Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, March 10, 2015

Nikmat Kehidupan

Assalam

Semoga kita mulakan hari ini dengan bersemangat tinggi, insyaa-Allah.

Setiap pagi saya kesibukan. Beginilah rutin harian, di waktu pagi merupakan bahagian yang paling hectic. Nak siapkan sarapan, nak siram pokok bunga, nak kemas rumah dan macam-macam lagi. Lepas tu nak berbual-bual dengan ahli keluarga ketika menghirup kopi... betapa Allah swt berikan nikmat ini. Alhamdulillah.

Pun begitu, ada ketika manusia akan merungut-rungut kalau banyak kerja. Ramai yang lupa untuk bersyukur kerana bila kita masih mampu untuk sibuk, bermakna Allah sedang berikan kita tenaga dan daya untuk melakukan macam-macam dalam hidup. Syukran.

Begitu juga dengan cuaca, bila Allah berikan hujan, jangan pula kita tak suka, kerana bila lama tak hujan, kita juga yang menderita.

Alhamdulillah, saya mempunyai beberapa orang teman yang memang rajin hantar mesej setiap pagi, untuk menyampaikan salam dan doa mereka. Semoga hari-hari kita diberkati Allah swt. Aamiin. Bila lambat hantar mesej, saya pula yang akan tertanya-tanya. Tak pernah rasa terganggu pun, malah kadang-kadang saya yang ternanti-nanti. Salah seorang teman saya pula, rajin hantar imej bunga setiap hari. Maklumlah saya memang suka dengan bunga.

Bila bercerita tentang bunga, saya memang sangat suka. Setiap hari itulah kerja saya, membelek pokok-pokok yang rajin berbunga. Saya sangat senang pada bunga yang mengeluarkan bau harum, seperti kemboja, melur, mawar, cempaka, kenanga, kerak nasi dan santalia. Bila kita lalu menghampirinya, pasti sangat nyaman. Agaknya hidung saya memang begitu kot, suka sangat pada haruman yang nyaman.

Begitu juga dengan pokok-pokok herba dan buah-buahan, saya suka bila melihat pokok saya mula berbunga dan bakal menghasilkan buah-buahan. Nikmat sungguh, hanya Allah sahaja yang tahu. Baru-baru ini saya sempat makan buah ciku dari pokok kami. Sebelum ini tupai rajin mencuri bila pokok ciku kami berbuah, tapi alhamdulillah kali ini kami merasa juga.

Syukur sekali lagi di atas segala nikmat kurniaan Allah ta'ala.

Wassalam