Menulis sambil tersenyum - happylah tu
Salam semua
Saya tahu ramai followers novel saya sedang mengintai-intai, cuba mencari novel saya yang terbaru selepas Pukul 3.00 Pagi. Mereka nak tahu sama ada saya dah pun siap menulis. Huhu... belum, sayang... duk tengah sibuklah ni. Ada juga tertanya-tanya, Kak Aina tulis pasal apa ya, atau pasal siapa ek? Hehe... rahsialah, yang... kena tunggu.
Sepatutnya saya dah siap menulis, tapi... alahai biasalah tu, excuse, excuse...
Saya tak tahu cara penulis lain, tapi cara saya memang macam ini. Bila menulis manuskrip baru (kalau tak siap jadi buku, kita panggil manuskriplah), biasanya saya akan cuba larikan diri daripada benda-benda yang sama yang pernah saya tulis dalam novel-novel terdahulu. Tentunya jalan cerita, watak-watak utama, kerjaya mereka dan juga latar belakang cerita. Saya akan mencari kelaianan agar pembaca saya tak rasa bosan atau terasa seperti membaca novel lama saya. Memang ada pembaca yang suka cara cerita yang lebih kurang sama, tetapi lebih ramai yang suka sesuatu yang berbeza. Kalau pembaca jenis kaki baca, biasanya akan suka sesuatu yang ada kelainan untuk menguja mereka. Kalau sama aje, mereka akan cepat jadi bosan, lama-lama jadi malas nak baca.
Okeylah... samalah macam hidup kita ni. Kalau tiap-tiap hari kita buat benda sama aje tak ada apa-apa yang lain, mesti kita pun sama juga, akan jadi bosan tahap gaban! Biasanya kita semua ada rutin tertentu. Dari bangun pagi hinggalah tidur di malam hari. Sebab itulah kita akan cuba lakukan sesuatu yang lebih menarik pada hujung minggu. Selain dari mengemas rumah masing-masing, kadang-kadang kita pergi berjalan, balik kampung ke, atau paling kurang pun kita pergi melawat kawan atau saudara-mara. Atau mungkin pergi shopping. Kita cuba ubahkan rutin kita supaya tak bosan.
Bagi penulis macam saya ni (Inilah yang saya rasa), alhamdulillah, saya jarang bosan dengan rutin seharian, kerana bila menulis, saya akan menulis sesuatu yang baru dan biasanya juga saya akan teruja dengan apa yang saya tulis tu. Maklumlah, saya membina watak-watak baru dan bila mula menulis, saya kurang kenal mereka, tapi bila dah banyak menulis, bertambahlah saya kenal mereka, seolah-olah mereka merupakan orang-orang yang berada di alam nyata... yang pernah saya jumpa. Itulah seronoknya jadi penulis. Walaupun saya dah lakarkan apa yang saya nak tulis bagi jalan ceritanya, ia sentiasa berubah mengikut mood dan situasi. Itulah yang paling seronok kerana saya sendiri tak tahu apa akan terjadi nanti. Hehe... best tak?
Okeylah... saja nak berkongsi rasa dengan anda semua. Kalau anda bukan penulis, mungkin anda tertanya-tanya, kan? Nak tahu juga apa rasa penulis bila menulis. Inilah rasa saya, mungkin tak sama rasanya dengan penulis lain. Wallahua'lam.
Wassalam.