Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, June 30, 2012

Hidup Kita Ni Macam BOLA Ke?

Iker Casillas - Goalkeeper Sepanyol yang comel


Salam sayang pada anda semua

Okey saja kalau saya kata sayang pada semua yang datang ke blog saya ini, tak kisah anda lelaki atau perempuan, kerana rata-rata yang datang ke sini adalah orang muda, jauh lagi muda dari saya. Ibaratkan saya ini kakak, ibu, ibu saudara atau mungkin 'aunty' anda, kan? Apa salahnya, sebenarnya saya sangat senang begitu. Maaflah, saya tak update blog saya semalam, tapi nampaknya walaupun tak update, masih ramai yang menjenguk blog saya ini, mungkin kerana entri saya sudah melebihi 1200. Macam-macam ada.

Huhu. Semalam, saya penat sebab dua hari berturut-turut saya tengok 'BOLA'. Hahaha... kata bukan kaki... hehe, sekali-sekala aje, beb. Lagipun bola dah nak habis. Satu round aje lagi dan kebetulan Sepanyol akan masuk ke final... sekali lagi. Itulah yang seronok nak tengok tu.

Walaupun hanya sekadar bola sahaja, kadang-kadang ada banyak pengajarannya. Masa Jerman lawan Itali, semua orang sangat yakin Jerman akan menang, tapi... huhu... Itali pulak tunjuk taringnya dan tumbangkan Jerman. Saya nak tergelak lah, bukan apa... iyalah, walaupun hanya bola, siapalah kita untuk menjadi terlalu yakin? Bola tu kan bulat... apa-apa pun boleh terjadi. Begitulah kita yang hidup di dunia ini... macam bola jugak, kan? Kita tak tahu bila kita akan menang atau kalah, walaupun ramai di antara kita ni yang berusaha untuk menang.

Kebetulan juga saya bersembang dengan seseorang yang dekat di hati. Katanya kepada saya, "Kalau kita berada di atas, hidup sedang cemerlang, biasanya ramai yang akan datang dekat dengan kita. Ramai yang baik dengan kita dan semuanya nampak macam okey je. Tapi bila kita sedang berdepan dengan sesuatu yang membebankan, atau kita sedang jatuh, tak ada siapa pun yang mahu dekat dengan kita."

Sungguh tu. Kalau kita tengok betul-betul, biasanya itulah yang terjadi. Kawan akan lari jauh-jauh bila kita tidak cemerlang. Kenalan jadi tak kenal kita lagi. Masing-masing akan membawa kaki mereka pergi. Pun begitu, akan ada seseorang (mungkin lebih dari seorang) yang sanggup berada dengan kita semasa kita susah, dan sebenarnya itulah kawan kita. Kawan kita yang setia.

Hidup kita yang macam bola ni, semestinya sentiasa perlukan kehadiran orang lain yang akan terus memberi kita semangat, yang akan sentiasa menyayangi kita tak kira kita di atas atau di bawah. Sedang menang atau sedang kalah. Kawan setia adalah mereka yang tak ambil pusing tentang 'kecemerlangan' kita. Baginya, tak kira apa sahaja situasinya, kita tetap kawan.

Sebab itulah saya sering berkata bahawa kita sentiasa perlukan ahli keluarga kita kerana jarang benar kita dengar tentang ahli keluarga yang tidak memberi sokongan kepada ahli keluarga yang lain, walaupun tidak mustahil ada ahli keluarga yang tak ambil pusing tentang keluarganya sendiri. Malah, memang ada ahli keluarga yang akan tikam belakang ahli keluarganya yang lain. Semua ini tidak mustahil.

Apa sekalipun, selagi iman kita kuat dan percaya pada Allah SWT, ombak kencang dan ribut tsunami pun tak mampu untuk matikan semangat kita untuk terus hidup selagi ada nyawa di badan. Allahuakbar!

Wassalam.