Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, April 05, 2013

Ingatkah Kita Pada Mereka?


Foto Allahyarham ayahnda saya. Gambar ini saya cilok dari FB adik saya.

Assalam

Pernah tak anda rasa nak menangis sesangat? Tiba-tiba saja rasa sayu dan pilu. Rasa macam tidak dihargai mungkin, atau tak rasa penting. Kadang-kadang memang kita rasa macam tu, kan? Kita rasa macam orang lain tak kisahkan kita. Semua orang sibuk dengan hal masing-masing dan kita pula berasa kosong. Kalau ada yang bertanya khabar pun, sebabkan ada hal lain. Mungkin itu merupakan perasaan yang normal kot. Sekali-sekala kita akan rasa begitu.

Kadang-kadang kita teringat pula pada mereka yang sudah tiada lagi di dunia ini. Orang yang kita sayang tetapi hanya tinggal memori sahaja.

Memang saya selalu ingatkan kawan-kawan yang sudah tiada, yang tinggalkan saya buat selama-lamanya. Ada kawan-kawan yang pernah rapat dengan kita, tetapi hari ini mereka tiada lagi untuk mendengar luahan hati kita.

Saya sentiasa ingatkan arwah kawan-kawan dalam doa seharian. Begitu juga dengan Allahyarham ayahnda saya, yang tak pernah saya lupa dalam doa selepas solat. Kalau ada lagi ayah saya, umurnya ialah 116 tahun. Arwah nenek saya... saya selalu ingat pada dia... nenek saya pandai buat kuih Melayu dan rajin bersihkan periuk belanga. Arwah ayah saudara saya yang selalu datang ke rumah saya, kini dia sudah tiada. Ibu dan ayah mertua, yang suka masakkan untuk kami. Setiap kali teringatkan mereka semua, in syaa Allah saya akan hadiahkan al-Fatihah, semoga roh mereka tenang di alam barzakh.

Adakah kita ingat pada orang tua kita, atau kita rasa terlalu sibuk hinggakan tiada ruang untuk mereka?
Memang sedih kalau kita ingat-ingatkan, kerana masyarakat hari ini, terlalu sibuk mencari bahan duniawi, kadang-kadang terlupa untuk memberi masa kepada orang tua. Kadang-kadang, anak-anak risaukan hal duit, hal anak-anak mereka, hal suami atau isteri, hal ipar duai, tapi tiada masa untuk ditumpukan pada mak dan ayah yang masih hidup, apa tah lagi mereka yang sudah tiada lagi. Bagi mereka, 'their time is over'. Wallahua'lam.

Wassalam.