Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, February 29, 2012

Pijak Semut Pun Tak Mati

                            Sekadar hiasan


Salam

Hari ini dah pun hari Rabu. Aduhai... betapa pantasnya masa berjalan, kan? Dan hari ini juga merupakan hari terakhir untuk bulan Februari yang kali ini merupakan 'leap year'.

Okeylah, hari ini juga saya nak bawa perbincangan berkisarkan karakter manusia di dunia ini. Hah, pernah tengok tak wajah siapa-siapa yang dari luarannya nampak macam 'innocent' giler? Kata orang Melayu, muka tak bersalah. Kalau pijak semut, mesti semut tu tak mati. Itu kata kita bila melihat wajahnya. Konon-konon dia baik sangat. Muka macam baik dah tu pandai pulak berlakon macam baik, rupa-rupanya, kalau pijak gajah pun gajah boleh mampus!

Begitulah sandiwara di dunia ini, hinggakan kadang-kadang ramai yang tertipu dengan watak-watak yang begini. Ha, bagi anda yang nak menulis manuskrip novel, mungkin boleh fikirkan karakter-karakter yang macam ni.

Sajalah saya nak berkongsi cerita tentang seorang karakter ini (kita panggil Mr. X lah ya). Dulu, bila kita tengok muka dia, kita mudah bersimpati. Cakap pun suara dia macam payah nak keluar. Muka dahlah innocent je, kita pun ingat 'mamat' Mr.X ni memang 'baik' giler. Kita pun percayalah cakap-cakap dia yang tak banyak bersuara tu. Selama ini, kalau ada apa-apa yang tak kena, Mr.X tak akan dituduh kerana selama ini, semua orang sangka yang Mr.X pijak semut pun tak akan mati. Punyalah baiknya dia... huhu. Hinggalah terjadi sesuatu yang mengejutkan semua orang!

Rupa-rupanya Mr. X ini mempunyai karakter atau personaliti yang sangat menjijikkan. Macam mana ek? Dia ni... orang putih panggil berkarakter  'Pervert'. Malam-malam, dia suka buat phone calls kepada perempuan-perempuan (Mr.X ni dah kahwin) luar dan bercakap benda-benda yang pelik (faham-fahamlah ya). Dah tu, dia bersembang time lewat malam (antara pukul dua hingga lima pagi) dan berjam-jam. Perempuan tu pulak, bukannya perempuan yang sama. Setiap minggu atau bulan, bertukar orangnya. Tak 'weird' ke tu?

Dah tu, yang paling teruk kelakuan Mr. X ni... dia juga suka cari perempuan yang bukan biasa-biasa. Dia habiskan wang ringgitnya untuk mendapat perkhidmatan seks daripada perempuan-perempuan' langgan' seperti GRO dan social escort!

Begitulah karakter manusia. Kalau kita tak berjaga-jaga, mungkin kita akan terperangkap dengan wajah dan lakonan manusia seperti Mr.X ini. Manusia yang kita sangkakan tak mungkin mematikan semut yang dipijak, pada hal sang gajah pun kalau dia pijak akan mati juga!

Apa yang saya ceritakan ini adalah sekadar contoh sahaja. Harap-harap kita tak akan terserempak dengan manusia yang bertopeng begini. Harap-harap kita dijauhkan Tuhan daripada manusia yang pintar berlakon sebagai baik seperti Mr.X ini.

Wallahua'lam.

Tuesday, February 28, 2012

Kenapa Kahwin?

                               Sekadar hiasan

Salam

Hari ini hari Selasa dan pagi tadi cik abang saya dah pun ke Jay Bee. Saya pulak, duduk ajelah di rumah ni, hehe... tak kisah.

Okeylah, pagi ni nak bersembang tentang hal kenapa kita pilih untuk berkahwin. Memang ada orang yang tak minat untuk berkahwin. Hujung minggu lepas, saya bersembang dengan teman-teman yang mempunyai anak-anak yang kiranya dah cukup umur untuk berkahwin, tetapi kata banyak teman-teman kami itu bahawa anak-anak mereka tak berminat untuk berkahwin. Saya pun bertanyalah, "Kenapa tak nak kahwin ek?"

Jawapannya, "Entahlah. Ada tu kata malas nak fikir pasal hal kahwin ni sebab tanggungjawabnya banyak."

Ya betul, bila kita berkahwin, maknanya kita mesti tahu apa itu tanggungjawab. Kalau rasa macam tak tahu, memang eloklah jangan berkahwin. Duduklah sendiri sampai ke mati. Orang yang tak tahu apa tanggungjawab dalam perkahwinan sepatutnya jangan berkahwin! Memang tanggungjawab merupakan hal utama dalam perkahwinan terutamanya buat lelaki. Lelaki mestilah tahu peranan mereka kerana dalam perkahwinan, sepatutnya merekalah jadi ketuanya. Tapi kalau ketua tak tahu untuk bertanggungjawab, memanglah kapal yang dibawa belayar akan tenggelam dek ombak besar!

Memang ramai orang mahu berkahwin, tetapi mereka tidak ambil 'pot' tentang hal peranan yang dipegang bila dah ubah status jadi suami atau isteri orang. Kahwin ni memang tak susah, yang payah ialah tanggungjawab tu. Ada orang, sampai ke tua pun masih tak tahu untuk bertanggungjawab. Tahunya untuk berkahwin sahaja. Ada tu pulak, kahwinnya lebih daripada satu, ada dua, ada tiga atau empat, tetapi dianya tak tahu bertanggungjawab. Tak kisahlah makan minum, tempat tinggal, malah nafkah batin pun diabaikannya. Kahwin mahu, tapi tanggungjawab tak tahu! Memang muka pun tak malu!

Inilah yang menakutkan sesetengah orang, kerana mereka tak pasti sama ada bila berkahwin nanti suami atau isteri mereka tahu untuk memegang tanggungjawab yang diamanahkan. Bukankah itulah amanah kita bila kita bersetuju untuk akad nikah?

Memang sedihlah bila kita sering sangat dengar cerita tentang insan-insan yang tak bertanggungjawab ni. Macam mana ya? Emak ayahnya tak pernah ajar ke? Atau memang mak ayahnya pun jenis tak bertanggungjawab? Main kahwin aje, lepas tu cuci tangan? Aduhai...

Ada orang berkata pada saya, "Kalau kita abaikan tanggunjawab, kita tanggunglah bila kita tua nanti. Bila dah tak larat nak jalan, masa tu kita tahulah..."

Apa-apa pun, marilah kita ingatkan diri kita supaya kita tidak abaikan tanggungjawab kita sebagai manusia di dunia ini. Banyak peranan kita, tetapi kalau kita pilih untuk uruskannya secara yang terbaik kita mampu lakukan, insya-Allah adalah berkatnya nanti. Jangan pandang ringan pada urusan seperti ini dan janganlah kita anggap tanggungjawab itu sebagai beban, kerana satu hari nanti mungkin kita akan terbeban dengan sesuatu yang kita tak mampu pikul nanti.

Wallahua'lam.

Monday, February 27, 2012

Musibah Membuka Mata dan Hati

                    sekadar hiasan

Salam dan selamat pagi semua,

Haha... macam cikgulah pulak! Iyalah, hari ini hari Isnin, mestilah kena bersemangat. Semalam dah banyak relaks, kan?

Okeylah, bila bercakap pasal 'bersemangat ' ni, ada orang payah nak naikkan semangat yang malap. Bila diri dan apa-apa sahaja yang ada dalam diri, rasa macam tak menjadi, semuanya dah tak seronok lagi. Sampaikan ada yang rasa macam nak bunuh diri. Huh! Bahaya tu. Jangan dik, jangan fikir macam tu. Beritahu pada diri, tak apa kalau nak rasa moody. Tak apa juga kalau rasa macam semuanya tak menjadi. Semua tu sekejap sahaja. Kalau kita banyak bersabar dan rajin-rajin pujuk diri, insya-Allah, apa sahaja yang sedang sakit tu, perlahan-lahan akan pergi. Kalau anda masih muda, ingatlah bahawa perjalanan masih jauh lagi. Tak usah belitkan perjalanan yang ada tu. Tak ada apa-apa 'musibah' yang menimpa kita tu tak ada jalan dan ubatnya. Insya-Allah ada. Tak ada usah risaukan apa orang nak kata, sebab orang pun tak larat nak berkata-kata sampai bila-bila. Lama-lama nanti, tak kata lagi kerana mungkin dah ada cerita lain yang perlu dikata-kata.

Bila kita sedang berdepan dengan apa-apa yang tak enak, biasanya kita akan ingat bahawa diri kita saja yang rasa macam tu, pada hal berlambak orang lain yang sedang berdepan dengan sesuatu yang lagi teruk daripada kita. Betul, kan? Sebab itulah saya kata memang best tengok filem 'Hafalan Shalat Delisa', kerana apa yang ditimpa Delisa, masih tak mampu untuk mematikan semangatnya.

