Kuching2 ini terletak di depan hotel kami
Salam semua
Pagi ini saya tak bercadang untuk sambung cerita Sri Lanka., kalau ada masa saya lakukan malam ini atau pun esok pagi. Malam tadi, saya dan Mimie tiba dari Kuching, Sarawak. Saya sangat letih kerana kami banyak berjalan-jalan di bandar Kuching. Sebenarnya penat saya dari Sri Lanka pun belum habis lagi, jadi pagi ini saya nak sentuh sedikit tentang Kuching. Saya pernah ke bandar itu sekitar beberapa tahun yang lalu (tak berapa ingat tahun bila), tapi saya melihat banyak juga perubahan di bandar ini. Saya memang suka sekitar river front nya, saya suka naik bot menyeberangi sungai. Saya dan Mimie, kami suka hotel yang saya pilih kerana kamar kami berdepan dengan sungai... memang cantik. Over all, Kuching memang merupakan destinasi menarik. Tapi bagi saya, orang-orang Kuching sangat baik-baik dan ramah. Pemandu teksi semuanya friendly dan banyak menjadi tourist guide kami, begitu juga tukang bawa bot. Best, sangat best!
Kami ingin ucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca yang datang bertemu kami di Kuching. Terima kasih kerana bersusah payah datang, dan terima kasih juga pada staf Popular yang baik hati.
Kebetulan saya tak bawa kamera, hanya ambil gambar dari kamera handphone sahaja, jadi malas nak upload di sini.
Okeylah, saya nak berehat dulu, kalau rajin dan sempat saya jumpa anda lagi di malam ini.
Wassalam.
