Cerita
2
Bahagian
4
Bersambung:
LIMA
KALI LIMA
USTAZ
AMMAR faham sangat dengan apa yang diulaskan Mak Nun. Memang
payah nak jumpa wanita yang seperti Mak Nun di zaman ini. Rata-rata, para ibu
sangat materialistik hinggakan tak peduli pun kalau bakal menantu mereka
merupakan ‘penyangak’, janji poketnya berisi. Walaupun Ammar agak terkejut
dengan kata-kata Mak Nun, namun dia juga tabik pada kejujuran Mak Nun. Memang
betul pun, di akhir zaman, ramai yang mengaku berilmu agama yang tinggi, namun
tetap terlalu pedulikan hal duniawi hinggakan kadang-kadang, apa yang
diperjuangkan adalah bukan satu dakwah yang ikhlas, tetapi dakwah yang
berbayar!
Ustaz Ammar termenung buat seketika. ‘Ya betul… apa gunanya
aku ke hulu ke hilir memberi ceramah, tetapi apa yang aku harapkan adalah
bayaran yang lumayan. Itu adalah saham dunia semata-mata, saham akhirat aku tak
beratkan.’ Hatinya berbisik-bisik hingga terbit air mata, meluahkan rasa
kesalnya. ‘Aku terperangkap macam orang lain jugak.’
“Rezeki memang perlu kita cari. Kalau duduk goyang kaki,
memang tak akan ada yang jatuh dari langit. Tapi… dalam hal berdakwah, kita
kena jujur dengan Allah swt, jangan sampai dakwah kita buat atas nama duit dan
harta dunia.” Teringat Ammar pada kata-kata Mak Nun.
‘Adoii…’ dia melepaskan nafas deras. ‘Mungkin aku kena
fikirkan satu cara lain di mana hidupku akan terus dirahmati, akhiratku juga
akan diberkati Allah swt.’
Sekali lagi Ammar teringat pada kata-kata Mak Nun. “Cuba
kita tengok pada orang yang memeluk agama Islam atas kehendaknya sendiri. Orang
yang macam inilah yang biasanya paling ikhlas dan jujur pada Allah swt dan
agama. Mereka akan belajar, menuntut ilmu dan mengamalkan dengan cara yang terbaik
tanpa terikat untuk menggunakan agama untuk kepentingan diri. Subhanallah.
Kalau Mak Nun jumpa satu yang macam tu… Mak Nun memang nak jadikan menantu.”
Tiba-tiba sahaja Ammar teringat pada rakannya di kampus
dulu. Aminullah Tan. Sudah lebih dua
tahun lelaki itu memeluk agama Islam. Dulu dia seorang atheist yang tidak
pedulikan agama, namun setelah mengenali Islam, Tan memilih untuk menjadi
seorang Muslim yang taat pada perintah Allah.
“Rizal… apa kata kalau kita ajak Aminullah datang ke sini?”
“Boleh boleh… kita boleh sama-sama belajar. Aku ni memang
kurang ilmu. Kau tahu macam-macam-macam… kau boleh ajar aku.”
“Tapi… aku pun nak belajar jugak. Nak belajar jadi insan
yang ikhlas macam Aminullah. Masya-Allah.” Kata Ammar.
“Kalau kamu dah bersedia… kamu boleh datang balik sini.
Kita boleh berunding.” Ammar ingat lagi kata-kata Mak Nun, yang sedang memberi
semangat kepadanya. Dirinya rasa tercabar bukan kerana anak dara Mak Nun,
tetapi kerana dia tahu dia perlu melihatkan kejujuran pada dirinya sendiri di
atas nama Allah swt!
“KENAPA?”
soal
Aminullah bila dia dipelawa rakan-rakannya Rizal dan Ammar. “Kau orang bukannya
tak tahu… aku sibuklah. Minggu depan… aku nak ke Sabah. Ada rakan aku buat
sekolah agama untuk budak-budak miskin kat sebuah pulau ni. Aku dah janji nak
pergi sana nak tolong sama.”
“Sabah?” kata Rizal, “jauh tu…”
“Memanglah jauh. Tapi aku nak ke sana bukan sebab jauh
atau dekat. Tapi kat pulau tu, tak ada orang ambil kisah pun. Kebanyakan orang
kat situ adalah orang Suluk yang tak ada identiti negara. Malaysia bukan,
Filipina pun bukan. Seolah-olah mereka bukan manusia, bukan insan Allah swt. Miskin
sangat-sangat. Sebab tu dia orang tak dapat pergi sekolah macam kita. Pada hal
dia orang dilahirkan di negeri tu. Jadi… adalah hamba-hamba Allah ni yang sudi
untuk buat sekolah secara kecil-kecilan supaya budak-budak kat pulau tu boleh
belajar. Aku akan jadi sukarelawan… aku nak tolong mengajar. Memang tak ada gajilah…
tapi alhamdulillah aku ada bisnes kecil-kecilan untuk tampung hidup aku.”
“Subhanallah…” kedua-dua Ammar dan Rizal memandang sesama
sendiri. Mereka terpesona mendengar kata-kata Aminullah.
“Okey okey… kau rasa kami berdua boleh tolong tak?” soal
Rizal.
“Siapa pun boleh, kalau mahu. Bukannya mesti kau ke Sabah
tu. Dari sini pun boleh.”
Mereka duduk dan berbincang, hinggakan terlupa dengan
perancangan asal mereka.
“Sebelum aku terlupa… kami serius ni nak ajak kau ke
tempat aku. Jom!” kata Rizal, mengulanginya.
MAKA
tibalah
Aminullah Tan bersama rakan-rakannya di gerai Mak Nun.
“Kau kena makan Mi Kari Mak Nun ni dulu. Sebab Mi Kari ni
lah aku terikat dengan projek kat tempat aku ni.” Rizal memulakan ceritanya.
Ammar sekadar tersengih-sengih. “Lepas tu nanti, kau pekena pulak nasi lemak
Mak Nun. Kalau kau rasa bagus… nanti aku tunjuk pulak benda lain… yang mungkin
kau akan suka juga. Satu satu okey?”
Hari itu, ke lima-lima anak dara Mak Nun tiada di gerai.
Rizal memang tahu itu, tetapi Rizal juga sudah meminta bantuan pembantu Mak Nun
agar menyediakan gambar Nabila untuk ditunjukkan pada Aminullah Tan nanti.
“Ini bidadari dari mana ni?” soal Aminullah.
-BERSAMBUNG
–
PERINGATAN:
Tulisan
ini adalah hak cipta penulis ini dan tidak boleh di ciplak dengan apa jua cara
termasuk semua bentuk digital walaupun sekadar paragraf atau ayat. Tulisan ini
juga adalah dalam bentuk ‘raw’ dan belum diedit lagi. Terima kasih.