Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, November 16, 2013

Cuti-Cuti Lagi

Assalam

Bila hujung tahun hampir tiba, ramailah yang bercadang-cadang untuk bercuti. Seperti biasa, ada yang dah lama fikirkan tentang destinasi cuti mereka, ada yang masih tak tahu ke mana hendak pergi.

Hari ini, saya ada majlis perkahwinan anak jiran. Sebentar lagi saya akan ke majlis itu. Lepas itu nanti, kami bercadang untuk meronda-ronda dan malam nanti, mungkin akan berjumpa dengan anak sepupu saya yang datang dari Indonesia. Dia dan staff nya berada di sini di atas lawatan sambil bekerja. Kami sekadar mahu meraikannya, in syaaAllah. Semalam, dia sudah pun berjumpa dengan anak-anak saya.

Bila cerita tentang cuti, nampaknya minggu depan saya akan bercuti sekali lagi dan nampaknya juga sekali lagi saya akan ke luar negara. Sebenarnya suami saya yang beria-ia sangat hendak mengajak saya ke destinasi ini. Kebetulan dia ada kerja, tapi hanya buat seketika sahaja, selebihnya kami bercadang untuk makan angin.

Okeylah, hari ini tak ada apa sangat yang hendak saya kongsi sama. Lagipun, saya terpaksa bersiap-siap untuk ke luar. Take care everyone!

Wassalam.