Assalam
Esok dah awal Muharam. In syaa Allah setahun lagi umur kita dan semoga Allah rahmati hidup kita dan akhirat kita, semoga kita menjadi ahli syurga, Aamiin.
Sebagai orang Islam, sangat penting untuk kita perbaiki hati kita kerana Allah menilai kita dengan melihat hati kita. Orang di luar memang tak nampak apa yang ada di hati, hanya Allah swt yang tahu hati kita. Namun begitu, segala perlakuan baik, kata-kata baik, semuanya datang dari hati. Kalau hati tak baik, pelbagai kejahatan dan maksiat kita akan lakukan. Nauzubillah. Semoga kita akan terus menjaga hati kita untuk jadi manusia yang baik hatinya, baik kelakuannya dan baik juga amalan sehariannya. Subhanallah. Jangan seskali-kali jadi manusia hipokrit yang berpura-pura baik, tetapi hidup dengan penuh kejahatan. Jangan juga kita sesatkan diri lalu tidak melihat kepada kebaikan atau keliru, lalu mudah tergoda dengan syaitan. Manusia yang baik akan mampu untuk mengawal nafsu, in syaa Allah.
Tak guna kita kecoh dengan hal haram halal itu dan ini, kalau hidup seharian kita dipenuhi dengan kejahatan dan maksiat. Amalan riba' itu adalah satu bentuk 'dosa', rasuah itu juga satu dosa, begitu juga maksiat lain seperti minum arak, berjudi dan macam-macam lagi. Nafsu seks di luar nikah juga satu perbuatan 'dosa', jadi kalau kita penuh dengan dosa, buat apa nak kira dosa orang lain? Buat apa nak cerita pasal halal haram. Begitu juga dengan para 'ketua', kalau tak cukup ilmu dan tak lakukan tugas dengan amanah, buat apa nak cerita pasal halal haram?
Esok kita mulakan tahun baru dalam kalendar Islam, semoga kita sebagai ummat Islam dapat memahami al-Quran, bukan menokok tambah apa-apa yang Allah tidak kata dalam kitab suci itu. Jadilah manusia, walaupun mungkin manusia itu tidak sempurna, jauh lagi baik daripada cuba menjadi Tuhan. Nauzubillah min zalik.
Semoga kita sentiasa ingat bahawa Nabi jungungan kita Muhammad SAW sentiasa mengguna kelembutan untuk berdakwah, tidak pernah menghukum orang semudah manusia hari ini. Janganlah kata kita mengikut sunnah nabi kalau hati kita berkarat dan tak guna ilmu, nauzubillah min zalik.
Wassalam.