Pernah suatu ketika dahulu, saya mempunyai seorang teman. Dulu-dulu, sejak sekolah lagi, kami semua 'kurang' suka padanya. Mungkin kerana cara dia berkomunikasi dengan kami kot... tidak menyenangkan. Selepas 'graduate', dia bekerja di luar negara. Suatu hari, kami dapat berita yang mengatakan bahawa dia telah kemalangan dan kemalagan itu bukan sekadar merosakkan seluruh keretanya, tetapi juga wajahnya. Teman saya terpaksa melalui pembedahan plastik untuk mengelokkan wajahnya itu. Sejak itu, teman saya berubah... dan menjadi seorang insan yang sangat disenangi teman-teman semua. Alhamdulillah. Kadang-kadang, musibah yang menimpa diri kita membuka mata dan hati kita. Itulah hikmahnya. Teman saya terus berjaya dengan hidupnya sampailah sekarang. Bila berjumpa, dia tidak pernah seperti dulu lagi.

Cuba kita fikirkan... segala apa yang menimpa kita adalah 'hikmah' sebenarnya. Segala apa yang elok itu kita memang tahu dia elok, tetapi apa yang kurang elok itu, kita tak tahu mengapa Tuhan berikan kepada kita. Insya-Allah, semua yang kurang itu sebenarnya ada kelebihannya. Bersabarlah dan belajarlah untuk menikmati segala kekurangan yang ada pada kita. Insya-Allah, kekurangan kita itu mampu untuk menaikkan semangat kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik daripada dulu.

Semoga minggu ini merupakan minggu yang indah buat kita semua. Ameen.

Wassalam.

Sunday, February 26, 2012

Intan Payung Jantung Hati

Salam

Malam tadi, saya dan suami menghadiri majlis perkahwinan anak rakan, di Putrajaya. Wah, bukan main lagi... si pengantin lelaki menyanyi untuk isterinya. Semoga mereka akan terus menyanyi hingga ke akhir hayat untuk menghiburkan hati sesama sendiri. Jangan menyanyi pada hari perkahwinan sahaja... huhu...

Malam tadi juga, kami bertemu ramai teman lama, termasuk kawan sekolah saya yang bersekolah dengan saya sejak darjah satu, ke sekolah menengah dan ke universiti yang sama (siap buat course yang sama juga). Dah lama sangat tak jumpa, saya tak perasankan dia, mujurlah dia perasankan saya. Alhamdulillah.

Kami juga berjumpa dengan teman baik dan lama suami saya dan isterinya juga, yang kini tinggal di Singapura (kerana bertugas di sana). Alhamdulillah, memang best sekalipun tak dapat berbual lama-lama.

Okeylah, kebetulan hari ini ialah hari lahir anak bongsu saya... wah... dah dewasa dah dia... no more teenager! Semoga dia dipanjangkan umur, murah rezeki, dirahmati dan diberkati Allah swt hingga ke pintu syurga, Ameen.

Hari Ahad ni merupakan hari santai-santai, jadi saya juga tak bercadang nak membebel, sekadar nak beritahu bahawa intan payung, dan jantung-jantung hati saya, kian hari kian membesar dan menghiburkan hati. Kadang-kadang meletihkan juga, tetapi kalau sehari tak nampak muka, kita pula dah tertanya-tanya. Huhu... itulah pukulan si kenit-kenit ni. Yusufia, Firas dan Ali.
                           Firas dan Ali
                 Yusufia yang tembam
                          Cik Piah dan Firas

Lupa pulak nak cakap, memang ramai yang search 'panggilan untuk kekasih'... kalau nak lebih klasik, panggillah kekasih dengan nama intan payung atau jantung hati, huhu... sangat romantik maaa...

Panggil macam ni, bila hantar emel atau SMS atau surat... tak sesuai bila bercakap... panjang sangat...

Tapi kalau baby menangis, memang sesuai maaa...

Wassalam.

Saturday, February 25, 2012

Cinta Yang Kedua

                    Sekadar hiasan


Salam semua,

Semoga hari Sabtu menjadi hari yang penuh makna buat anda semua. Seperti biasa kalau di kawasan rumah saya ni, pagi-pagi macam ni, saya dihiburkan oleh burung-burung yang berkicauan. Pelbagai lagu dan irama. Tentunya buat saya bersemangat dan rasa beruntung sangat-sangat kerana diizinkan Tuhan maha esa untuk berada di dunia ini. Alhamdulillah.

Hari ini, itulah judul entri saya. Cinta yang kedua. Biasanya orang bercakap dan bercerita tentang cinta pertama, biar saya bercerita pula tentang cinta yang kedua.

Tidak semestinya cinta pertama 'menjadi' bagi insan-insan di dunia. Malah, dalam kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran, biasanya cinta pertama akan terkubur di pertengahan jalan, atau mati sebelum sempat bernyawa pun! Baru nak tarik nafas dalam-dalam, sudah terbunuh, maka terkuburlah ia.

Biasanya juga, cinta pertama ada kaitan dengan cinta monyet... huhu... kalau nak cute lagi, kita kata cinta 'lotong' yang berkeliaran kat dalam hutan. Cinta yang tak serius, main-main aje. Pun begitu, cinta yang macam itu mampu meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang tak ada pengalaman dalam bercinta. Mungkin mereka merasakan itulah cinta yang sebenar, cinta agung, cinta yang perlu dipertahankan. Rupa-rupanya, itulah cinta 'nasi mentah', tak masak di dalam dan mungkin meloyakan!

Memang banyak yang keliru, terutamanya bagi mereka yang tak pernah jatuh cinta. Bila terasa seperti ada yang meminati diri, mungkin ada yang berkhayalan dan merasakan bahawa diri sudah naik ke kayangan! Terawang-awangan! Puih!

Bila saya kata cinta yang kedua, itu bukanlah makna 'kedua' secara sebenarnya, mungkin inilah apa yang dimaksudkan as 'next love'. Kedua itu bermakna mungkin yang ketiga, keempat atau kelima. Nombor tidak menjadi apa-apa, tak membawa makna pun. Yang penting ialah 'effect' nya. Kalau dulu anda bercinta dengan 'monyet', mungkin yang ini barulah manusia yang betul, yang mempunyai hati, mempunyai perasaan, bukan sekadar pada dirinya tetapi pada anda juga. Mungkin dia juga sudah melalui perubahan cinta yang tak menjadi. Mungkin juga dia mempunyai pengalaman yang menyakitkan hati dan kerana itu dia juga tahu apa itu 'sakit hati' dan pastikan hatinya dan hati anda tidak disakiti lagi.

Saya memang berkahwin dengan 'cinta pertama' saya, sebab sebelum itu saya tak pernah jatuh cinta dan selepas itu juga alhamdulillah, tak ada pula berubah rasa. Insya-Allah, saya berdoa supaya hati saya dan dia tidak berubah. Pun begitu, kalau anda mengalami cinta pertama yang menyakitkan hati, lupakan sahaja cinta itu dan carilah cinta lain. Cinta kedua, ketiga dan keempat, mungkin lagi hebat dan lagi cemerlang.

Wallahua'lam

Friday, February 24, 2012

Bila Anak Macam Setan

                        Sekadar hiasan


Salam pagi Jumaat semua,

Alhamdulillah, semoga kita sama-sama teruskan kehidupan dengan semangat yang tinggi.

Pagi ini, saya ingin bercerita tentang anak-anak. Tak kiralah kita sebagai ibu, kita sebagai anak, atau mungkin kita sebagai abang dan kakak atau adik. Semuanya ada kaitan dengan mereka yang bergelar 'anak'. Kita datang ke dunia ini tidaklah macam magic, kan... tiba-tiba ada je. Mesti kita ada ibu dan bapa.

Ada orang sangatlah garang dengan anak-anaknya, langsung tak bagi muka. Memang kalau kita buat macam tu dalam keadaan hari ni, payah sikit kot. Nanti anak larilah, anak memberontaklah dan macam-macam boleh jadi. Tapi malangnya, hari ini terlalu banyak anak-anak dibesarkan dengan segala kemewahan dan kemanjaan, hinggakan ayah dan ibu tidak dapat mengawal anak-anak mereka. Paling susah kalau anak yang kita maksudkan merupakan anak-anak lelaki. Bila anak lelaki terlalu manja, nanti besar memang payah mak ayah nak kawalnya. Anak lelaki kalau dimanjakan sangat, mereka susah nak jadi lelaki yang bertanggungjawab kerana mereka rasa mereka boleh berlindung di bawah kepak mak ayah, kalau tidak di bawah ketiak.

