Assalam
Alhamdulillah, apa yang saya impikan tercapai juga. Sudah berpuluh tahun saya teringin untuk bertemu semula dengan guru Bahasa Melayu dan Sastera saya, akhirnya bertemu juga. Cikgu Sabri dah 84 umurnya, tahun ini akan masuk 85 dan dah hampir 30 tahun bersara. Alhamdulillah dia masih sihat walaupun sudah banyak kekurangannya. Saya bersyukur yang Allah izinkan kekuatan dan tenaga buat guru saya itu. Lima belas tahun yang lalu, Cikgu Sabri kehilangan anak tunggalnya dan lima tahun kemudian, dia kehilangan pula isterinya. Dengan kudrat yang ada dan rezeki yang ada, Cikgu Sabri memelihara enam orang cucunya (salah seorang adalah OKU) dan alhamdulillah semuanya dah besar panjang. Semalam, ketika kami tiba di rumahnya yang terletak di Sayong, Kuala Kangsar, hampir semua cucu-cucunya ada dan merekalah yang melayan kami. Saya kagum kerana Cikgu Sabri masih kuat ingatannya dan masih kelihatan bagus kesihatannya walaupun sudah lanjut usia. Masya-Allah, Allah sediakan itu untuknya lalu mampu untuk membesarkan cucu-cucnya.
Kemudian, kami ke Ipoh untuk melawat Wan Chor (kakak arwah ibu tiri saya) dan Wan Chor sememangnya rapat dengan kami. Kini, dia sudah uzur. Wan Chor seusia dengan arwah ibu saya. Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk bertemu dengannya.
Apa-apa pun, suami saya seronok kerana berpeluang untuk menjenguk sekolah lamanya. Kebetulan semalam ada permainan rugby dan dikatakan Sultan Perak turut hadir.
Bagi kami, kami sangat bersyukur dan tentunya sangat insaf melihat anugerah Ilahi buat hamba-Nya. Semoga Allah rahmati Cikgu Sabri dan juga Wan Chor, semoga kami juga diberi hidayah, kekuatan mental dan fizikal, selamat dunia akhirat. Aamiin.
Wassalam.
Saya, adik saya dan Cikgu Sabri
Kami dengan Wan Chor
Kolej Melayu Kuala Kangsar - kebanggaan suami dan anak sulung saya
Stesen Kereta api Kuala Kangsar
Kami bergambar dengan Cikgu Sabri yang masih berupaya untuk memandu kereta.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Saturday, February 28, 2015
Thursday, February 26, 2015
Balik Kampung
Assalam
Hari ini kami meraikan hari lahir anak bongsu saya, Nabil. Dah 23 umurnya, alhamdulillah. Semoga Nabil dipeliharai Allah swt dunia akhirat. Seperti biasa bila kami meraikan hari lahir ahli keluarga, si kenit-kenit di rumah saya akan kesibukan. Merekalah yang paling seronok.
Insyaa-Allah, esok saya akan ke Perak. Saya akan melawat ibu saudara tiri saya yang kini sedang uzur di Ipoh dan saya juga akan melawat guru sekolah saya yang kini berada di Kuala Kangsar, kampung saya. Guru saya juga sudah uzur. Itulah niat saya, untuk melawat mereka. Adik saya dan suami saya akan ikut sekali insyaa-Allah dan kerana itulah saya update blog malam ini kerana esok saya akan bermusafir. Semoga perjalanan kami lancar, insyaa-Allah.
Wassalam.
Yusufia
Neeloufar
Kek hari jadi Nabil

Pelik Tapi Betul
Assalam
Tiada niat untuk bincangkan hal-hal sensasi, sekadar untuk berkongsi maklumat sahaja agar kita lebih mengetahui. Semalam, ketika saya mengisahkan tentang tempat yang bernama Pulau Socotra di Selatan Yemen ini, ramai yang tertanya-tanya kerana ramai yang tak tahu tentang kewujudan tempat seperti Socotra ini. Kerana keunikan tumbuhan yang berada di pulau ini, ada juga yang bercerita konon-konon tempat ini pernah menjadi tempat Dajjal dirantai. Namun kita tidak tahu tahap kesohihan cerita ini.
Pun begitu yang pasti memang tidak mudah untuk berkunjung ke Pulau Socotra. Bukan sekadar ia sangat jauh dari daratan, tetapi pulau itu mempunyai kuota untuk pengunjung kerana mereka tidak mahu pulau itu dirosakkan dan dinodai oleh pelawat yang tidak prihatin tentang alam sekitar. Sememangnya tiada banyak hotel di situ walaupun penduduk di tempat itu dikatakan sangat baik budi dan tempat itu hampir seratus peratus selamat.
Apa-apa pun, pulau itu sangat menarik kerana mempunyai tumbuhan yang tidak terdapat di tempat lain, mempunyai pantai yang cantik dan bersih, mempunyai air laut yang cantik warnanya, mempunyai kehidupan lautan yang hebat-hebat. Alhamdulillah Allah menyediakan sesuatu yang unik buat hambanya.
Dalam pada itu, semestinya terdapat pelbagai kehidupan dan tumbuhan yang pelik dan unik di dunia ini, yang kadang-kadang kita menjadi hairan kerana Allah sediakan sesuatu yang tak terfikir dek akal, namun ia tetap wujud. Betapa hebatnya anugerah Ilahi buat hambanya. Semestinya saya tersenyum melihat sejenis tumbuhan specie petola yang dinamakan 'loofah' yang terdapat di negara Vietnam. Kehadiran pohon ini sangat unik walaupun mungkin mampu membuat kita tersenyum-senyum. Bagi wanita, mungkin ada terasa malu juga. Namun inilah realitinya.
Sekadar untuk berkongsi malumat.
Wassalam.
Buah Loofah, sejenis petola.

