Assalam
Saja nak letak gambar-gambar yang kami ambil masa Pesta Buku pada hari semalam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Friday, May 02, 2014
Dari Romantis Ke Humor
Assalam
Semoga anda sekelian berbahagia pada hari yang mulia ini. Alhamdulillah saya masih di sini, bernafas dengan penuh semangat dan tenaga. Syukur ya Allah kerana masih beri peluang dan waktu.
Semoga kita sentiasa beringat-ingat bahawa selagi ada nyawa di badan, kita berjejak di atas bumi yang nyata. Tak kisahlah besar mana sekalipun rumah kita, besar dan mewah mana sekalipun kereta kita, besar mana dan popular mana sekalipun bisnes atau kerjaya kita, semuanya adalah pinjaman Tuhan belaka. Tiada yang kekal. Tak usahlah kita lupa daratan, kerana apa sekalipun yang berlaku, kita kekal di sini, di atas bumi hinggalah saat nyawa kita diambil pergi.
Memang menghairankan sangat, saat kita rasa kita berjaya, sering kali manusia terlupa diri. Rasa sombong dan bangga diri mudah terhinggap pada kita, hinggakan kita seronok menunjuk-nunjuk dan terasa seolah-olah berada di atas awan, tanah yang berlumpur bukan lagi tempat mainan kita. Namun ada kala, hujan dan ribut datang, sekalipun berada nun jauh di atas, kita bakal terjatuh. Bila jatuh... tak tahu ke mana akan tercampak. Lebih baiklah kita sentiasa amalkan sikap rendah diri, kerana Allah SWT sering mengingatkan kita bahawa Dia tidak suka manusia yang sombong apatah lagi lupa daratan! Nauzubillah min zalik.
Okeylah... nak berubah kisah pula. Apakah agaknya perasaan anda, terutama pembaca-pembaca saya yang budiman, kalau tiba-tiba saya berubah cara pula, daripada bercerita sesuatu yang romantis, saya jadikan humor pula? Wow! Mesti tak sangka kan? Boleh ke Kak Aina ni? Mungkin anda tertanya-tanya. Tapi kalau anda nak tahu, sebenarnya secara peribadinya, saya memang suka sesuatu yang humor. Sebagai keluarga, kami selalu suka bergurau senda, suka bercerita yang lawak-lawak tetapi antara kami sahaja. Setiap hari, ada-ada sahaja cerita jenakanya. Semuanya adalah kisah yang terjadi di sekeliling kami.
Mungkin kot saya nak berubah haluan pula, daripada bercerita cinta dan keluarga, saya ubah kepada humor dan keluarga. Saya pasti anda akan suka. Pastinya juga tidak membosankan dan tidak stereotype. Saya dah letih mendengar pembaca-pembaca saya komen tentang buku cerita yang mereka baca, yang ceritanya hampir sama dengan cerita orang lain. Misalnya... semasa saya persembahkan cerita 'Setulus Janji' kepada pihak RTM, salah seorang ahli panelnya berkata, "Part itu ada nak sama dengan drama......... yang juga adaptasi dari novel........" Drama yang dimaksudkan bermain di stesen TV yang berlainan. Jadi saya kata, "Oh ya ke? Tapi novel saya ni dah nak masuk 11 tahun umurnya. Itu bermakna, ada orang copy part tu dari cerita saya." Hahahaha... mungkin drama adaptasi dari novel itu keluar dulu, tapi hakikatnya novelnya ditulis kemudian sangat-sangat dari novel saya 'Setulus Janji'. Ahli panel itu bersetuju dengan pandangan saya, walaupun saya sendiri tak tengok pun drama yang dimaksudkan dan tak baca pun novel yang dikatakan.
Malah, sejak kebelakangan ini, itulah rungutan penulis dan pembaca. Kata mereka terlalu banyak novel yang keluar ceritanya nak sama macam novel-novel yang keluar dulu lagi. Namanya itu ialah 'Plagarism' bermaksud menciplak hak cipta orang lain, menciplak karya orang! Wow! Memang dah jadi budaya kot. Kita buat apa sahaja asalnya kita boleh menulis.
Okeylah... sebab tu kot, saya pun nak berubah angin. Bosan mendengar hal-hal macam ini, seolah-olah kita tak punyai idea dan kreativiti sendiri. Kenapa tak kita gunakan akal dan fikiran dan 'explore' lah dengan kebolehan yang kita ada, bukan sekadar menciplak idea orang lain? Kalau kita rasa kita tak ada idea, janganlah tulis, beb!
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)