Bila begitu, emak ayah tidak sedar anak-anak mereka dah membesar dan jadi setan! Wah kerasnya bunyi, tetapi inilah realiti.

Kita hidup di dunia ini, belajar melalui pengalaman. Lagi banyak dugaan yang datang, lagi kuat kita jadinya dan bertambahlah kita jadi matang. Tetapi anak-anak lelaki yang terlalu dimanjakan dan bergantung pada emak ayah, tak usah haraplah nak jadi anak-anak yang baik!

Paling malang, kalau emak ayah tidak dapat melihat yang anak-anak mereka sudah lama berubah jadi setan. Ini adalah kerana emak ayah ralit dan leka dan merasakan bahawa anak-anak mereka sangatlah baik dan bagus... kerana mereka merupakan emak ayah anak-anak itu. Memang sedih kalau emak dan ayah tak mahu mengaku bahawa anak-anak mereka bukan merupakan anak-anak yang baik.

Bila saya kata setan, maknanya jahat, kan?

Macam mana setan tu agaknya? Setan merupakan mereka yang langsung tak ingatkan Tuhan, lalu terus sahaja hidup bergelumang dengan dosa. Mereka mungkin minum, mungkin juga berjudi dan mengambil dadah, dan paling teruk bila mereka juga menjadi kaki perempuan. Bukan dengan perempuan yang boleh dibuat isteri, tetapi perempuan-perempuan yang dibayar untuk perkhidmatan 'seks'. Kalau anak-anak lelaki itu bijak mengatur bilik hotel, atau servis apartmen untuk buat kerja-kerja tak baik, apa kita sebagai ibu bapa masih mahu melindungi mereka dan mengatakan bahawa anak-anak itu merupakan anak-anak yang baik?

Tetapi, inilah realitinya hari ini. Terlalu banyak emak dan ayah yang tutup mata dan hati mereka di atas perbuatan anak-anak yang berkawan dengan setan lalu hidup juga macam setan.

Maaflah kalau pada pagi Jumaat macam ni, saya membebel. Mungkin saya sekadar mahu mengingatkan diri sendiri dan orang-orang di sekeliling saya supaya sentiasa berjaga-jaga. Di luar sana, godaannya terlalu tinggi dan kalau kita tidak berhati-hati, hidup kita akan berubah nanti. Wallahua'lam.

Thursday, February 23, 2012

Terpaksa Kahwin Atau Kahwin Paksa?

                     Sekadar hiasan


Salam semua

Okeylah... sekarang ni memang dah jadi trend kot, orang perempuan suka baca atau tengok drama dan filem kisah 'orang kahwin paksa'. Hehe... sebenarnya banyak yang confused, tak sure sangat di antara terma 'kahwin paksa' dengan 'terpaksa kahwin'. Jangan keliru tau, sebab ada perbezaannya. Kalau kita kata 'kahwin paksa', itu bermaksud dua orang lelaki dan perempuan ni telah dipaksa berkahwin tanpa kerelaan hati mereka. Mungkin perkahwinan mereka sudah diatur ibu dan bapa, datuk dan nenek, kerana perjanjian tertentu, atau memang ibu bapa memang jenis yang tegas dan garang, hanya mahu anak-anak berkahwin dengan calon pilihan mereka sahaja. Atau mungkin juga kerana sesuatu perkara yang terpaksa dilakukan (misalnya bayar hutang, tebus maruah) dan sebagainya. Dalam hal ini, pasangan yang berkahwin tidak suka antara satu sama lain, mungkin ada tu, salah satu sahaja tak suka, tetapi yang satu lagi tu suka, tetapi terpaksa berkahwin kerana sudah diaturkan begitu.

Yang satu lagi pula, mungkin pasangan itu memang nak berkahwin pun, tetapi belum ready lagi, jadi dalam hal ini terpaksa sahaja kahwin walaupun belum bersedia lagi. Ada tu pula, kerana hal-hal tertentu, pasangan ini bersetuju untuk berkahwin (bukan dipaksa) walaupun mungkin mereka tidak rancang begitu. Kerana sebab-sebab tertentu, mereka kata okey saja. Misalnya keadaan di mana pasangan ini masih berkenalan dan belum bersedia untuk kahwin, tetapi telah diminta ahli keluaraga untuk berkahwin sahaja, jadi mereka pun turut dan berkahwin. Lagi satu contoh ialah seperti apa yang saya paparkan dalam novel saya Bunga-Bunga Kemboja, Nabil terpaksa berkahwin dengan Qahira kerana hendak menyelamatkan aqidahnya. Dalam hal ini, Nabil dan Qahira tidak dipaksa, tetapi memilih untuk berkahwin. Begitu juga dalam novel saya Matahariku, Syakirah telah terpaksa berkahwin dengan Eyyad kerana ayahnya tidak suka cara dia menumpang di rumah Eyyad.

Satu lagi perkara yang saya nak bercerita di sini... hehe yang ini 'hot' sikit. Tetapi banyak kalilah dibangkitkan oleh teman-teman saya yang membaca novel. Mereka bertanya 'Logik ke kalau lelaki dan perempuan yang dah berkahwin (tak kisah paksa atau tidak) duduk sebilik dan tak buat apa-apa? Takat main tengok-tengok je?' Hahaha... saya pun malu jugak nak cakap ni. Tak tahulah saya kecuali kalau si lelaki tu memang jenis tak berfungsi kot. Atau pun... si pasangan ni puasa memanjang... Apa pun... kalau kita tengok orang muda sekarang ni, kalau tak kahwin pun dah mahu buat semuanya, ini pulak dah kahwin dan duduk sebilik! Haiya... susah maaa...

Kalau saya tulis, memang tak adalah pasangan nak main tengok-tengok sampai berminggu atau berbulan-bulan... memang susahlah... couple yang buta pun tahu maaa...

Kalau cerita orang dulu2, memang banyak benar cerita kahwin paksa (yang betul lah), tahu-tahu semua dah beranak banyak.... hehe...

Okeylah, pagi ni saja lah nak bercerita. Kalau ada yang teringin nak buat cerita kahwin paksa atau terpaksa kahwin ni, pastikan pasangan yang duduk sebilik ni (yang dah menikahlah), tak duduk tengok-tengok lama-lama sangat. Yang tu tak logik maaa... tambah sekarang ni, kebanyakan orang lelaki macam piranha!

Wassalam.

Wednesday, February 22, 2012

Mana Lagi Sakit, Cerai Hidup Atau Cerai Mati?

          Sekadar hiasan - dalam kesedihan

Salam semua,

Hari ini dah hari Rabu. Semoga kita teruskan semangat untuk berusaha di dunia ini. Pun begitu, ada juga di antara kita mungkin sedang bergelut dengan kekecewaan kerana perpisahan. Orang kata, kalau putus kasih semasa belum berkahwin, sakitnya tidaklah teruk seperti pasangan yang dah berkahwin. Sebabnya... hah, kita semua tahu sebabnya. Bila dah kahwin tu, kita duduk serumah, sebilik, sekatil, kita kongsi macam-macam... jadi bila berpisah mestilah terkesan, kan?

Mana lagi sakit? Berpisah semasa sama-sama hidup atau berpisah kerana sebuah kematian?
Tidak dinafikan, orang yang terpaksa bercerai kasih dengan suami atau isteri kerana sebuah kematian yang tidak diduga merupakan satu perpisahan yang mungkin susah untuk dikendalikan. Tiba-tiba dia tak ada. Tentulah sakit yang dirasai itu sangat terasa, mungkin payah hendak diluahkan. Dalam keadaan berkasih-sayang, tiba-tiba dia pergi. Mungkin kerana sakit (yang tiba-tiba), mungkin kerana kemalangan... tentulah yang ditinggal itu terpaksa merana, menanggung rindu dan kacau-bilau hidupnya kerana terpaksa mencari jalan untuk lari dari perasaan yang tertekan itu. Ada orang yang berpisah begini, tak boleh mencari pengganti, kerana yang hilang baginya tak mampu dicari ganti.

Biasanya pula, bila bercerai hidup, ada dua cara. Ada yang berpisah dengan cara baik. Mungkin yang ini tak meninggalkan kesan sangat. Masing-masing mungkin dah bosan dan kerana tak ada jalan lain, mencari jalan penyelesaian melalui perceraian. Ada juga yang berpisah dalam keadaan yang menyakitkan. Salah seorang berlaku tidak jujur, curang, main kayu tiga dan macam-macam lagi. Perpisahan yang begini akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam dan mungkin juga ada 'dendam' yang akan ikut sekali.

Pun begitu, ada juga yang berpisah kerana kematian sebenarnya merupakan satu hikmah buatnya. Selama ini, dia terpaksa sahaja teruskan kehidupan dengan pasangan walaupun tak suka. Tetapi bila 'mati', lega yang datang kepadanya. Tentulah kematian pasangannya itu tidak terasa sangat. Malah, mungkin kuburnya masih merah, dia sudah bersedia untuk mencari pengganti!