Wednesday, February 25, 2015
Dah Jadi Billionaire?
Assalam
Jarang-jarang kita jadi hairan kalau dengar orang banyak duit dan jadi millionaire sebab sekarang ini harga rumah biasa-biasa pun boleh mencecah jutaan ringgit. Maknanya bila kita mampu membelinya, pasti banyak duit simpanan kan? Takkan nak harap duit pinjaman bank sahaja kot. Malah, sekarang ini millionaire memang ada bersepah-sepah. Pegawai kerajaan pun ramai yang dah jadi millionaire. Tak tunggu businessman saja.
Tapi pagi tadi saya sangat terkejut bila melihat profile seseorang yang saya kenali, tertulis di situ, 'The youngest billionaire' dan terpampar wajahnya di muka surat khabar di Amerika Syarikat. Bukan di Malaysia, tau...
Mestilah saya terkejut kerana saya kenali mamat ni dah lamalah juga dan saya tahu dulu-dulu dia tak kaya-raya pun. Tapi saya juga tahu yang dia sangat disenangi dan disayangi oleh Pak Arab kaya ni. Malah, saya tahu yang Pak Arab ini sponsor pengajian mamat ni di Malaysia, kemudian sponsor lagi di Switzerland. Kini mamat ni ada di Amerika Syarikat. Dia memang baik dengan saya tapi sangat 'low profile'. Huhu... saya tak pasti sangat positionnya... mungkin dia sedang uruskan hotel-hotel di Amerika Syarikat bagi pihak Pak Arab yang kaya-raya itu. Apa-apa pun, 'he looks good.'
Kebetulan semalam saya search tentang pulau Socotra di Selatan negara Yemen, bagi saya ini merupakan pulau yang tercantik di dunia, dan saya hubungi mamat tadi melalui whatsapp. Kata saya, "Bila awak nak balik ke Yemen lagi? Kalau balik beritahu saya okey... saya nak ikutlah pergi ke pulau Socotra itu. Dulu awak ajak, saya yang tak dapat pergi."
Adoii... saya baca komen pengunjung (di Internet) di pulau itu, masing-masing (semua mat salih) akui yang pulau itu sangat unik dan terbaik di dunia. Itulah yang saya jadi berkobar-kobar.
Mamat tadi jawab whatsapp saya, katanya, "Insyaa-Allah saya akan pastikan impian awak tercapai."
Iyalah... bukan mudah nak ke pulau itu tetapi saya sangat yakin, kalau panjang umur dan ada rezeki, insyaa-Allah saya akan sampai juga di sana suatu hari nanti. Apa-apa pun, saya juga yakin yang mamat tadi itu, kalau dia ke Yemen, pasti akan mengajak kami ke sana lagi, insyaa-Allah.
Tak kisahlah siapa yang jadi billionaire, yang penting kita tak lupa daratan. Kaya macam mana sekalipun, kalau kita sombong, maka tak ada ertinya. Paling malang, kalau kita tak ada apa-apa, tetapi jadi manusia yang bodoh sombong, lagilah tak berguna. Nauzubillah min zalik.
Semoga Allah swt lindungi kita dunia akhirat. Aamiin.
Wassalam
Imej tempat-tempat menarik di Pulau Socotra, Yemen yang saya cilok dari Internet

Tuesday, February 24, 2015
Fokus Ke Arah Mana Kita Nak Pergi
Assalam
Hari Selasa dan biasanya pada hari Selasa bagi yang suka malas-malas tu, hari Selasa lebih baik moodnya. Kalau hari Isnin memang biasa kita dengar orang ambil MC terutama lepas cuti panjang. Ada-ada sahaja alasan untuk ponteng. Tapi bagi yang rajin, tak kira hari apa, bila-bila masa sahaja dah ready untuk bertugas.
Sebenarnya kalau kita menghargai masa dan rezeki Allah berikan pada kita, semestinya kita tidak merungut-rungut tentang tugasan harian kita. Kita tak akan jadi manusia yang malas. Tapi kalau kita jenis manusia yang tak tahu untuk menghargai nikmat Tuhan ini, tentu sekali 'merungut dan kompelen' menjadi budaya kerja kita. Yang mendukacitakan ialah kita tak akan rasa senang dan tak akan rasa seronok. Buat apa pun semuanya tak kena. Tak ada barakah.
Bagi seorang isteri yang bekerja, biarlah fokus pada kerja dan untuk mencari rezeki, jangan fokus pada 'material' dan tentu sekali jangan ganggukan minda dengan tabiat untuk 'tergedik-gedik'. Ingatlah pada suami, pada tanggungjawab dan kalau ada anak-anak, ingat pada anak-anak. Buat si suami pula, ingatlah pada pengorbanan seorang isteri untuk melahirkan anak-anak, yang bertanggungjawab untuk pastikan rumah tangga terurus. Kalau ada kekurangan, jangan jadikan alasan untuk ubah fokus kerana semestinya sebagai manusia, kita tidak mahu perkara yang sama dilakukan kepada kita. Bila kita sedar yang kita sedang melakukan sesuatu yang luar dari biasa, pastikan kita juga sedar yang kita tidak mahu dilakukan begitu kepada diri kita. Semoga kita akan kembali ke jalan yang benar, insyaa-Allah.
Kadang-kadang memang begitulah kehidupan kita. Kita mudah hilang fokus walaupun kita sebenarnya tahu apa yang kita mahukan dalam hidup kita. Semua orang mencari kebahagiaan. Namun dalam mencari kebahagiaan dunia, pastikan kita juga menyediakan kebahagiaan untuk akhirat nanti. Kerana itulah kita tak mampu untuk melakukan kesilapan dan kesalahan semasa di dunia yang akan membawa keburukan untuk akhirat kita.
Jaga fokus kita, jangan sampai tersilap dan tersalah langkah. Sangat mudah untuk lari dari fokus apatah lagi kalau ada 'syaitan' dan Iblis yang datang mengganggu. Paling gerun kalau syaitan datang bertopeng sebagai orang yang beriman, kita lagi mudah untuk masuk dalam perangkap mereka. Kerana itulah kita jangan larikan fokus daripada Allah taala. Buat apa pun di dunia ini, biarlah kita lakukan kerana Allah dan niat itu sentiasa ada dalam diri.
Wassalam.
Fokus ke mana kita nak pergi

Monday, February 23, 2015
Jangan Mudah Percaya
Assalam
Selamat kembali bertugas. Saya pun sama juga. Hari ini kembali sibuk buat kerja. Banyak hari bercuti. Alhamdulillah.
Semalam memang busy di rumah. Dapatlah masak dan makan sama-sama sebab banyak kali asyik makan di luar. Kalau tak makan kenduri, makan kedai. Lama-lama rindu nak makan masak kat rumah. Apa-apa pun, kami dapat kemaskan garden kami. Itu merupakan sesuatu yang saya dan suami enjoy buat. Jaga pokok dan tanaman kami. Dalam pada itu, saya teringat pada kawan saya. Baru-baru ini dia jual rumah lamanya. Pokok dan tanamannya dah banyak. Tuan rumah baru (young couple) masuk rumah itu dan potong dan buang segala tanaman yang ada sekeliling rumah. Katanya takut banyak nyamuk! Adoii... memang bengaplah. Tak menghargai tanaman dan alam ini. Mereka tak tahu kot, bukan kerana pokok ada banyak nyamuk, tapi kalau tak ada pokok pun, kawasan tak dikemaskan dan dibiarkan air bertakung, memanglah banyak nyamuk. Tak pasal-pasal pokok pulak disalahkan. Pada hal couple itu adalah 'educated people', tapi masih bengap!
Saya memang emosi sikit dengan manusia yang anti tanaman dan pokok atau haiwan. Bagi saya, ini semua adalah anugerah Ilahi buat manusia dan kalau kita tak mampu untuk menghargai 'nature',adoi... tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi memang pelik bagi saya... mungkin elok kalau beli bukan 'landed property'. Duduklah kat dalam apartment atau condo yang tak ada tanah. Sesuailah kot macam tu.
Okeylah.... pagi ni nak bersembang tentang kekuatan yang ada pada diri kita. Adakah kita ini jenis 'cekal', jenis tahan lasak, dan jenis yang payah dipengaruhi oleh sesiapa jua? Ada orang, walaupun mungkin bijak pandai, namun sangat lemah dengan pujukan orang lain. Ada orang, sekalipun hebat dalam bidang lain, namun mampu untuk menjadi cuai dan lakukan kesilapan kerana mudah terpengaruh untuk mempercayai orang lain. Memang ada jenis manusia yang cepat percaya dan cepat kasihan pada orang lain. Mungkin kerana dirinya bukan kaki kelentong, dia jadi tak sedar bila diri dikelentong orang lain.
Mudah-mudahan kita sentiasa berdoa agar Allah swt berikan kita kekuatan untuk berjaya mengatasi segala perbuatan yang mempunyai niat 'tak baik' untuk memperdayakan diri kita. Kadang-kadang, sebagai manusia yang lemah, kita jadi keliru dan mudah tertipu. Namun kalau kita berjaga-jaga dan cuba sedaya upaya untuk tidak ambil mudah dan percaya pada sesiapa sahaja, insya-Allah kita akan menjadi manusia yang lebih berbahagia dan berjaya.
Wassalam.
Keindahan alam anugerah Ilahi

