Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Sunday, April 08, 2012
Pastikan Cinta Itu Jelas Bukan 'Blur'
Salam
Semoga anda sekelian berada dalam keadaan yang sihat dan selamat. Pagi ini, walaupun merupakan hari rehat saya, namun saya ingin bangkitkan satu isu yang mungkin ada di antara kita tak pernah pun mahu fikirkan tentangnya. Apa yang saya maksudkan ialah kelakuan insan-insan di dunia ini yang sanggup lakukan apa sahaja kerana cinta.
Ada orang, sekalipun tahu bahawa 'buah hatinya' ada masalah, mereka masih sanggup untuk teruskan perhubungan, lalu berkahwin dengannya. Mereka tak sanggup untuk putuskan perhubungan, kerana 'cinta' mereka terlalu kuat. Konon-kononnya, kerana cinta yang hebat itu, tak mungkin dia mampu tinggalkan 'buah hatinya' untuk mencari yang lain. Baginya, hidupnya akan musnah kerana 'cinta' nya itu adalah cinta abadi. Yang kelakarnya, bila terus berkahwin dengan 'buah hati', barulah dia sedar rupa-rupanya yang disangka syurga, hanyalah neraka sahaja (bahasa simbolik).
Ada pula tu, telah bina perhubungan dengan 'lelaki' atau 'isteri' orang. Bagi sang perempuan, bila perhubungannya diteruskan dengan pasangan yang merupakan suami orang, dia sebenarnaya sedang mengambil risiko. Bukan semua lelaki mahu berkahwin lebih daripada satu. Banyak lelaki, walaupun mampu untuk bercinta dengan lebih daripada seorang, masih tak sanggup berkahwin lebih daripada satu! Ada lelaki yang sangat senang untuk menyimpan 'kekasih' daripada berkahwin dengannya. Bagi lelaki seperti ini, mereka mendapat kepuasan dengan melakukan perkara seperti ini. Ada isteri dan ada juga kekasih. Begitu juga insan yang bergelar isteri, ada juga yang sanggup menyimpan 'kekasih' di luar perkahwinannya. Sangat menggerunkan.
Ada perempuan, akan teruskan perhubungannya dengan suami orang sekalipun berdepan dengan risiko 'termengandung' dan mereka juga sanggup untuk 'menggugurkan janin' kerana 'cinta' yang dianggap keramat itu. Jangan berasa pelik, tetapi memang ada orang perempuan yang sanggup menjadi 'kekasih gelap' lelaki yang sudah berkahwin, walaupun untuk satu tempoh yang panjang. Bagi mereka, cinta mereka itu merupakan sesuatu yang sangat 'berharga' yang tiada nilainya.
Ada kala, kita tidak sedar akan kelemahan yang hadir dalam diri 'kekasih' kita itu sehinggalah kita berkahwin dengannya. Selepas berkahwin, barulah kita sedar apa yang kita sangkakan batu permata, rupa-rupanya sekadar batu arked sahaja. Malang sungguh.
Okeylah, saya sekadar ingin mengingatkan diri saya dan anda yang datang bertandang, bahawa hidup ini tidaklah semudah membaca ABC. Kalau anda sedang jatuh cinta, pastikan cinta anda itu cinta yang 'jelas' bukan sesuatu yang 'blur'. Jangan terperangkap dengan bayangan dan ilusi 'cinta' yang mampu memakan diri suatu hari nanti.
Wallahua'lam dan Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)