Ada juga perpisahan yang masih hidup juga membawa kesan yang sama. Bila berpisah, dia berasa teramat lega, kerana berkahwin dengan pasangannya sangat membebankan. Macam-macam kelakuan pasangan terpaksa ditanggungnya. Malah, perpisahan mampu membuat dia jadi kuat dan bersedia untuk berdepan dengan dunia yang penuh dengan dugaan.

Apa sekalipun yang terjadi, kita harus reda dengan segala ketentuan Tuhan buat hamba-Nya. Kalau kita reda, sakitnya jadi sikit. Memang tidak mudah, tetapi kita belajarlah untuk permudahkannya. Belajarlah untuk menikmati kehidupan ini dengan cara yang terbaik. Insya-Allah, perceraian membawa hikmah yang kita tak pernah pun menduganya bagi mereka yang terpaksa berdepan dengannya.

Wallahua'lam.

Tuesday, February 21, 2012

Izinkan Ku Pergi



Salam buat semua yang kusayang,

Alhamdulillah, di pagi yang indah ini, semangat masih tinggi. Syukran. Mungkin ada yang tertanya-tanya, Kak Aina nak tulis apa pagi ni? Izinkan Ku pergi? Nak pergi mana pulak ni?

Huhu... bunyi macam tajuk novel, kan? Novel baru saya kot. Hehe... bukan-bukan, tapi saya bersetuju juga kalau judul ni dijadikan tajuk novel. Bunyi sangat touching maaa.... eh, tapi trend sekarang ini banyak orang suka bawakan kisah kahwin paksa... huhu... tajuk tak sesuailah.

Okeylah, sebelum saya berceloteh tentang tajuk entri saya ni, saya nak bercerita dulu tentang trend cerita-cerita hari ni, termasuklah drama kat TV yang bukan diadaptasi dari novel. Banyak sangat kisah kahwin paksa... hehe, ni cakap kawan sayalah. Dia rajin tengok drama dan baca novel. Dia kata... pasal apa orang tak mahu buat cite lain hah? Ramai sangat ke orang kat Malaysia kena kahwin paksa? Kalau kat India atau Pakistan, memang lah banyak. Huhu... no komen, sebab saya ada lah jugak tengok drama, tapi tak secara serius pun. Baca novel (kalau sekarang ni lah), memang 'zero'. Tak baca satu pun, sebab tak sempat. Tapi... iyalah. Masing-masing punya ceritalah, kan? Suka dia lah!

Okey, berbalik pada judul kat atas ni. Huhu... sebenarnya ini judul sebuah lagu yang saya pernah dengar beberapa tahun yang lalu. Baru ni, terdengar lagi. Anak saya kata ini lagu 'Anuar Zain', saya kata bukanlah... hehe. Memang bukan pun, walaupun suara mamat ni ada bunyi macam suara Anuar Zain. Izinkan Ku Pergi adalah nyanyian KAER AZAMI, seorang penyanyi muda, yang dikatakan menyepi buat seketika kerana berada di Indonesia (belajar kot). Tapi... lagu yang ini saya memang suka. Saya suka, saya suka! Banyak sedap maaa... very touching.

Kalau nak dengar.... pergilah cari!

Saya suka bila dia kata...

"Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia tiada niatku…"

Okeylah... pagi-pagi macam ni, jangan jiwang-jiwang maa...

Wassalam.

Monday, February 20, 2012

Semangat Delisa



Assalamualaikum

Semoga anda semua ceria-ceria selalu.

Semalam, sempatlah saya mengintai penyanyi 'You Tube' Ajek Hassan, yang pulang dari Australia untuk berada di sebuah program TV3. Nampaknya, mamat ni dapat mencipta nama melalui channel 'you tube'. Okeylah dia... suara tu memang bestlah. Harap-harap Ajek Hassan akan berani mencuba menyanyi lagu sendiri. Saya pasti akan ada yang mahu mencipta lagu untuknya.

Saya juga sempat menonton filem 'Hafalan Shalat Delisa' sebuah filem yang diadaptasikan dari novel, walaupun ramai yang dah tonton dan kiranya saya ni agak ketinggalanlah, tapi memang saya teringin sangat nak menonton filem ini. Kebetulan, saya sudah ke Acheh dan filem itu tentunya dapat membawa saya ke sana sekali lagi. Teringat kepada pelbagai peristiwa yang saya dengar tentang musibah tsunami yang menyerang Acheh pada tahun 2004.

Bagi saya filem itu sangat menarik, sekalipun banyak kelemahan dari segi penggambarannya. Jalan ceritanya memang baik dan banyak sangat mesej yang baik yang boleh dijadikan panduan kita semua. Musibah yang menimpa kita tidak semestinya merupakan sesuatu yang perlu dikesali buat selama-lamanya. Dalam filem ini, kanak-kanak yang bernama Delisa itu berjaya untuk menceriakan banyak hati yang ketika itu sedang gundah-gulana.

Hari ini, kalau anda ke Acheh, barangkali anda semua akan kagum melihat perubahan yang berlaku di sana. Acheh adalah lebih baik sekarang kalau dibandingkan sebelum peristiwa tsunami itu. Orang-orang Acheh merupakan mereka yang tinggi semangatnya dan rata-rata, mereka lebih religious dan ambil berat tentang agama Islam.

Okeylah, semoga anda yang belum tonton filem itu, cubalah cari-cari jalan untuk menontonnya. Saya percaya anda tidak menyesal.

Wallahua'lam.

Sunday, February 19, 2012

Nak Cari Lelaki Yang Best - Ada ke?

          Ada member kata mamat ni cute, ya ke?


Salam pagi Ahad

Awal pagi ini, cik abang saya pergi ke Singapura, esok malam baru balik. Saya pula... apa lagi, duk mengadap komputer le... hehe. Dia ada kerja, kalau tak, nak jugak ikut... hehe, taklah, sebab saya pun sibuk juga di sini.

Apa pun... saya nak bercerita tentang lelaki lagi. Huhu... hot topic maa... banyak wanita yang single dan available selalu bertanya dengan saya, kalau nak cari suami yang best, cari yang macam mana? Haiya... saya pun bukannya pakar. Tapi, macam mana sekalipun kita rancang, ketentuan itu adalah hak-Nya. Jodoh di tangan Tuhan, sama ada jadi atau tidak, ada hikmahnya. Yang itu kita kena ambil peduli.

Okeylah... kalau tanya saya, carilah lelaki yang tak lupa pada Tuhan. Bila saya kata macam tu, maknanya, apa sahaja yang dia buat, dia tak lupa pada Tuhan. Orang yang macam ni, payah nak buat benda tak baik. Satu, dia akan jadi seorang suami yang bertanggungjawab. Kalau ada suami, tapi tak bertanggungjawab, lebih baiklah tak ada suami! Tanggungjawab tu maknanya dia kena ambil tahu tentang makan minum isteri dan anak-anak, tak boleh main lepas tangan. Biar gajinya sikit atau pendapatannya tak banyak, tetapi dia tetap ambil berat.

Memang best kalau dapat suami yang ringan tulang, sentiasa membantu isteri di rumah. Masa kita berkawan dengan dia, kalau kita tak nampak yang dia tu jenis rajin, lebih baiklah kita blah! Ingat tak kisah lelaki yang bernama Syafik yang saya pernah bercerita dalam blog saya ini? Hah... itu merupakan material yang baik untuk dijadikan suami. Sikit punya rajin!

Suami mestilah tunjuk kebolehan untuk memimpin. Kalau tak mampu jadi ketua, memang habislah. Kalau semuanya dia buat tak tahu dan pandai-pandai isterilah... memang dia tak boleh pakai.

Suami yang baik sentiasa berfikir dan buat perancangan masa depan keluarganya. Rancang nak beli rumah, rancang persekolahan anak, rancang percutian keluarga, apa-apa sahajalah yang dia mampu untuk lakukan. Bukan buat bodoh aje.

Suami yang baik juga mempunyai rakan-rakan yang baik, dan sebagai isteri, kita mengenali teman-temannya dan keluarga teman-temannya. Kalau dia berkawan tetapi tidak mahu isteri kenal kawan-kawannya, hah... itu mesti ada udang di sebalik mi goreng!

Yang penting, dalam perhubungan suami isteri ni, sentiasa ada perbincangan dan muafakat. Nak buat apa pun, mesti isteri pun suka, barulah suami buat. Misalnya nak beli rumah ke, kereta ke... suami tak boleh kira taste dia aje dan tak kisahkan apa perasaan isteri.

