Assalam
Semalam, kami berada di Melaka. Sangka kami mungkin Melaka akan sesak kerana cuti hujung minggu yang panjang, tetapi alhamdulillah okey-okey sahaja. Dapatlah kami melepak, ronda-ronda naik bot di Sungai Melaka, berjalan-jalan di Jonker's Walk dan dapat juga makan asam pedas Melaka. Malah, apa yang saya cari memang jumpa di Jonker's Walk, cuma tak mudah nak jumpa. Kira macam legalah juga.
Alhamdulillah, semuanya lancar buat kami. Hari ini pula, kami akan ke Cyberjaya dan Putrajaya. Ronda dan makan-makan lagi, insyaa-Allah.
Okeylah, dah 58 tahun negara kita merdeka. Banyak sudah perubahannya, namun sebagai rakyat terutama orang Melayu, kita perlu berjaga-jaga. Sungguh, banyak perkara yang kita perlu perbetulkan terutama dalam hal penyelewengan kuasa dan harta negara, tetapi kita juga perlu berhati-hati, jangan terlalu ghairah mahukan perubahan, takut kalau tak betul gaya, orang Melayu akan disapu BERSIH! Tak ada di bumi sendiri. Kalau ada pun, orang tak tahu dan tak nampak! Nauzubillah min zalik.
Saya bimbang orang muda hari ini, yang terlalu mudah dirasuk dan dibrainwash. Sebetulnya kita memang perlukan perubahan yang menghala kepada sesuatu yang positif, tetapi kalau kita tak berhati-hati orang Melayu akan hilang identiti dan hilang semuanya di negara sendiri. Jadilah manusia yang bijak untuk berfikir, jangan terlalu ralit memperjuangkan sesuatu yang akan makan diri sendiri. Bukalah mata dan bukalah hati kita. Jangan sampai orang Melayu tidak merdeka lagi!
Kita sebagai Muslim, jangan lupa pada apa yang Allah swt berfirman dalam al-Quran. Pastikan kepercayaan kita pada Muslim, bukan pada yang bukan.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Wassalam.