Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, April 30, 2014

Klon Azlee Khairi

Assalam

Saja nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog saya. Hahaha, kecoh betul peminat-peminat Azlee Khairi ketika dia datang ke booth kami. Tengoklah gambar di bawah ni.


Tapi cuba tengok pula gambar-gambar di bawah ni.




Ini adalah klon Azlee Khairi -Omar AlAthass... seorang profesional designer. Single and available.

Omar... jangan marah tau, tapi rupa you memang macam mamat pelakon tu! Kalau dia kantoi kita, bolehlah ganti you kot... hehe

Betul tak?

Wassalam.

Jangan Biar Tak Tidur Malam...

Assalam

Saya memang tak pergi ke Pesta Buku pada hari kerja. Esok baru pergi pula, insyaa-Allah pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad juga. Bermakna ada empat hari lagi sebelum Pesta Buku berakhir. Tahun depan belum tahu lagi, tapi berkemungkinan besar saya tidak 'join' sekali atas alasan sibuk degan projek lain. Huhu

Apa-apa pun, nak ingatkan penggemar drama adaptasi dari novel saya, "SELAMAT MALAM KEKASIH" akan diulangtayang di TV Al Hijrah, bermula 29 Mei ini pada jam 2.30 petang. Mungkin para pelajar yang bercuti dan suri rumah akan berpeluang untuk menontonnya. Jangan lupa tau! Ini merupakan ulang tayang kali ketiga.

Sementara itu, nak juga bercerita tentang perasaan marah atau dendam yang mungkin tersemat dalam jiwa kita. Ada ketika, sesuatu terjadi dalam hidup dan sesuatu itu membuat kita marah sangat-sangat dan mungkin kecewa. Kalau diikutkan hati mahu sahaja kita bagi orang yang kita marah tu makan 'racun tikus' (macam dalam cerita Wahai Kau Cinta- hehe), tapi... adoii... baik bersabar dulu.

Ada ketika, kita tak perlu pun buat apa-apa sekadar serahkan pada Allah SWT. Doa kita kepada Allah agar menjaga hati kita itu lebih baik lagi daripada kita pergi rodok mata 'orang yang kita marah tu' dengan garfu! Biar Allah SWT yang 'take care'. Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Adil. Setiap perkara buruk yang dilakukan oleh hambanya, pasti ada balasannya. Hanya masa sahaja yang menentukannya. Kadang-kadang balasan tidak datang serta-merta, tetapi akan datang juga. Allah SWT sentiasa adil pada hamba-Nya.

Saya masih teringat sebuah cerita lama tetapi sangat benar. Ada seorang kawan sangat terkilan dan kecewa dengan sesuatu yang berlaku kepadanya hinggakan dia tidak kering air mata. Namun dia tidak berbuat apa-apa, sekadar menadah tanganya kepada Ilahi agar hatinya tidak rasa kecewa. Allah Maha Kaya dan Maha Mendengar, beberapa bulan selepas itu, 'orang' yang menyakitkan hatinya mula pudar penglihatannya. Suatu ketika, menjadi buta dan terpaksa korbankan wang ringgit untuk pulihkan keadaan. Namun tidak juga mampu untuk memulihkannya. Ketika itu, kawan saya itu sedang berada di luar negara kerana menuntut pelajaran. Bila balik ke Malaysia, 'orang' itu masih berdepan dengan masalah besar. Kawan-kawan lain tahu dan sedar akan hal mengapa matanya jadi begitu. Kata kawan-kawan yang lain kepada kawan saya, "L, maafkanlah dia... kau ampunkanlah dosa dia... selagi kau tak ampun, rasanya tak baik kot mata dia tu."

Kawan saya bersimpati kerana 'orang' itu terpaksa tanggung sakit buat sekian lamanya hinggakan menjejaskan kerjanya. Akhirnya kawan saya memehon doa agar Allah sembuhkan 'orang' itu dan dia mengaku yang dia sanggup memaafkan kesalahan 'orang' itu. Kebetulan, ketika pulang ke Malaysia, 'orang' itu datang bertemunya dan memohon maaf di atas segala kesilapannya. Tidak sampai sebulan pun, penglihatan 'orang' itu mula pulih dan akhirnya berjaya untuk melihat seperti biasa. Kuasa Allah SWT.

Kita tidak tahu, bila kita buat orang lain, mungkin Allah akan balas kita melalui anak-anak atau keturunan kita, sekalipun mungkin kita tidak merasanya. Mungkin juga, kerana kesalahan kita, kita tak mampu untuk tidur malam, malah jiwa sentiasa tak tenang siang dan malam. Kita rasa takut... terasa seperti ada orang yang nak datang di pejabat kita dan bagi kita penampar di muka, di depan orang ramai!

Huh!

Kalau kita buat salah, carilah jalan untuk dapatkan kemaafan. Kalau kita terasa diri diperlakukan orang lain, serahkan kepada Allah SWT, Allah Maha Adil.

Wassalam.