Suami yang baik, bukan jenis suami yang boros dan kuat berjoli. Belum hujung bulan dah mintak duit daripada isteri. Saya ada teman yang mempunyai anak lelaki yang sangat boros. Belanja gaji untuk beli kereta mewah, lepas tu modify sana sini. Belum cukup bulan, dah kering. Dah tu, sarapan pun mesti pergi kedai mewah, tak ada duit mintak duit isteri! Memang tak boleh pakai!

Jadi orang perempuan ni, jangan cepat sangat gelap mata. Kalau kita tahu dia bergaji tinggi sekalipun, tak semestinya dia akan jadi suami yang baik buat kita. Jadi... perhatikan akhlak dia juga. Yang itu memang penting. Kalau dia ambil ringan tentang agama, tak usah haraplah dia nak jadi suami yang baik. Semua pun akan dibuat sambil lewa aje.

Perhatikan juga ibu bapa dia. Dia orang tu macam mana? Kalau jenis huha tak tentu pasal, jawabnya si dia tu pun akan jadi sama juga.

Eh, ada ke lelaki yang best ni? Insya-Allah ada maa... satu sudah pergi ke Singapura... hahaha... itu saya punya maa...

Maaflah, saja nak bergurau sambil-sambil bagi tips tu.

Fikir-fikirkanlah anak-anak perempuan semua.

Wallahua'lam.

Saturday, February 18, 2012

Lelaki Yang Tak Reti Jadi Suami

                   Lelaki yang suka megholoh


Salam semua

Tahulah saya, kalau kita tulis tentang 'janda' atau mungkin 'anak dara', ramai betul yang masuk membaca entri kita, huhu. Memang sungguh ramai yang search tentang 'nak kahwin dengan janda' atau 'susah ke kahwin dengan janda'. Apalah!

Okeylah, hari ini saya nak bersembang tentang hal lain pula. Kalau semalam saya cerita pasal perempuan, hari ini saya nak cerita pasal lelaki.

Biasanyalah, orang perempuan suka nak cari pasangan yang baik-baik. Meaning... lelaki yang boleh diharap, boleh menjaganya bila dah jadi suami, boleh tanggung makan minumnya, baik dengan ahli keluarganya, tidak liar dan sibuk nak cari perempuan lain, bantu dia di rumah dalam urusan rumah tangga, pastinya mencari tempat berteduh untuk dirinya. Kadang-kadang, ada perkara yang tidak dapat ditunaikan. Okey lagi, kaum perempuan boleh bertolak-ansur kot. Misalnya kalau terpaksa tumpang rumah emak ayah dulu, okey aje tetapi yang lelaki juga yang perempuan, kena pandai ambil hati emak ayah tu. Eloklah ringan tulang, bila free tolong lah mana patut. Jangan pula buat rumah emak ayah macam hotel. Masuk bilik tutup dan 'megholoh'! Tahu apa megholoh tu? Itu cakap orang Perak yang membawa maksud tidur beria-ia sampai bom meletup pun tak sedar-sedar!

Kalau dapat suami yang pemalas, dah tu tak bertimbang rasa, pulak tu kedekut dan berkira... haiya... baiklah hidup jadi janda, betul tak?

Saya memang anti 'cerai-berai' ni, tetapi saya juga anti kalau ada orang perempuan sanggup hidup dengan suami 'yang tak berguna'!

Memang ramai di luar sana, ada lelaki yang tak reti nak jadi suami!

Memang pelik kan, terutamanya kalau kita berjumpa dengan lelaki yang ada jawatan dan bergaji 'okey', tetapi kedekut nak mampus dengan anak isteri. Semuanya nak 'free' dan kalau boleh biar semua guna gaji isteri. Dia hanya nak menumpang sekaki. Duit yang dia ada pulak, dihabiskan berjoli-joli!

Saya bukan mereka cerita, tetapi inilah realiti dengan sesetengah lelaki di dunia hari ini. Partly, saya akan salahkan ibu bapnya, kerana tidak mendidik anak lelaki agar jadi anak yang bertanggungjawab. Bila mahu beristeri, mestilah tahu menjadi suami. Kalau tak tahu, boleh blah! Baik hidup ajelah dalam mimpi, lepas tu elok juga kalau mati. Sebab lelaki yang begini, tak usahlah berangan nak jadi normal macam orang lain, tak mungkin akan terjadi.

Okeylah, hari ini giliran saya kenakan sang lelaki. Bukannya apa, saya nak ingatkan adik-adik perempuan kita yang membaca blog ini, bila nak cari suami, berhati-hatilah. Pastikan dia tahu bertanggungjawab, tak kiralah kalau dia kerja sebagai kerani atau drebar bas. Jauh lebih baik daripada seorang lelaki yang bergaji tinggi tetapi tak tahu nak bertanggungjawab menjaga isteri. Berhati-hati.

Wallahua'lam.

Friday, February 17, 2012

Antara Janda Dan Anak Dara

                         Sekadar hiasan


Salam pagi Jumaat

Antara anak dara dengan janda... huhu, isu hangat, kan? Tapi saya tahu hari ini, ramai kaum Adam yang tak kisah pun untuk memilih mereka yang berstatus 'janda' untuk dijadikan isteri, sekalipun lelaki itu masih bujang dan tak pernah berkahwin. Ada yang berkata, "Baiklah kahwin dengan janda daripada anak dara yang tak dara," huhu... satu lagi isu sensitif. Tetapi begitulah pendapat orang. Ada yang begitu dan ada yang begini. Kata mereka, "Janda dah kita tahu melalui proses halal, tetapi anak dara yang tak dara... lain pulaklah ceritanya."

Okeylah... apa yang saya nak bangkitkan ialah kedudukan  mereka yang berstatus janda di mata masyarakat. Ada perempuan, mereka lebih bimbangkan 'janda' daripada 'anak dara', kerana bagi mereka, para suami lebih suka pada 'janda' daripada anak dara, wallahua'lam. Ada orang berpendapat, biasanya wanita berstatus 'janda' lebih elok karakternya daripada anak dara bila dijadikan isteri, kerana 'janda' biasanya tak mengada-ngada. Kalau 'anak dara' banyaklah songehnya.

Tetapi... apa bezanya anak dara dengan janda? Bukankah semuanya perempuan juga, yang mempunyai hati dan perasaan? Takkanlah kerana mereka berstatus 'janda' masyarakat perlu memandang serong atau rendah pada mereka? Yang peliknya, kaum Hawalah yang begitu, mungkin kerana 'janda' dikatakan menggugat kedudukan mereka, terutama bila 'janda' itu menarik perhatian suami mereka.

Kalau difikirkan, memang kelakarlah sebab kita suka membeza-bezakan manusia ini mengikut 'status' mereka. Seolah-olah bila mendapat gelaran 'janda', kaum Hawa itu mempunyai kekurangnya, sedangkan status 'anak dara' yang ada pada sesetengah wanita itu tak semestinya membawa erti 'kesempurnaan' sebagai wanita. Saya pernah kenal seorang wanita muda yang belum berkahwin (anak dara ke?) yang pernah duduk dengan suami orang bertahun-tahun lamanya. Akhirnya, dia 'give up' kerana sang lelaki tak sudi untuk mengawininya, lalu mencari pasangan lain untuk dijadikan suami. Dia mata masyarakat, tentulah wanita itu dianggap sebagai 'suci-murni' kerana memegang status 'anak dara', tetapi hakikatnya Allah swt sahaja yang tahu.

Yang peting, bukan status tetapi akhlak kita. Kalau kita pandai memuliakannya, maka kita jadi manusia berakhlak, kalau tidak... memang duduk dalam tong sampahlah jawabnya. Anak dara atau janda, sama saja.

Okeylah... mungkin kita perlu renungkan hal ini dan mungkin juga belajar untuk ubahkan persepsi kita tentang status sesiapa sahaja yang bergelar insan hamba Allah.

Wallahua'lam.

Thursday, February 16, 2012

Ilmu Mencari Nikmat


Salam

Huhu... tajuk entri kali ini bunyi macam berat, tapi sebenarnya taklah berat mana. Sekadar bercerita tentang kehidupan seharian kita, bagaimana mampu kita jadikan setiap pengalaman itu satu nikmat kehidupan. Biasanya kita akan mencari apa-apa yang kelihatan 'sah' sebagai nikmat, seperti makan, minum, tidur, berkahwin, mempunyai anak, ada pekerjaan, bergaji, berwang, mempunyai kereta, rumah dan sebagainya. Semua ini kita kata sebagai nikmat dunia. Bila dapat, kita akan bersyukur dan bangga.

Pun begitu, dalam hidup kita ini, tentu akan berlaku perkara-perkara negatif yang kita merasakan sangat membebankan seperti tak punyai wang untuk beli makan dan minum yang cukup, tak ada rumah untuk dijadikan tempat tinggal, putus cinta, hilang kerja, hilang orang yang kita sayang kerana kematian, penceraian yang mengecewakan dan macam-macam lagi yang mungkin membuat kita berdepan dengan rintihan dan kemurungan.

