Assalam
Inilah pengalaman saya. Hidup di dunia ini, selagi ada umur, ada kesihatan yang baik, ada rezeki, kita perlulah sentiasa bersyukur. Pun begitu, bagi sayalah, kita kena ada banyak kesabaran dalam diri. Bukan semua yang kita suka itu kita pasti dapat. Kadang-kadang, ada perkara yang tak elok terjadi dalam hidup kita. Dalam perjalanan yang sudah kita rancang, tak semesti apa yang kita mahu itu berjalan lancar. Ada ketika, kita kena sabotaj. Atau mungkin kita mendapat ujian. Ada masa, bukan kerana kesilapan kita pun, tapi apa yang boleh kita lakukan? Kesabaran sahaja yang dapat menjaminkan kekuatan semangat dan kukuhkan iman. Insyaa-Allah.
Kadang-kadang, hati kita jadi geram. Mungkin dengan ahli keluarga sendiri, mungkin dengan kawan-kawan, jiran atau mungkin juga dengan orang luar yang kita tak berapa kenal. Kerana kesalahan atau kesilapan yang dilakukan orang lain, kita mungkin hilang sabar. Itulah yang kita kena buat, agar kita mampu bersabar. Kerana dengan kesabaranlah kita boleh teruskan perjalanan ini. Setiap ujian yang datang itu, pasti ada hikmahnya.
Kita mengandaikan yang orang lain tahu apa yang ada dalam fikiran kita. Rupa-rupanya tidak!
Pengalaman sayalah... kadang-kadang saya jadi bosan kerana melihat mesej yang berulang-ulang yang disebarkan oleh rakan-rakan atau saudara-mara. Masalahnya kadang-kadang si penghantar mesej melakukan itu kerana merasakan yang diri mereka terlalu baik! Ada pulak yang berulang-ulang menghantar mesej yang religious pada hal diri sendiri tidak juga religious. Sebagai contoh, dia menghantar pesanan yang mengingatkan kita supaya kita tidak lupakan Tuhan, atau bersedekah banyak-banyak, atau jangan menyombongkan diri. Dalam masa yang sama, dia juga yang memukul canang dalam group dengan mengatakan yang anaknya mahu bercuti ke Paris dan London! Subhanallah. Apa tujuannya itu? Hanya nak bagitahu ke atau sebenarnya ada rasa 'riak' dalam diri dan kalau itulah yang terjadi, tak guna pun merasakan dirinya terlalu baik dan mahu menunjukkan kebaikannya itu, padahal dirinya taklah baik mana pun! Allahuakbar.
Jadi... jaga-jagalah dengan apa yang kita sampaikan kepada orang lain. Lebih baik berlaku 'normal' daripada merasakan yang diri sendiri adalah orang yang terbaik! Wallahuaklam.
Lagi satu... saya memang tak sanggup betul bila menerima segala macam mesej yang sebenarnya merupakan cerita 'fitnah' atau 'mengaibkan', termasuklah segala macam 'video' yang sebenarnya merupakan 'video fake'! Rasa macam nak muntah!
Apa-apa pun, itulah tahap kesabaran yang kita perlu ada. Dunia hari ini dah jadi pelik. Orang yang sama, yang merasakan dirinya baik, itu juga orang yang selalu menyebar segala macam cerita 'fitnah' dan yang 'mengaibkan'. Wallahuaklam.
