Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, April 01, 2012

Dua Suami - Lain Perangai

                            Sekadar Hiasan

Salam

Semalam saya tak sempat nak update blog sebab sepanjang hari saya kesibukan. Pagi di Seremban dan petang pula di Kuala Lumpur.

Salah seorang student Yemen (yang baik dengan saya) pulang ke Yemen dan kini sudah berada semula di Malaysia. Dia membawa 'gelas-gelas kecil' untuk saya, untuk buatkan bekas minuman teh Arab (orang Arab Yemen minum teh guna gelas kecil) dan juga madu dari Hadramaut (madu terbaik di dunia). Selepas berjumpa, kami ramai-ramai pergi makan di Restoran Insaf, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Biasanya kalau kami di kawasan TAR, restoran itu tak akan kami 'miss'. Kami ramai-ramai pekena nasi beriani dan jus mangga terbaik!

Malam ini, saya dan suami akan ke Ampang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak teman suami saya. Tengah hari ini pula, kami akan makan tengah hari beramai-ramai di rumah saya, insya-Allah.

Saya tak ada apa-apa cerita istimewa, sekadar ingin letakkan skrip di bawah ini sahaja. Semoga anda menghayatinya.


Dua orang wanita sedang berbual-bual. Seorang daripada mereka yang bernama Indah, kelihatan sedih dan monyok. Seorang lagi pula yang bernama Cantik kelihatan ceria. Kedua-dua mereka baru sahaja kehilangan suami.

Indah : Sampai hari ni pun, saya masih sedih lagi. Terasa sangat-sangat kehilangan dia.

Cantik: Saya pulak, tak rasa apa-apa. Saya lega giler.

Indah : Dia selalu tolong saya kat dapur. Kalau saya masak, dia basuh pinggan. Kalau anak bangun
            malam, dia tolong bangun sama. Dia buatkan susu anak. Dialah yang bayar bil-bil rumah ni. Saya tak
            buat apa-apa pun. Dia baik hati.

Cantik: Dia pulak... tak usah haraplah. Dahlah kedekut nak mampus. Dia kata, gaji dia duit dia. Kalau saya
            nak duit, saya kena cari sendiri. Dia pakai kereta mewah, tapi kat saya, dia tak mampu nak tanggung.

Indah: Saya bersyukur kerana pernah jadi isteri dia. Semoga kami akan berjumpa di syurga nanti.

Cantik: Saya bersyukur kerana sekarang ni saya dah tak jadi isteri dia lagi. Alhamdulillah. Semoga mata dan
            hati dia terbuka dan harap-harap dia tak terus duduk di neraka nanti.

Indah dan Cantik adalah teman baik. Mereka berkahwin dalam waktu yang hampir sama. Tetapi, Indah kehilangan suami apabila suaminya bertemu ajal kerana kemalangan jalan raya. Kerana itu juga, Indah masih bersedih. Lagipun, suaminya sangat baik kepadanya. Cantik pula, juga kehilangan suami melalui perceraian yang dipohon di pejabat kadhi. Cantik tak tahan dengan perangai suaminya yang tak pernah bertanggungjawab. Kedua-dua mereka kehilangan suami, tetapi Cantik kelihatan bahagia di atas kehilangannya itu. Baginya, ia adalah hikmah Tuhan.

Wassalam.