Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, June 28, 2012

Siapa Afiq Muiz Ni?

                       Kenal ke mamat ni?

Salam

Alahai, saya bukannya nak buat promotion pasal si Afiq ni, tapi nak berceritalah tentang sesuatu yang terjadi tengah hari semalam.

Tengah hari tu, selepas saya ada mesyuarat di sebuah bangunan ni, saya telah diajak oleh 'geng' kami ni pergi pula bermesyuarat di Bangi Kopitiam, di sebuah kawasan ni yang berdekatan dengan ofis 'geng ' kami. Kami pun pergilah ke kopitiam tu dan kebetulan bila masuk sahaja, tempat itu telah dijadikan lokasi 'shooting' mungkin drama kot, saya pun tak pasti sangat. Saya nampaklah dua orang pelakon ni sedang berlakon, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya saya tak kenal. Saya pun tak kisahlah. Kami teruskan bermesyuarat di sebuah sudut di kopitiam tu, tanpa menggangu 'penggambaran' yang sedang dibuat itu.

Sambil 'meeting', kami makan sama, maklumlah dah tengah hari, mestilah kami lapar. Dalam pada itu saya masih nampak lagi kedua-dua pelakon yang sedang berlakon tu. Saya tanyalah kepada salah seorang daripada 'team' kami, "Siapa nama pelakon-pelakon tu?" Yang seorang tu jawab, "Tak tahulah... nampak macam pelakon baru."

Tak apalah, saya pun teruskan dengan perbincangan kami. Selepas itu, mesyuarat kami pun selesai, tetapi saya terpaksa tunggu lagi di situ kerana menunggu anak saya menjemput. Saya pindah tempat dan tunggu kat bahagian luar sikit (takut anak saya tak nampak pulak). Pelakon tadi masih berlakon lagi, tapi kali ini di bahagian lain kopitiam itu. Saya pun tengoklah. Sementara itu, salah seorang dari member 'team' yang bermesyuarat tadi sudah singgah dan bersembang-sembang dengan 'krew' penggambaran tadi. Kemudian member tu pergi dan saya masih di situ lagi. Tiba-tiba hujan lebat. Saya terpaksa pindah tempat dan 'krew' penggambaran terpaksa berhenti kerja )masa tu mereka 'shoot' di bahagian luar pulak. Yang saya ni pula nak sangat tahu siapa nama pelakon-pelakon tadi.

Cik jurumekap yang berada di lokasi pulak duk sibuk tegur saya. "Akak masuklah kat sini, kat luar tu hujan," Saya tersenyum-senyum aje. Kemudian saya pun pergilah dekat sikit. Kebetulan yang pelakon perempuan berada dekat situ, saya pun duduk ajelah. Yang pelakon tu duk tersenyum-senyum. Say pulak tak tahu nak cakap apa. Tiba-tiba saya tanya cik jurumekap yang juga duduk kat situ. "Yang pelakon lelaki tu, yang tadi pakai baju merah tu, dia tu siapa ek?" Cik jurumekap rupa-rupanya pun tak tahu nama mamat tu. "eh... eh..." dia mula bertanya teman-temannya. Suara dia ni kuatlah jugak... lepas tu dia kata, "Nama dia Afiq... Afiq Muiz," dan tiba-tiba mamat yang kami bercakap tu dah pun tercegat di situ. Cik jurumekap pun kata, "Ha... ni pun dia..." Kali ini mamat tu dah berpakaian uniform pekerja 'Bangi Kopitiam'. Saya pulak macam betul bendul pergi bertanya mamat tu, "Oh, awak ni pekerja kat sini rupanya."

"Hehe... tak kak, saya berlakon aje ni. Konon-konon pekerja kat sini..." Kata mamat tu sambil tersengih-sengih.

"Ohhhh... berlakon."

Saya memang termalu pun! Tu lah... sibuk nak tanya. Patutnya duduk ajelah diam-diam. Akhirnya saya tak sempat tanya siapa pula pelakon perempuan tu. Saya dah segan sebenarnya. Bila balik... saya pun search lah. Memang betul mamat tu pelakon... pelakon barulah agaknya.

Alkisahnya... si tukang sibuk...

Wassalam.