Sunday, February 22, 2015
Hidup Bahagia Bila Isteri 'Happy'
Assalam
Hari Ahad merupakan hari relaks kami. Semalam alhamdulillah dapat hadir kedua-dua majlis perkahwinan, satu yang diaturkan ala-ala Arab, kebetulan pengantin lelaki dan pengantin perempuan adalah pasangan yang berketurunan Arab. Siap ada samerah lagi, memang meriah. Kedua-dua ayah dan ibu pengantin perempuan adalah kaum kerabat saya dan suami. Si ayah ada kena mengena dengan keluarga arwah ibu saya dan si ibu pula ada kena-mengena dengan sebelah suami saya.
Di sebelah malam pula, kami menghadirkan diri di Putrajaya bagi majlis perkahwinan anak teman suami saya. Kali ini, Sultan Perak dan permaisurinya turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan, termasuk kerabat yang lain, Raja Muda dan Raja Di Hilir. Kebetulan, teman suami saya adalah penasihat istana dan mempunyai title orang-orang besar negeri Perak. Tentunya majlis sangat meriah. Seperti biasa, kerabat MCKK memeriahkan lagi majlis perkahwinan itu. Saya juga berjumpa dengan teman lama, yang merupakan adik ipar kepada teman suami saya itu.
Okeylah... bercerita tentang majlis perkahwinan, ada orang kata, "A happy life is when you have a happy wife." Mungkin betul juga kot, sebab bila seorang isteri itu tak happy, mana mungkin suami akan tenang dan tenteram. Namun, kalau si isteri berasa senang, pasti suami akan bertambah tenang, insyaa-Allah.
Pun begitu, kata orang kalau kita nak sukat kejayaan atau sukses, jangan kita sukat harta seseorang, tetapi lihatlah pada keadaan hidupnya, tenang atau tidak. Bahagia atau tidak. Kalau tak 'happy', maknanya belum sukses lagi. Tapi kalau 'happy' maknanya seseorang itu sedang berada di tahap 'sukses' atau kejayaan. Kadang-kadang bila kita berasa syukur dengan apa yang kita ada dan dengan keadaan kehidupan kita walaupun mungkin kita tidak kaya-raya, tidak punyai rumah besar yang berharga berjuta-juta, tidak punyai kereta besar atau kereta mewah, tetapi kita tetap berasa tenang dan happy, itu menunjukkan keadaan kita yang mungkin sudah berada di tingkat kejayaan. Kita mampu untuk selalu tersenyum, kulit muka kita tidak berkedut dek kerutan yang tak henti-henti, wajah kita bersinar menandakan rasa aman dan tenang... mungkin itulah yang kita panggil bahagia dan berjaya.
Bertambah sukses kalau kita sudah bersedia yang terbaik dunia dan akhirat. Setiap langkah yang kita ambil itu mempunyai niat yang baik yang kita aturkan untuk Allah ta'ala. Ketenangan dan persediaan seperti itu tiada tandingannya dengan harta benda atau apa jua material yang menjadi kegilaan mereka yang sekadar mengejar kekayaan dunia.
Success in life is when you feel very happy. Itulah kata mereka yang mempunyai pengalaman. Kita tidak suksess kalau kepala otak bercelaru, jiwa terganggu, hati dan perasaan kusut, atau mungkin hidup dengan penuh hutang, atau akhlak yang tercemar, atau hidup penuh dengan pembohongan dan maksiat, semestinya tak mampu untuk memaparkan rasa bahagia. Tiada bahagia kalau jiwa sengsara, tiada jayanya kalau tiada bahagia.
Semoga kita mencari bahagia dunia akhirat dan jadikan itu tanda kejayaan kita. Aamiin.
Wassalam.
Sekadar hiasan

Saturday, February 21, 2015
Dah Pernah Ke Fort Supai?
Assalam
Hari ini ada dua majlis perkahwinan, satu tengah hari dan satu lagi malam nanti, insyaa-Allah, kami akan cuba hadiri kedua-duanya.
Semalam, kami 'had a fantastic time'. Memang kami rancang untuk ronda-ronda sekitar Negeri Sembilan dan Melaka, tetapi suami saya buat cadangan lagi, katanya, "Jom kita makan seafood dan ajak Faiz sekali." Sebenarnya banyak kali kami makan seafood di luar dan setiap kali ajak Faiz (anak sulung saya), dia tak dapat hadir sekali. Jadi kebetulan semalam kami free dan dia juga free, kami pun pergilah ke arah Melaka.
Nabil (anak bongsu saya) cuba hubungi rakan baiknya yang juga merupakan orang Melaka dan bertanya pada kawannya, di mana kami boleh makan seafood yang best. Kami memang biasa ke Melaka untuk makan seafood, tapi selalunya kami ke area Umbai, kali ini malas nak menyeberangi bandar Melaka, takut sesak jalan rayanya. Jadi kawan anak saya rekomen satu tempat baru yang kami tak pernah pergi. Kebetulan tempat itu tak jauh dari sempadan Negeri Sembilan. Kami pun memandu mengarah ke Linggi. Pada mulanya kami masuk Simpang Ampat dan menuju ke arah Masjid Tanah dan Alor Gajah, sempat lepak dan makan mi Bandung. Hampir matahari jatuh, kami pun bergegas ke kawasan Fort Supai, tak jauh dari Kuala Linggi. Kami ke Restoran Terapung Fort Supai.
Memang tempat itu sangat menarik. Sementara tunggu makanan yang kami pesan siap, kami pun naik ke Fort Supai untuk melihat dari atas bukit. Sangat-sangat interesting. Kami juga sempat merakamkan suasana di situ ketika matahari terbenam. Beautiful sunset scene. Di tempat itu disediakan surau, jadi tak ada masalah apa-apa. Semasa kami mula menjamah makanan, ada band yang mainkan lagu-lagu merdu. Si mamat yang menyanyi tu memang pandai menyanyi dan kebetulan dia banyak menyanyi lagu-lagu Ketuhanan ciptaan arwah kawan saya, Zubir Ali. Sangat cooling dan mententeramkan hati.
Makanan juga sangat enak. Kalau anda tak tahu nak ke mana di hujung minggu, cubalah ke sana. Tempat itu sangat sesuai untuk family gathering. Tempat ini tak jauh dari Port Dickson.
Wassalam.
Ketika matahari mula terbenam di Restoran Terapung
Dari atas Bukit Fort Supai
Meriam lama di atas Bukit Fort Supai
Matahari terbenam
Ambil gambar di atas Bukit Fort Supai
Scenic Scene

