sanalah dan ketika British di Sri Lanka (ketika itu dinamakan Ceylon) mereka perkenalkan pelbagai jenis teh, dan akhirnya dinamakan dengan nama-nama seperti 'Earl Grey', 'Afternoon English lah' dan macam-macam lagi. Pada hal teh itu adalah teh Sri Lanka. Kami sempat ke kebun teh.

Bagi saya, walaupun Sri Lanka masih lagi ketinggalan dari segi pembangunannya, tetapi saya jangkakan negara itu akan berkembang maju dalam masa yang terdekat ini (dah tak ada perang lagi) dan yang menariknya, orang di sana sangat prihatin tentang ekosistemnya, dan sangat prihatin dengan alam sekeliling. Bayangkanlah, semasa saya berjalan-jalan dalam bas, saya ternampak burung merak liar di tepi jalan (dalam kawasan semak). Tempat lain, burung merak hanya ada di zoo sahaja!

Okeylah, dah terlalu panjang. Satu lagi yang saya lupa nak tulis kat sini ialah tentang wanitanya. Ramai yang cantik-cantik. Kalau tengok pada papan iklan, aduhai... modelnya sangat cantik, kerana banyak juga orang Sri Lanka mempunyai darah campur (Portugis, Belanda dan Inggeris, selain dari bangsa-bangsa lain). Nanti saya akan ceritakan sebuah cerita romantis yang saya dengar di sana.

Sehingga berjumpa lagi, Wassalam.


 makanan di Hotel Mahaweli Reach, Kandy
      Hotel Mahaweli Reach, Kandy
               Hotel Mahaweli Reach
                  Di bawah Hotel Mahaweli Reach - kawasan sungai (lepas hujan)
                        Di Kandy
                 Salah satu candi di Sri Lanka
           Hello, Apa khabar? Ayubowan - semoga anda panjang umur
             Di lobi Hotel Amaya
       Di taman herba
     Bandar Kandy
    Kamar tidur di hotel Mahaweli Reach
Persembahan tarian di Hotel Mahaweli- selepas makan malam
   Hotel Mahaweli Reach - macam kat Cameron Highlands, kan? atau kat UK ni?