Tetapi... (hah ini ada tetapi ni), kalau kita bertanya pada diri, kenapa agaknya perkara ini terjadi pada kita? Takkanlah tak bersebab kot? Takkan saja-saja ia terjadi kot? Tentulah ada sebabnya, kan? Itulah cara kita mencari nikmat dalam sesuatu yang 'negatif' itu, kerana setiap apa yang terjadi kepada kita adalah satu pengalaman yang mengajar kita untuk berfikir, mungkin menjadikan kita lebih matang, lebih kuat dan lebih bijak untuk berdepan dengan kehidupan kita itu. Malah, itulah 'hidden' ilmu yang kita dapat. Tak ada sesiapa pun mampu untuk mengajar kita sekalipun kita masuk universiti berpuluh-puluh kali. Pengalaman 'baik atau buruk' itu adalah sesuatu yang membuat kita 'merasakannya' first hand, bukan sekadar mendengar. Apa sahaja yang kita lalui sendiri akan mengajar kita untuk hidup lebih baik di masa akan datang. Wallahua'lam dan insya-Allah.

Kerana itulah, jangan kita berburuk sangka pada diri sendiri dengan merendah-rendahkan diri kita bila sesuatu yang tak baik terjadi pada kita. Anggaplah itu sebagai satu ilmu yang insya-Allah akan mengajar kita untuk menjadi manusia yang jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini.

Wallahua'lam.

Wednesday, February 15, 2012

Judul Novel Baru

                          Contoh Cover Novel


Salam semua

Okeylah pagi ini, itulah yang jadi judul entri saya. Judul novel baru. Dah tak tahu nak fikir dah. Ini tak kena, itu pun tak kena. Kalau boleh, tak nak lah judul novel kita sama dengan judul novel orang lain. Betul tak? Saya pun dah letih jugak dengan novel yang ada perkataan cinta, kasih dan sayang... hehe. Tapi, kalau tak ada perkataan macam tu, orang ingat novel kita cerita 'hantu' pulak... huhu. Okeylah, ada juga novel-novel saya yang tak ada pun perkataan tiga serangkai tu. Misalnya 'Setulus Janji', lepas tu, 'Kau Laksana Bulan', 'Bunga-Bunga Kemboja', 'Hanya Kita Berdua', okey je, kan? Judul 'Semalam Kubermimpi' pun okey gak, kan? Cuma itu bukan novel.

Haiya... warna lagi maa...

Sekarang ini dah jadi trend, banyak novel yang mempunyai judul yang 'chicky'... dan juga 'funky'... sebenarnya, bila KarnaDya keluarkan novel-novel 'chick-lit', judul dan cover memang semuanya funky... sesuai untuk remaja dan orang muda. Misalnya, 'Ah...Kelirunya', 'Aku Vs Aku', juga 'Semanis Coklat', Tapi... untuk novel saya, tak bolehlah saya gunakan judul yang funky-funky sangat sebab pembaca saya bukan remaja sahaja tetapi banyak yang dah dewasa dan ada juga makcik2 yang dah matang, walaupun budak sekolah rendah pun baca juga. Jadi... tak bolehlah saya guna title yang 'chicky' sangat, macam tak kenalah pulak. Begitu juga desain cover.

Apa pun, saya suka kalau judul saya ada kena-mengena dengan cerita yang saya lakarkan. Saya tahu, banyak buku dan novel, judul yang diberi kadang-kadang tak ada kaitan langsung dengan apa yang ada dalam isinya.
Untuk novel terbaru ini, memang banyak yang saya ubah, walaupun ada saya kisahkan dalam blog 'Kuntum Merah Jambu', tetapi oleh sebab-sebab tertentu, saya terpaksa lakukan pindaan, termasuk juga nama-nama. Huh! Tapi... blog itu saya gunakan untuk luahkan rasa hati 'heroin' cerita saya ni. Tak semua saya letak kat situ pun, kalau dah letak semuanya, nanti tak ada siapa pulak yang nak baca novel saya, kan?

Okeylah... novel baru saya dalam proses terakhirnya. Bila kata terakhir tu, tak adalah minggu depan nak ada kat pasaran. Lambat lagi tu... jadi, janganlah pulak pergi cari ya.

Wassalam.

Tuesday, February 14, 2012

Bila Dah Laku

                    Roti Boy - sekadar hiasan


Salam semua

Inilah yang dikatakan dunia komersial, semuanya tentang DUIT. Bila jadi duit, semua berebut, termasuklah orang yang dikatakan alim ulama' (maaf ya, bukan semua), hatta yang warak, yang buat kerja di atas nama Tuhan. Bila soal duit yang jadi tajuknya, apa-apa sahaja boleh berlaku. Kalau ustaz patut ada rupa untuk melakukan ceramahnya, maka akan keluarlah ustaz-usataz yang berupa ini, siap ada stail sendiri. Cara pakai, cara bergaya, cara bertutur, semualah... mesti ikut trend terkini yang mampu melakukan. Kalau rasa kena cakap benda-benda lucah dalam ceramah, akan dimasukkan juga, konon-konon untuk dijadikan pemanis ceramahnya. Kalau tak, takut pulak payah nak berdakwah pada mat rempit atau kaki dadah! Huh... skrip yang kaw-kaw, beb!

Cerita pasal duit lagi. Sekarang ini apa saja yang hendak dibuat, semuanya tentang nak lakukan satu-satu benda tu, termasuklah manusia dan insan-insan di dunia. Kalau inilah trendnya, semua orang akan ikut trend yang serupa. Misalnya tentang pelakon. Bila dah laku aje, hah apa lagi, asyik muka tu lah yang masuk TV masuk panggung. Bukak TV ni, muka dia, bukak TV lagi satu pun muka yang sama, malah semua TV, muka tu ajelah!... itu bila tengah lakulah. Sebab tu mungkin saham pelakon kita ni cepat sangat jatuh merudum. Mana tidaknya, bila dah asyik muka yang sama aje, lama-lama orang pun jadi jelak dan tak mahu tengok lagi. Bila jadi macam tu, apa lagi... jatuhlah bergolek-golek. Kalau hebat berlakon tak apa lagi, tapi kalau suam-suam kuku je, hah... tak boleh nak kekal lama. Tapi kalau berlakon kaw-kaw pun, bila dah asyik tu aje, memanglah membosankan! Dialah jadi Bob, dia jugak jadi Sudin, dia jugak jadi Hamid... hah, tak ada brandinglah tu. Dia berlakon sedih, dia jugak berlakon lawak. Dia jadi semua tu. Yang pompuan pulak, dialah heroin, dia jugak yang jahat, dia jugak anak orang kaya, sat lagi dah jadi pelacur... huhu... jemu beb asyik tengok muka yang sama je. Dahlah kat TV selalu tengok, kat wayang pun ada. Kira pukul habislah ni!

Haiya... bukanlah nak mengata, cuma nak tegur aje... tak nak kita-kita ni rasa bosan. Kalau nampak muka sekali-sekala, itulah yang rasa macam nak tengok lagi. Rasa macam tak cukup, kan? kan?

Tu lah... bila tengah laku, janganlah asyik timbul aje, nanti cepat jadi tak laku. Ingat tak 'roti boy ' yang pernah jadi gempaq, lama-lama bila dah selalu sangat makan 'roti boy' jadi bosanlah pulak... maka hilang lah gempaq nya roti boy tu...

Wallahua'lam.

Monday, February 13, 2012

Kau Laksana Bulan Dan Dramanya

                        Firas Ali dalam drama KLB


Salam

Mungkin ada yang masih berjaga, kan? Mungkin juga ada yang tunggu untuk menonton drama Kau Laksana Bulan yang akan ditanyangkan pada malam ini... tak tahu episod yang ke berapa. Memang biasanya, pada malam ini, malam semalam dan esok juga, akan ada yang masuk ke blog ini mahu membaca sesuatu tentang 'Kau Laksana Bulan.' Okeylah, tak ada apa yang penting sangat yang nak saya ceritakan, tetapi saya nak sentuh tentang tajuk novel saya  yang saya namakan 'Kau Laksana Bulan'. Kata orang, tajuknya agak klasik tetapi ceritanya pula tidaklah klasik gayanya. Ia merupakan ala-ala cerita misteri sikit, apatah lagi heronya pula ialah seorang 'lawyer'. Heroin pulak ialah seorang penulis cerita misteri. Latar cerita pula ialah sekitar tempat tinggal saya sekarang ini. Huhu... Kota Seriemas. Semoga anda yang suka drama Kau Laksana Bulan ni... enjoy menontonnya.

