Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, August 17, 2015

Mahukan Yang Biasa

Assalam

Rasa macam dah lama sangat-sangat tak update blog ni. Wow... tak tahu nak cakap macam mana lagi tetapi kesibukan telah mengganggu rutin harian saya, namun alhamdulillah masih mampu untuk tersenyum puas. Banyak yang dah dapat diselesaikan walaupun masih banyak lagi yang perlu diuruskan. Hujung minggu yang padat buat kami sekeluarga dengan urusan projek yang tak habis-habis.

Pun begitu, malam tadi masih sempat lagi kami ke Mandarin Oriental bersama-sama dengan pelajar-pelajar Yemen dan keluarga mereka, juga sempat bertemu dengan Sheikh Abdullah Bughshan yang telah datang dari negara Saudi untuk meraikan graduan Hadhrami di hotel tersebut. Bagi anda yang tak tahu atau tak perasan, Sheikh Abdullah merupakan 'multi billionaire' (top ten terkaya di Middle East) yang berketurunan Hadhramawt dan menetap di Saudi. Malah, dia merupakan sponsor kebanyakan pelajar Yemen di Malaysia dan kami, alhamdulillah sentiasa menjadi tetamunya setiap kali beliau datang ke Malaysia.

Kadang-kadang, untuk mencari keseronokan dan kepuasan, kita perlu melalui keletihan. Itulah yang berlaku buat kami sekeluarga. Selagi apa yang kami idamkan tak kesampaian seratus peratus (atau hampir-hampir), selagi itulah kami kena kerja kuat. Namun kami semua teruja. Macam-macam yang kami terpaksa lalui sebagai pengalaman dan semuanya menjadi ilmu dan pengajaran. Alhamdulillah, kami sentiasa bersyukur di atas segala nikmat anugerah Ilahi walaupun kadang-kadang juga kami terpaksa ketepikan segala kegiatan sosial yang lain (buat sementara waktu).

Dengan izin Allah swt, kehidupan kami akan kembali seperti biasa sebaik sahaja semuanya selesai, harap-harap tak lama lagi. Aamiin.

Wassalam.


                                               Mencari ketenangan di tempat seperti ini