Friday, February 20, 2015
Menunjuk-nunjuk... Apa Untungnya?
Assalam
Hari ini kami bercadang untuk ronda-ronda di sekitar negeri tempat tinggal kami, mungkin hingga ke Melaka kot. Takut nak pergi jauh-jauh, takutkan sesak jalan raya. Alhamdulillah, semalam anak saudara saya dan keluarganya datang ke rumah kami. Makan malam bersama-sama. Memang seronok bila berjumpa dengan mereka.
Okeylah... semalam buat seketika saya rasa sangat mual bila terlihat satu episod di sebuah stesen TV, temuramah dengan seorang selebriti ini. Apa tidaknya, si selebriti ini kuat betul menunjuk-nunjuk tentang harta dan pendapatannya, seolah-olah dia sangat 'peghak' (kata orang Peraklah). Saya bersyukur kerana selebriti itu tidak berasal dari negeri saya (Perak). Huhu... sebenarnya bukan soal negeri mana, tapi kelakuan dan akhlak kita sebagai manusia yang beragama Islam. Saya hairan kenapa ada manusia yang tidak tahu untuk berasa malu, tidak pula segan untuk menunjuk-nunjuk sedangkan kita semua tahu, banyak mana sekalipun harta dan kepunyaan kita, semuanya adalah sementara sahaja, kerana semua ini adalah hak Allah swt. Bila-bila masa sahaja boleh diambil pergi. Kadang-kadang tu, ada juga isteri-isteri personaliti yang agak terkenal di negara ini, mereka pula suka tayang-tayang harta dan pendapatan yang ada! Allahuakbar.
Apa untungnya kita untuk menunujuk-nunjuk ni? Tak segan ke kita? Tak malu ke? Nak tayang pada siapa? Kadang-kadang ada juga yang suka tayang barang-barang yang mereka beli di Instagram. Nak orang tahu beg tangan mereka, kasut mereka dan pakaian mereka. Konon-konon mereka mampu dan suka pada barang yang berjenama tinggi! Allahuakbar. Saya yang melihatnya, saya pula yang berasa malu sendiri. Bukannya apa, saya risau tengok 'mentaliti' orang yang suka tayang-tayang ni! Macam kemaruk sangat agar orang lain tahu apa yang dia ada. Sebenarnya, kalau kita tak tunjuk pun, orang akan tahu juga kita mampu atau tidak. Tetapi yang pentingnya, sebagai insan bergelar Muslim, tak payahlah kita berusaha keras untuk menunjuk-nunjuk ni, sebab perbuatan 'riak' itu adalah berdosa. Allah tak suka. Bila kita sengaja menunjuk-nunjuk, kita akan sakitkan hati orang lain. Perbuatan itu adalah berdosa.
Saya salute Datuk Siti Nurhaliza kerana wanita muda ini bukan jenisa manusia yang suka tayangkan hartanya sekalipun dia mampu untuk buat begitu. Asal-usulnya mengajar supaya tidak 'menriakkan' diri. Syabas orang Pahang, semoga orang Pahang yang lain juga begitu, insya-Allah. Saya juga sangat kagum dengan Tengku Puan Muda Pahang, iaitu Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah, puteri kepada almarhum Sultan Iskandar. Yang mulia Tunku Azizah adalah isteri kepada Raja Muda Pahang. Baginda (Yang Mulia Tungku Azizah) sentiasa memaparkan budi bahasa yang sangat rendah diri. Beliau tak pernah pun menunjuk-nunjuk akan harta kekayaannya atau cuba untuk tayang apa-apa dari segi material, tetapi beliau memaparkan hobi kesukaannya termasukalah memasak, aktiviti sosial yang banyak membantu kaum wanita serta mereka yang memerlukan. Sikap rendah diri bagindalah yang menjadi sesuatu yang sangat menarik buat kita untuk terus 'follow' nya. Alhamdulillah. Sekali lagi saya ucapkan syabas buat Pahang kerana mempunyai seorang lagi karakter yang menarik seperti Yang Mulia Tunku Azizah Aminah.
Semoga kita semua cuba mencontohi mereka yang bersikap rendah diri, bukan mencontohi mereka yang suka menunjuk-nunjuk di dunia ini.
Wassalam.
Wanita-wanita hebat yang kita boleh tabik