Adios.

Bila Ada Yang Makan Hati

                   Sekadar hiasan


Salam

Mungkin saya pernah bicarakan dalam blog saya ini tentang wanita-wanita yang teramat bosan dengan suami mereka sendiri. Mungkin juga dua kali dah saya tulis tentang hal ini dan ini pula merupakan kali ketiga. Tetapi antara entri-entri saya, topik ini merupakan antara yang terpanas yang kerap dikunjungi oleh pembaca-pembaca blog saya dan juga mereka yang search di google dan yahoo!

Makan hati di dalam mungkin, inilah yang kerap terjadi bagi mereka yang sengsara akibat perbuatan suami-suami yang tidak pandai menjaga hati mereka. Bukan sekadar hati, tetapi mungkin juga tidak bijak menjadi nakhoda bahtera yang dilayari. Tidak pandai mengurus rumah tangga.

Ada seorang kenalan bercerita bahawa suaminya sangat ligat berdakwah sana sini. Malah, sangat dikenali orang ramai kerana sering muncul di kaca TV dan juga aktif dalam hal politik. Kalau bercerita pada orang ramai, masing-masing yang mendengar akan menjadi kagum. Ada yang ternganga-nganga mendengarnya dan tentu sekali percaya bulat-bulat kata-katanya. Mudah untuk mempengaruhi orang yang mendengar kalau tukang sampai memang pakar bercakap, tetapi dalam hal rumah tangga sendiri, kata kenalan saya itu, HAMPEH! Katanya cakap tak serupa bikin.

Kenalan saya itu teramat bosan dengan keadaan rumah tangganya. Suaminya mempunyai lebih dari seorang isteri. Dia kata dia tak kisah sebenarnya, tetapi apa yang dia tak sanggup ialah kerana ada ketika dia menjaja kisah rumah tangga sambil berseloroh pada orang awam yang mendengar celotehnya. Kenalan saya berkata lagi, dalam keghairahan suaminya bercerita dalam hal politik, dia pernah berkata pada orang ramai bahawa sekiranya dia lompat parti, dia akan jatuhkan talak pada isterinya!

Wow, hebatnya dia. Aduhai... kenapalah perlu buat macam tu? Mungkin kerana baginya, rumah tangga tidak sepenting kedudukannya di mata orang ramai. Begitulah keadaannya, kadang-kadang apa yang kita lihat di luar tidak serupa dengan apa yang terjadi sebenarnya. Hanya orang-orang yang terlibat sahaja yang tahu. Sebab itulah kita perlu berjaga-jaga bila kita mendengar orang yang mengaku 'warak' berceramah. Belum tahu lagi apa yang dicakap itu benar belaka. Kadang-kadang mereka berlindung di balik kata-kata 'bagus' mereka itu, seolah-olah merekalah pejuang agama Islam. Rupa-rupanya, rumah tangga pun tak terurus. Dalam Islam, kita perlu uruskan rumah tangga kita terlebih dahulu sebelum kita sibukkan orang luar. Bagaimana mungkin kita boleh jadi ketua masyarakat kalau sebagai imam di rumah pun kita dah gagal?

Saya bercerita sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda semua. Kalau kita melihat siapa-siapa sahaja bercakap di kaca TV atau di mana-mana, janganlah terlalu cepat sangat kita terpengaruh dengan kata-katanya. Orang yang bercakap itu juga adalah manusia biasa, tidak pernah jadi yang 'sempurna'. Jadi, jangan kita ambil segala-gala yang dikatakan mereka sebagai sesuatu yang hebat belaka. Kita harus berjaga-jaga, dan jangan terkena sebagaimana mungkin isteri-isteri mereka itu juga turut terkena!

Wallahua'lam.

Sunday, February 12, 2012

Nak Raikan Hari Kekasih?



Salam Istirehat untuk anda semua

Mungkin ada yang bekerja, kan? Tapi tak apa, semoga anda menjalankan tugas dengan aman. Pagi ini sekitar jam sebelas, saya akan ke Shah Alam, ada dua majlis perkahwinan. Sebelum ke sana, saya nak updatekan blog ini. Hari ini saya nak bersembang tentang sesuatu yang mungkin dekat dengan kebanyakan hati  insan di dunia ini. Bila kita berbicara tentang 'kekasih', ramai yang teruja, terutama mereka yang muda remaja.

Setiap tahun, 14 Februari dijadikan Hari Kekasih buat mereka yang beragama Kristian. Okey sajalah, kalau anda merupakan orang Kristian. Tetapi yang menghairankan kita semua, banyak orang Melayu yang beragama Islam, memang rancak benar meraikan Hari Kekasih ini. Seolah-olah, kalau tak rai, tidaklah mempunyai perasaan kasih sayang tu!

Kalau tak kata 'I love You' pada hari kekasih, maka tak sayanglah orang tu!

Huhu... saya tak pernah pun meraikannya, kerana ayah saya memang tak suka pun kalau anak-anaknya buat benda-benda macam tu. Dulu pun, saya tak tahu pun ada hari kekasih ni. Tetapi dah lama-lama dan tinggal di Lembah Klang, bila masuk aje Februari, sibuk benarlah orang Malaysia, tambah pula ada iklan di sana-sini, termasuk hotel-hotel yang memberi menu istimewa untuk pasangan kekasih yang meraikan 'Valentine's Day'. Kalau di radio pun, termasuklah DJ-DJ Melayu, bagai nak rak bercerita tentang Hari Kekasih ni.

Bertambah pelik bagi saya, ada juga buku yang berjudul 'Kaulah Valentine ku', lebih kurang macam tulah bunyinya, yang ditulis oleh penulis Melayu... huhu tak vogue kot kalau tak raikan Hari Valentine ni, takut ketinggalan zaman.

Saya tak mahu bincangkan apa-apa tentang Hari Valentine itu sendiri, sebab saya pun bukannya pakar, tetapi kalau tak raikan perasaan sayang dan kasih pada 'Hari Kekasih', tak boleh ke? Takutnya bukan apa, beria-ialah meraikan 'Hari Kekasih', tetapi pada hari-hari lain, kekasih pun berperangai macam hantu!

Lagi satu yang saya nak tarik perhatian anda semua, banyak orang beria-ia raikan hari kekasih semasa merupakan pasangan kekasih, tetapi bila dah kahwin, tak ada pun 'hari apa-apa', semuanya basi dan lunyai! Hampeh!

Kalau kita usahakan untuk menghidupkan rasa sayang kepada pasangan kita dengan cara-cara lain yang lebih meyakinkan, bukankah lebih baik? Terutama sekali bagi mereka yang sudah berumah tangga. Raikan setiap hari itu dengan perasaan yang penuh semangat 'tolong-menolong', 'jimat-cermat', berbincang, berunding, melakukan aktiviti hujung minggu bersama-sama, melawat kaum kerabat dan macam-macam lagi yang dapat menghidupkan perasaan kasih sayang.

Saya tahu, ada ramai remaja Muslim yang beria-ia meraikan "Hari Valentine" ni siap dengan menyewa bilik hotel atau rumah lagi. Bukankah perbuatan seperti itu tentunya akan merosakkan akhlak?

Beria-ialah bagi bunga ros dan coklat, tapi hanya sekejap itu sahaja. Di lain masa dan hari, perangai mengalahkan setan! Kalau tak betul gaya, ramai yang berkelakuan macam setan pada hari kekasih yang diraikan itu.

Maaflah kalau ada hati yang tergores dek kata-kata saya ini. Tetapi saya sekadar mengingatkan kita yang beragama Islam supaya lakukan sesuatu itu dengan semangat yang sepatutnya, bukan sekadar trend dan vogue sahaja!

Wallahua'lam.

Saturday, February 11, 2012

Saufiville, Janda Baik

                        Saufiville, Janda Baik

Salam pagi Sabtu

Pagi ini saya akan ke Melaka, ada urusan sedikit, jadi saya akan miss sebuah rancangan di TV3 yang akan menunjukkan 'Saufiville' yang terletak di Janda Baik pada jam 11.00. Malah, saya juga melihat 'Saufiville' telah pun dijadikan latar sebuah drama bersiri di rangkaian TV yang sama, yang diadaptasi dari sebuah novel juga. Huhu... saya sangat suka dengan Saufiville ni, sebuah resort yang terletak di atas sebuah kawasan yang mungkin tertinggi (yang ada bangunanlah) di Janda Baik, Pahang.

