Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, April 05, 2011

Bagaikan Magis


PS: Drama Kau Laksana Bulan sedang diulang tayang di RTM2, setiap hari, jam 2.30 petang. Kalau ada yang nak tengok tapi miss, boleh tengok kat You Tube. Saya letakkan gambar peguam Firas Ali sekali... hehe

Salam

Pernah tak anda fikirkan sesuatu yang seolah-olah seperti mustahil untuk dapatkannya atau mencapainya, tetapi dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, apa yang anda idamkan itu datang bergolek-golek pada anda? Macam tak percaya aje, tapi ia tetap merupakan satu realiti. Masya-Allah. Anda tak boleh berfikir macam mana ia boleh terjadi.

Ada kala pula, anda sedang stres dan susah hati kerana terasa berat memikirkan masalah yang sedang berdepan dengan anda, tetapi tiba-tiba sahaja masalah yang ada itu dapat diatasi, bagaikan satu magis! Fantastic! Tiba-tiba sahaja masalah anda selesai, seolah-olah ada yang tolong memikulkannya. Alhamdulillah.

Perkara-perkara seperti yang saya ceritakan ini selalu terjadi pada diri saya. Bagi saya, apa sahaja yang datang kepada kita, hanya sekadar dugaan, dan berkat doa kita, insya-Allah, maka ringanlah segala beban yang ada di atas bahu kita itu.

Tuhan mendengar doa kita yang ikhlas. Biarlah kita memohon kepada-Nya kerana Allah SWT suka kalau kita meminta kepada-Nya. Namun, permintaan dan doa kita mestilah ikhlas dan insya-Allah, akan datanglah apa yang kita minta itu, sekalipun ada kala kita terasa bagaikan mustahil untuk mendapatkannya. Dalam hal ini, tiada yang mustahil.

Insya-Allah, dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki, saya dan suami akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 13 April ini untuk menunaikan ibadah Umrah. Buat semua pengunjung blog ini, doakanlah agar segala-galanya akan berjalan lancar buat saya dan suami. Sekiranya ada di antara anda yang ingin saya tolong doakan, sila hantar email kepada saya. Insya-Allah, akan saya cuba lakukannya.