Thursday, February 19, 2015
Nak Yang Di Tingkat Teratas!
Assalam
Musim cuti sekali lagi dan tahun ini seperti yang saya maklumkan, kami sekeluarga pilih untuk relaks-relaks di rumah sahaja. Kebetulan, kami juga ada jemputan untuk ke majlis perkahwinan. Satu pada hari ini (anak jiran kami yang kahwin) dan dua lagi pada hari Sabtu 21 Februari. Satu di sebelah pagi dan satu lagi di sebelah malam (ada satu lagi pada hari Ahad 22 Februari, tapi kami tak pergi kerana di kawasan luar yang terlalu jauh).
Pada asalnya kami rancang untuk ke Kuala Selangor/Sekincan pada hari Sabtu itu (atas jemputan Rozie-pembaca saya), malangnya kami terpaksa batalkan cadangan itu kerana baru sedar yang kami ada dua majlis perkahwinan yang kami wajib pergi.
Okeylah... pagi ini kami berkemas-kemas di sekeliling rumah kerana semalam hujan agak lebat, jadi banyak daun yang jatuh bersepah-sepah. Tengah hari nanti kami akan ke majlis perkahwinan dan kemungkinan besar petang nanti kami akan ke Lenggeng lagi. Sekarang ini memang inilah rutin kami, kena selalu ke Lenggeng untuk aturkan kerja-kerja yang masih banyak lagi. Wal hasil, kami jangkakan yang masa kami akan tertumpu di sana, insya-Allah sepanjang tahun ini.
Dalam mengisahkan aktiviti seharian kami, saya juga nak kongsi satu cerita yang agak menarik mungkin. Semalam, kebetulan seorang pembaca saya menghantar sebuah artikel tentang perasaan 'tamak haloba' yang ada pada manusia. Kisahnya dibahagikan kepada tingkat-tingkat bangunan di mana terletak calon-calon isteri untuk pilihan sang lelaki. Semakin tinggi tingkatnya, semakin hebat ciri-ciri yang ada pada calon isteri berkenaan. Tingkat teratas ialah tingkat tujuh. Dan kalau tak pilih pada tingkat yang disediakan itu, si lelaki kena keluar sahaja. Maka biasanya manusia ini mahu mencari kesempurnaan, kalau boleh (kerana perasaan tamak yang ada di dada) mereka mahu segala-galanya. Sampai di tingkat enam, calon yang disediakan itu mempunyai hampir segala-galanya, namun si lelaki mahu terus ke tingkat tujuh kerana mengharapkan satu 'perfection' di tingkat teratas itu. Malangnya bila sampai di tingkat teratas, tarafnya sama juga dengan berjuta-juta lelaki lain, di tingkat itu sudah tiada apa-apa lagi, maka terpaksalah dia melopong dan turun ke bawah dengan tangan kosong!
Satu pengajaran yang sangat baik untuk semua manusia yang mempunyai perasaan tamak dalam diri. Kita kena belajar yang hidup ini tak mampu untuk mendapat segala-galanya kerana itu bukan hak kita. Apa yang Allah berikan itu adalah yang terbaik buat kita, jadi janganlah sibuk nak 'perfect' kan apa yang sebenarnya sudah merupakan satu kesempurnaan buat kita.
Berkait dengan kisah ini, seorang teman bercerita pada saya. Suaminya dah dua tahun meninggal dunia. Ketika masih ada hayat lagi, suaminya pernah cuba untuk berkahwin seorang lagi. Namun setelah beberapa bulan curi berkahwin lagi, suaminya itu tersedar yang dia sudah melakukan kesilapan besar. Baru dia tahu yang dia sekadar mahu tunjuk 'macho' sahaja kerana rasa tak lengkap kalau tak punyai lebih daripada seorang isteri mungkin seperti kawan-kawannya yang lain. Keadaan menjadi huru-hara buatnya bila sang isteri pertama minta dilepaskan kerana terasa diri tertipu. Bagai nak raklah suaminya cuba mengatasi isu yang sudah jadi gamat.
Ketika itu, sang suami tersedar yang isteri keduanya itu hanya mahukan wangnya sahaja, bukan kasih sayang. Maka sang suami secara 'instant' terus menceraikan isteri yang baru dinikahi itu. Selepas itu, bagai nak raklah dia cuba mengambil hati isteri pertamanya (kawan saya).
Kata kawan saya itu, "Dia belikan I barang kemas berlambak-lambak. Sebelum ini I tak kisah pun, selepas jadi kes itu, I pun belasahlah. Bukan itu saja, dia beli macam-macam untuk I, siap bawak I berjalan-jalan non-stop. Belikan I kereta mewah. Dia nak cover balik rasa bersalah dia tu. Tak habis-habis dia mintak maaf dengan I. I sedar yang dia memang rasa guilty gila."
Begitulah manusia, kan? Kadang-kadang melakukan kesalahan dan kesilapan kerana ada perasaan 'buruk' dalam diri yang tak mampu untuk dikawal. Kita main ikut cakap naluri hati yang dibayangi dengan hasutan syaitan, maka kita menjadi manusia yang tidak tahu membuat pertimbangan. Kita mulalah konon-kononnya buat benda-benda yang nak cari pahala, sedangkan sebenarnya kita sedang buat dosa kerana menghancurkan dan mengecewakan hati orang yang terdekat dengan kita.
Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa bersabar kerana sabar itu adalah sebahagian dari iman kita, wallahuaklam.
Wassalam.
Wednesday, February 18, 2015
Termakbul Sudah
Assalam
Selamat Tahun Baru Cina buat teman-teman Chinese saya, semoga berbahagialah hendaknya menyambut tahun baru kali ini.
Hari ini dan juga semalam, saya dan suami sibuk di Melaka. Alhamdulillah urusan kami selesai. Petang tadi semasa pulang dari Melaka, kami singgah di Rembau untuk berjumpa dengan kawan kami. Di rumahnya ada seekor anak musang yang dipeliharai anaknya. Comel sangat-sangat dan namanya ialah Lola. Hahaha... macam saya lah pulak... Saya pun hantar gambar anak musang itu melalui telegram kepada anak-anak saudara saya. Masing-masing teruja melihatnya. Sekali pandang terasa macam anak harimau pulak.
Ketika dalam perjalanan pulang dari Rembau, hujan lebat. Alhamdulillah. Tiba di rumah, masih lagi hujan. Syukur kepada Allah swt di atas limpah-Nya buat hamba dan alam ini.
Suami saya tersenyum sampai ke telinga. Hari ini memang dia terasa bahagia. Apa yang dimahukan sudah dimakbulkan. Syukur alhamdulillah. Semoga Allah melindungi kami dunia dan akhirat, aamiin.
Wassalam.
Si musang

Tuesday, February 17, 2015
Tak Payahlah Makan Rasuah
Assalam
Semoga hari ini merupakan hari yang baik daripada semalam, insyaa-Allah. Semoga hidup dan mati kita dirahmati Allah swt.
Ya sungguh ni, selagi ada nafas nak buat apa pun biarlah kita buat kerana Allah swt, bukan kerana benda-benda lain, jauh sekali kerana nafsu. Nafsu itu syaitan besar dan janganlah tergoda dek syaitan. Syaitan ada di mana-mana sahaja dan sentiasa menunggu mangsanya dan jangan biarkan kita menjadi mangsa syaitan, nauzubillah min zalik.
Semalam, kami dikunjungi seorang tetamu yang memegang jawatan penting dalam memastikan negara mendapat hasil yang baik. Dalam perbualan kami, dia bercerita tentang beberapa karakter yang merupakan kawan-kawannya tetapi bertugas di tempat lain yang bukan sama jabatan dengannya, betapa mereka ini membiarkan diri mereka terjerat kerana nafsu dunia.
"Jawatan dia taklah tinggi mana pun. Gaji pun taklah besar mana, tapi pendapatan luarnya sangat besar dan luas. Ada motor besar, ada kereta mewah. Ada fasiliti yang tinggi gunung. Jawatannya membolehkan dia untuk mendapat kuasa (yang bukan sah) bagi mengutip hasil dari sumber-sumber yang sepatutnya dia menghapuskan bagi pihak negara. Sebab itulah kalau kita tengok dan jadi hairan macam mana kegiatan haram bermaharajalela di merata-rata tempat di negara ini. Kita hairan macam mana boleh ada banyak kelab malam yang menyimpan pelacur dan mudah menjalankan aktiviti haram. Kita hairan macam mana budak-budak kita mudah dapat dadah dan jadi mat dadah. Mudah juga aktiviti rempit berjalan dengan luasnya. Kita hairan macam mana pihak JPJ dan polis tak dapat nak banteraskan aktiviti 'tonto' yang macam king di atas jalan raya. Malah, segala macam aktiviti haram bermaharajalela di negara kita. Kenapa agaknya negara kita tak macam dunia Barat yang payah nak tengok aktiviti-aktiviti haramnya? Jawapannya sangat mudah... kerana mereka di negara Barat, yang menjalankan tugas mampu untuk buat kerja baik-baik, tidak menyimpang. Kita di sini, ramai yang tak takut pada Tuhan kerana mata dan hati taksub pada syaitan. Maka... rasuah menjadi budaya kerja mereka. Kerana itulah banyak sangat aktiviti haram berluasa di tempat kita."
Bukan sesuatu yang baru buat kami. Dah lama tahu hal-hal macam ni. Tetapi bila datangnya cerita daripada mereka yang sangat dekat dengannya, kami jadi sangat gerun. Kami tertanya-tanya juga, 'mereka ini tak takut pada Tuhan ke? Tak ada agama ke?' Bila kami tanya lagi, inilah jawapan yang diberi oleh tetamu kami bagi pihak mereka yang sesat di dunia.
"Jawapannya sangat mudah. 'Buat benda-benda ni dah memang jadi budaya kerja kami apa. Bos buat, kami di bawah ni tak kan tak buat sama kot? Rugilah. Takkan nak tengok bos-bos kami kenyang depa aje... kenalah kat kami sama, barulah adil."
Tetapi yang peliknya, selepas melantak duit rasuah berkoyan-koyan, hamba-hamba Allah ini tak kenyang-kenyang pun, makin tak cukup ada. Memanglah tak cukup, kerana pendapatan haram yang tak ada barakahnya pasti takkan mencukupi walaupun dapat setinggi gunung. Bukan itu sahaja, malah keluarga dan kehidupan di dunia tak akan jadi baik dan indah mana. Anak-anak akan membesar macam setan, hati perut pun jadi busuk, perangai buruk, akhlak tak ada... malah segala-galanya jadi tak baik dunia dan mungkin juga akhirat nanti. Memang tak guna pun apa-apa yang masuk secara haram itu. Tak akan pernah cukup pun. Pakailah motor besar mana pun, pakailah skyline ke apa ke, masih tak ada barakahnya. Baik tak baik hidup penuh dengan hutang sekeliling pinggang. Apa sahaja yang masuk tekak sememangnya tak halal pun, jauh lagi teruk daripada makan daging babi!
Subhanallah... memang budaya rasuah ini sudah lama melular dalam darah daging sesetengah manusia di dunia ini, tak kira pangkat apa dan di tempat kerja di mana. Selagi kita tidak insaf dan tak rasa takut pada Tuhan, kita akan berasa seronok untuk melakukan kejahatan. Bagi kita, okey saja sekalipun makan rasuah dan mampu untuk rosakkan anak bangsa dan punahkan negara. Kita tak akan berasa apa-apa kerana bagi kita tekak kita, tekak anak bini kita jauh lagi berharga walaupun akhirnya semua yang kita rasa baik itu adalah pemunah hidup kita dan akhirat kita. Wallahuklam.
Mudah kata, tak payahlah makan rasuah. Tak usahlah jadi manusia yang tamak haloba. Jangan jadi manusia materailistik. Tak perlulah taksub dengan budaya kerja yang merosakkan akidah agama kita. Jadilah insan yang tidak takut untuk mati kerana sudah bersedia dengan amal ibadah yang sebaik-baiknya, bukan manusia yang tak bersedia apa-apa bila mahu mati nanti! Ingatlah bahawa makan rasuah tak dapat tolong kita dunia dan akhirat, malah makan rasuah menjadi anai-anai yang merosakkan bangsa dan negara. Subhanallah.

Monday, February 16, 2015
Relak-Relakslah, Beb!
Assalam
Alhamdulillah hari ini hari Isnin, semoga anda mulakan kerja dengan baik-baik. Sebenarnya sebagai seorang Muslimah, saya sentiasa berpesan-pesan serta mengingatkan diri saya serta anda semua, agar kita sentiasa fikirkan yang baik-baik, buat yang baik-baik, agar hidup kita jadi baik dan akhirnya nanti Allah swt berikan yang terbaik di akhirat nanti. Kalau kita fikirkan benda-benda yang tak baik, maka pasti hidup kita dan kemungkinan akhirat kita jadi yang tak baik juga, nauzubilah min zalik.
Semalam petang, kami sempat meronda-ronda sampai ke Pantai Morib melalui pekan Banting. Memang dah lama sangat tak ke sana, dah banyak perubahannya. Kami tak turun pun, sekadar melihat-lihat sahaja. Mujurlah jalan tak 'jam'. Biasanya saya tak suka ke arah sana kerana kesesakan jalan raya.
Minggu ini kami rancang untuk relaks-relaks, tak rancang untuk ke mana-mana yang berjarak kerana mahu elak dari kesesakan jalan raya dan kesibukan. Anak-anak saya, mereka semua keletihan kerana kesibukan menjalankan tugas masing-masing, jadi mereka mahu mengambil kesempatan untuk berehat sahaja. Saya dan suami kami memang bersetuju kerana kami juga perlukan masa untuk menjalankan aktiviti peribadi kami. Bulan ini kami tiada rancangan untuk ke luar negara. In syaa Allah bulan March nanti barulah kami akan keluar lagi. Jadi, biarlah kami juga berehat-rehat di rumah. Pastinya kami akan kesibukan di Lenggeng juga, in syaa Allah.
Semoga kita sama-sama fikirkan yang baik-baik, buat yang baik-baik dan semoga Allah berikan yang terbaik buat kita dunia akhirat, aamiin.

Sunday, February 15, 2015
Rapatkanlah....
Assalam
Hari Ahad... kami semua relaks kat rumah. Tadi, anak-anak tanya juga, nak keluar tak hari ni? Kata saya, tak payahlah... kita relaks aje kat rumah. Apa-apa pun pagi tadi saya keluar sekejap bersama cik abang pergi jenguk pusara arwah ibu saya. Saya nak siram pokok yang kami tanam di sana.
Semalam, kami makan-makan di Alamanda. Mula-mula tu selepas pulang dari Lenggeng, kami makan pisang goreng dan keropok lekor di rumah. Pisang goreng tu adalah dari pisang pokok yang kami tanam di belakang rumah. Sudah bergenerasi pokok tu. Alhamdulillah, memang sedap sangat. Kami bersyukur sebab pokok pisang kami walaupun kena penyakit, tapi buahnya elok alhamdulillah. Tak rosak. Sekarang ini memang musim penyakit pokok pisang, banyak pokok yang rosak di sekitar kawasan kami.
Malamnya pula kami ke Alamanda shopping complex di Putrajaya. Kami makan malam di sana. Tiba-tiba tekak saya terasa nak makan stimbot, jadi ke sanalah kami. Dapat juga berkumpul ahli keluarga kami. Bagi saya, selagi Allah swt berikan nikmat ini, kami sepatutnya bersyukur. Sangat penting bila kita dapat merapatkan silaturahim antara ahli keluarga setiap masa.
Wassalam
Firas dan Ali di Alamanda
Sharifah Nabeehah
Makan-makan steamboat di Johnny's, Alamanda

Nabeehah
Ali dan Firas lagiMakan-makan steamboat di Johnny's, Alamanda
Saturday, February 14, 2015
Orang Baik Buat Baik
Assalam
Hari ini ialah hari rehat keluarga kami. Alhamdulillah, hari ini kami dan anak-anak serta cucu-cucu, kami semua pergi ke Lenggeng. Anak-anak saya sangat seronok melihat perkembangan di tanah kami di persekitaran Lenggeng. Sebagai ayah dan bonda mereka, pastinya kami juga seronok melihat mereka suka. Alhamdulillah ya Allah. Lepas itu, kami makan tengah hari di pekan kecil Lenggeng. Memang kecoh kedai makan yang biasa kami ke situ. Hari ini, kedai itu jadi kalut dibuat cucu-cucu kami.
Saya suka apa yang sedang kami rancangkan di Lenggeng kerana ia merupakan sesuatu yang terlalu dekat dengan hati kami. Sesuatu yang sangat sederhana. In syaa Allah, kalau boleh itulah yang kami mahu lakukan, sesuatu yang 'simple' tetapi mampu membuat kami rasa aman, puas dan damai. Sesuatu yang mampu membuat kami hargai alam ciptaan yang Maha Esa. Subhanallah.
Bila saya melihat pemergian Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, saya melihat sesuatu yang sangat berbeza daripada yang biasa-biasa. Saya tak mahu menyentuh apa-apa tentang politik, tetapi bagi saya, Alharhum Nik Abdul Aziz adalah seorang insan yang sangat sederhana kehidupannya, namun mampu untuk menjadi insan yang ikhlas memperjuangkan agama Islam dan beliau paparkan melalui kehidupannya yang sederhana dan personalitinya yang sangat berat kepada seorang yang budiman dan mengamalkan kebaikan. Pastinya, seorang yang baik akan melakukan semua yang baik-baik bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk orang lain juga. Semoga perbuatannya menjadi contoh yang baik buat kita semua.
Almarhum hidup sederhana dengan seorang isteri serta sepuluh orang anak-anaknya. Dari situ, Almarhum cuba lakukan yang terbaik buat semua sedaya yang dia mampu. Mungkin banyak yang boleh kita kritik tentang tugasannya, namun sebagai insan yang baik hati, kita sepatutnya menghormati insan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz, kerana hari ini, memang payah untuk kita berjumpa dengan insan yang seikhlasnya dalam pelbagai segi yang diuruskan seperti apa yang dicontohi Almarhum.
Semoga rohnya dirahmati Allah swt dan tergolong sebagai orang-orang yang beriman.

Friday, February 13, 2015
Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Kembali Ke Rahmatullah
Innalillahiwainnalillahirojiun
Semoga roh almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dirahmati Allah taala. Al Fatihah.
Semestinya negara kehilangan seorang pejuang yang berusaha keras cuba menegakkan ajaran Islam di negara ini. Semoga semangat beliau itu akan diteruskan oleh mereka yang betul-betul ikhlas, in syaa Allah.
Wassalam
Wassalam
Thursday, February 12, 2015
Kasih Sayang
Assalam
Dah pun pekena kopi tadi, alhamdulillah. Kalau tak minum kopi, memang rasa agak janggal. Apa-apa pun, alhamdulillah hari ini cuaca baik sahaja. Awal pagi tadi saya ke pusara ibu saya, menyiram pokok bunga yang saya tanam di atasnya. Maklumlah musim kemarau, kalau tak siram mati pulak pokoknya.
Al Fatihah buat arwah ibu saya.
Hari ini juga anak-anak saya kesibukan. Ada yang ada program petang nanti, ada yang kena 'outstation' lewat petang kerana ada urusan hingga hari Sabtu. Saya pula, in syaa Allah akan berikan sokongan kepada mereka. Begitu juga suami saya. Kami akan hadir 'function' yang diaturkan di Cyberjaya petang ini.
Bagi saya memang penting untuk memberi sokongan kepada anak-anak. Merekalah harta kami dunia akhirat dan kami juga sangat pasti, sebanyak mana kasih kami buat mereka, mereka juga menyayangi kami, in syaa Allah. Biar sama-sama susah dan sama-sama merasa senang. Biar kami pikul segala beban di atas bahu kami beramai-ramai, jadi tidaklah berat sangat. Begitulah bila kita menjadi seorang ibu, hal ehwal keluarga pastilah sangat penting. Ibulah menjadi fokus ahli keluarga. Semestinya dalam keluarga kami, saya merupakan 'centre of the point' keluarga. Bukan hanya saya menjadi tempat bergantung anak-anak, saya juga menjadi tempat sandar sang suami. Semoga Allah swt memberikan kekuatan buat saya dan ahli keluarga. Setakat ini, alhamdulillah Allah melancarkan segala perancangan walaupun kadang-kadang ada rintangan.
Kadang-kadang ada manusia di luar sana yang sengaja mahu sabotaj, tapi tak apa... kerana kita ada Tuhan yang maha esa, maha melindungi.
Siapalah kita kalau kita tak mahu ambil kisah tentang keluarga? Siapalah kita kalau kita sekadar pentingkan diri sendiri sahaja? Memang kita boleh buat semua itu, tapi... padahnya memang ada. Tanpa keluarga hidup kita pasti jadi kosong. Walaupun mungkin dapat tersenyum buat seketika, namun hidup akan akhirnya jadi sengsara. Apatah lagi bagi yang dah biasa hidup berkeluarga. Tanpa keluarga hidup memang tiada makna.
Semoga Allah swt terus memberi kami hidayah dan jalan yang terbaik untuk ke akhirat nanti.
Wassalam.
Semasa kami bercuti di Chiangmai, Thailand tahun lepas.

Wednesday, February 11, 2015
Psycho
Assalam
Hari ini agak mendung sahaja. Cuaca agak dingin sikit, alhamdulillah.
Semalam, kebetulan saya tengok TV tentang jenis-jenis manusia yang kurang siuman. Ada mereka yang dipanggil mengidap psychopath, ada sociopath dan ada pula digelar psychosis atau psychotic. Tapi apa bezanya?
Kita selalu dengar tentang manusia yang suka mendera orang, kan? Kita yang normal ini akan berasa pelik macam mana ada manusia yang sanggup pukul kanak-kanak dengan teruknya, ada yang sampai bunuh. Paling rasa gerun bila kita dengar tentang kisah lelaki suami baru, atau kekasih wanita yang mempunyai anak dan kisah lain yang pelik-pelik, di mana terjadi kezaliman yang tak boleh diterima akal atau pembunuhan! Yang pasti, mereka yang sanggup lakukan semua ini adalah manusia yang kurang siuman. Tapi, macam mana kita nak tahu sama ada manusia itu siuman atau pun tidak?
Kita kena bezakan mereka yang dianggap sebab betul-betul gila, seperti apa yang dikatakan sebagai psychosis atau psychotic, di mana mereka ini tak dapat mengawal otak mereka lagi. Mungkin akibat penyakit keterunan atau gangguan mental yang lain. Biasanya ini yang kita selalu panggil 'orang gila' yang sepatutnya tidak boleh dibiarkan berkeliaran. Biasanya juga mereka akan masuk hospital dan mendapat rawatan dan ada ketika penyakit seperti ini memang tak boleh baik pun. Kalau baik pun, tak boleh kembali normal seratus peratus lagi. Biasanya juga, ahli keluarga penginap psychosis akan berusaha untuk dapatkan rawatan untuk si pesakit tadi, jadi tidaklah mereka berkeliaran atau hidup seperti manusia normal lain.
Insan psychotic kita memang dah faham pun, tapi yang menakutkan kita adalah mereka yang dianggap sebagai psychopath dan juga sociopath. Mereka yang dianggap sebagai sociopath selalunya menjadi tidak normal tanpa dirancang. Mungkin kerana alam persekitarannya atau mungkin ada sesuatu yang triggernya. Mereka tidak dilihat seperti orang gila, tetapi sebenarnya penyakit gila itu ada dalam diri mereka. Orang seperti ini selalu melakukan sesuatu yang buruk seperti kekejaman atau pembunuhan dengan tiba-tiba sahaja tanpa diduga.
Mereka yang dianggap sebagai psychopath pula adalah lebih berat dan lebih menakutkan kerana walaupun mereka dilihat seperti normal, tetapi mempunyai sifat buruk dan tidak beremosi. Biasanya mereka sedar akan diri mereka yang tak normal itu namun mereka tetap anggap bahawa mereka boleh hidup seperti orang biasa yang normal. Mereka berselindung di belakang kepura-puraan namun mereka sedar bahawa mereka mempunyai sifat pelik yang tersorok sifat kejam dan zalim! Biasanya juga psychopath melakukan kezaliman dengan kesedaran dan dengan perancangan. Kerana sifat zalim dan pelik yang sememangnya ada dalam diri, mereka mampu untuk lakukan apa sahaja. Malah, orang normal tidak sedar pun akan sikap 'cracko' yang ada dalam diri manusia seperti ini.
Sebenarnya memang ramai di antara manusia yang mempunyai masalah psychopath, namun orang biasa tak perasan akan mereka ini hinggalah terjadi sesuatu. Misalnya, seorang wanita mencari kekasih yang kelihatan seperti baik dan 'gentleman', namun setelah mengawininya akan muncul sifat-sifat pelik, seperti baran, kaki pukul dan mungkin juga mampu untuk membunuh atau melakukan perkara-perkara pelik yang menyakiti orang lain. Kita biasa dengar perkataan 'moron' kan? Kadang-kadang kita guna untuk melakarkan 'psycho' seperti ini.
Jadi... berjagalah kita kerana kita mungkin tak sedar bila kita mendekatkan diri kita dengan mereka yang mempunyai masalah psychopath atau sosiopath. Berjaga-jagalah jangan sampai terperangkap hingga mampu untuk melingkupkan hidup kita. Nauzubillah min zalik.
Wassalam.
Begini mungkin rupa orang psycho

Tuesday, February 10, 2015
Mimpi Dan Angan-Angan
Assalam
Alhamdulillah masih hari yang baik, cuaca nyaman dan angin sepoi-sepoi bahasa, kadang-kadang kuat dari biasa.
Semestinya Allah maha agong, memberi hidayah dan nikmat buat hamba-hamba-Nya yang beriman, aamiin.
Anda percaya tak pada mimpi? Kadang-kadang kita memang mimpi yang bukan-bukan, atau mungkin ada 'nightmare' kerana otak kita ralit fikirkan sesuatu yang mungkin menggerunkan. Apa-apa pun, saya biasa bermimpi perkara-perkara yang menjadi kenyataan. Seolah-olah minda sudah tahu atau sedang tahu apa yang berlaku dan minda itu memberitahu saya dalam mimpi. Ada ketika saya kurang mahu percaya, namun apabila ia menjadi realiti, tentu sekali saya tahu bahawa ia bukan sekadar mimpi. Penting sebelum tidur kita membaca ayat-ayat suci kerana tidak mahu bermimpi yang bukan-bukan lalu mengganggu lena kita.
Saya tak tahulah, tetapi saya memang biasa mimpikan sesuatu berulang-ulang kali. Kadang-kadang hampir setiap malam ia datang. Lepas itu ia akan hilang, tak datang lagi. Biasanya, di atas izin Allah, minda saya sedang memberitahu sesuatu... seolah-olah satu isyarat. Malah, sebelum ibu saya meninggal dunia, berbulan-bulan dia memberitahu saya yang dia sering mimpikan arwah ayah saya dan juga arwah ibu dan ayahnya. Saya selalu berkata padanya mungkin itu hanyalah mimpi yang mengganggu. Namun, mimpinya adalah realiti kerana beberapa bulan selepas itu ibu saya kembali ke Rahmatullah.
Kadang-kadang juga apa yang kita angan-angankan sering datang kepada mimpi. Mungkin juga kerana otak kita asyik teringatkan hal yang kita angan-angankan. Apa-apa pun memang membahagiakan kalau apa yang kita angankan itu menjadi suatu realiti. Alhamdulillah, saya percaya Allah akan izinkan sesuatu yang baik itu dan setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kerana itu, adalah sangat baik kalau kita pasang angan-angan untuk mendapat sesuatu yang mempunyai kebaikan, lepas itu berusaha dengan keras, mungkin tunggu juga ia datang dalam mimpi lalu akhirnya menjadi realiti. Syukur alhamdulillah.
Kalau semangat kita kuat, iman kita teguh, tak berputus asa, lalu banyak berdoa pada Ilahi, lakukan kebaikan, insya-Allah, Tuhan akan merealisasikan semua angan-angan, tidak sekadar angan-angan mat jenin sahaja. Aamiin.
Wassalam.
Salah satu angan-angan untuk makan angin ke tempat-tempat yang menarik. Bila tercapai, biasanya ia akan datang dalam mimpi lagi. Alhamdulillah.

Subscribe to:
Posts (Atom)