Okeylah, mungkin elok juga saya ceritakan pengalaman saya dengan tempat ini. Pada tahun 2009, selepas anak sulung saya dan juga anak kedua saya berkahwin, tiba-tiba sahaja anak ketiga saya (satu-satunya anak perempuan saya) juga menyatakan hasratnya untuk berkahwin. Katanya dia mahu berkahwin di bulan Disember. Saya pun kelam-kabutlah juga, sebab anak sulung dan kedua kahwin pada bulan Ogos di tahun itu. Jadi, kami telah buat keputusan untuk buat majlis yang tidak perlu memanggil terlalu ramai orang, kerana saya baru sahaja menjemput tetamu yang ramai untuk majlis perkahwinan anak sulung. Majlis pernikahan kami rancang untuk aturkan di rumah sahaja, tetapi majlis resepsi nya kami berfikir-fikir juga, sebab tempat-tempat yang disediakan di Lembah Klang semuanya sudah dibook oleh orang lain.

Anak kedua saya pun beri cadangan. "Kenapa tidak kita cari tempat yang unik dan luar biasa?" Tentunya saya bersetuju. Walaupun bulan Disember ialah musim hujan, kami main redah aje dan bercadang untuk cari tempat di Janda Baik. Saya memang selesa di tempat itu kerana saya mempunyai apartmen di Selesa Hillhomes. Jadi, kami pun meronda-ronda di kawasan Janda Baik. Banyak tempat yang kami pergi tengok, semuanya cantik-cantik dan ada sungai. Saya memang sukalah. Bila jam dah pukul 2.00 lebih (tengah hari), kami pun lapar (saya dan anak yang kedua). Kami pun cari tempat untuk makan. Nampaklah satu tanda iklan (saya juga dah baca kat Internet), jadi kami pun cubalah cari. Akhirnya kami jumpa dan saya dan anak saya, Irfan, kami jatuh cinta dengan tempat itu. Itulah Saufiville.

Kami pun tanya tuan punya, sama ada dia sanggup tak buat 'wedding' anak saya kat resort dia tu. Masa tu, tempat itu tidak bersedia lagi, sebab masih ada macam-macam yang belum disiapkan lagi, tapi kami dah tak sabar. Mereka sanggup, jadi kami pun adakan resepsi anak saya di tempat itu. Malah, Saufiville memberi saya ilham untuk create 'Kamillavile' di dalam novel saya 'Selamat Malam Kekasih'.

Okeylah... muda-mudahan anda semua dapat tengok tempat ni kat TV dan kalau ada masa, pergilah ke sana, anda tak akan menyesal, kecuali kalau anda bukan jenis 'adventurous'. Bagi saya, Saufiville sangat unik, romantik dan luar biasa. Makanan yang disediakan di tempat itu juga sedap-sedap!

Wassalam.

Friday, February 10, 2012

Lukisan Angan-Angan


Salam pagi Jumaat semua

Alhamdulillah, dah dekat hujung minggu... sekali lagi. Pastikan hari Jumaat anda merupakan hari yang baik kerana anda dah buat yang terbaik, insya-Allah. Judul entri saya berbunyi macam judul novel, kan? Hahaha... bukan judul novel terbaru saya tau... Saya tengok kat statistics search, memang ramai yang nak tahu tentang novel terbaru saya... huhu... belum ada judul lagi. Ada yang nak rekomen?

Okeylah, berbalik pada tajuk di atas ni... lukisan angan-angan, pernahkah anda lakukan ini? Lukiskan sesuatu yang anda impikan dalam hidup? Mungkin tak lukis betul-betul (sebab tak pandai melukis kot- macam saya ni) tapi anda lakarkan dalam minda. Lukisan anda itu sentiasa ada dalam kepala otak dan tunggu untuk dikeluarkan pada satu masa nanti.

Tak tahulah apa yang anda impikan dalam hidup ini. Mungkin ingin jadi seorang penulis. Mungkin juga ingin jadi seorang pendakwah (yang tidak dibayar). Mungkin inginkan sebuah rumah comel di atas tapak yang luas yang dipenuhi dengan pelbagai macam pokok dan tumbuhan. Mungkin inginkan sebuah keluarga yang bijak lagi warak, mungkin mahukan seorang isteri yang cantik lagi solehah, atau suami yang 'good looking' dan saleh. Mungkin nak kerjakan ibadah umrah dan haji dalam usia yang muda. Teringin nak menikah di Mekah. Mungkin nak hafal Al-Quran. Atau apa-apa sahaja. Tetapi biarlah apa yang kita impikan itu merupakan sesuatu yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita, insya-Allah.

Selagi masih bernafas, selagi itulah kita perlu mempunyai impian. Biarlah kita berangan-angan tetapi memang elok kalau kita usahakan agar apa yang kita inginkan itu akan menjadi realiti.

Di hari Jumaat seperti hari ini, mungkin anda mahu pasangkan angan-angan dan lukiskanlah impian anda itu.

Wassalam.

Thursday, February 09, 2012

Cinta Pekak Dan Bisu


Salam semua


Saya ni jarang-jarang tengok filem atau program TV. Saya tengok bila tak busy atau bila nak entertain si kenit-kenit yang suka menyibuk kat bilik saya ni... hehe. Kadang-kadang saya tengoklah juga filem yang ditayangkan (biasanya tak habis pun) dan memang kita lihat perbezaannya antara filem luar dan filem lokal ni. Biasanya orang luar kalau buat filem, mereka teliti tentang segala benda. Kalau tengok cerita Siam pun sama. Detailnya sangat bagus hinggakan kita terlupa bahawa itu adalah filem. Tapi kalau filem buatan lokal ni, kadang-kadang jadi kelakarlah pulak. Konon-konon latarnya Kuala Lumpur, tapi boleh nampak ombak laut pulak. Tak pelik ke? Mana KL ni ada laut? Tak rasa bodoh ke kalau tengok cerita macam tu?

Tak apalah... saya nak sambung bab entri semalam, iaitu tentang cinta. Kalau semalam saya kata 'cinta intu tak mungkin buta?', hari ini pula saya kata 'cinta mampu buat kita jadi pekak dan bisu.' Huhu... apa ni hah?

Beginilah keadaannya. Ada orang bernasib baik, lalu berkahwin dengan pasangan yang sangat ambil berat tentangnya. Sepatutnya memang begitulah. Bila kita kahwin, maknanya kita berkongsi hampir segala-galanya. Kita tolong-menolong, kita tidak berkira dan kita sayang-menyayangi. Kalau dulu tak sempat bercinta, bila dah kahwin boleh jatuh cinta. Haha... sekarang ni pun dah jadi trend, pasangan berkahwin kerana sudah diaturkan begitu, tak payah cari sendiri lagi. Yang orang cari ni biasanya lagi sesuai kot.

Berbalik pada hal tadi ni... memang cinta boleh jadi dahsyat. Kerana cinta, pasangan pekakkan telinganya dengan kata-kata orang luar. Dia tak mahu dengar sekalipun orang lain sudah beri amaran. Kata orang, pasangannya itu tak boleh pakai, kaki penipu, mata duitan dan macam-macam lagi. Tapi kerana tak percaya, apa sahaja yang masuk telinga kanan akan keluar di telinga kiri. Bila dah kahwin, dia terima sahaja sekalipun habis duitnya dikikis, mungkin ada penderaan fizikal atau emosi. Mulutnya dibisukan, tak mahu buka untuk sampaikan apa-apa yang berlaku pada dirinya itu. Tidak pada emak ayahnya, tidak pada teman-teman atau ahli keluarga.

Sayang punya pasal, cinta mampu membuatkan orang jadi pekak dan bisu. Terima aje. Walaupun tak sanggup, disanggupkan juga. Walaupun terseksa, diharungi bak berada di syurga. Namun semuanya jelas di wajahnya. Muka yang mendung dan kusam itu, tak mampu menceriakan kehidupan seharian. Mana mungkin, kalau fikiran asyik berserabut.

Kenapa kita seksa diri sendiri lalu memekakkan telinga dan membisukan mulut? Hanya kerana cinta yang 'bodoh'?

Wallahua'lam.

Wednesday, February 08, 2012

Cinta Tak Mungkin Buta?

Salam semua

Hari ini kebanyakan orang akan kesibukan. Iyalah, dah lama bercuti, kan?

Okeylah, ini nak bercerita lagi tentang penulisan. Lebih tepat ialah tentang karya. Sebagai penulis, karya-karya kita merupakan 'buah hati' kita juga. Semuanya kita sayang. Macam beranaklah, mana ada anak kita yang kita tak sayang, kan? Tapi bagi orang lain, tak semestinya suka apa sahaja yang kita tulis. Biasalah tu, kan, kerana masing-masinga ada cita rasa masing-masing. Ada tu, terus tak suka pun baca karya kita. Ada tu, tak mahu mencuba kerana dia sudah buat andaiannya sendiri. Tak apalah tu, sebab itu juga hak masing-masing. Lagipun, duit pembaca, kan? Karya mana yang dia nak beli, ikut suka hati dialah.

Tetapi sebagai penulis ni, kadang-kadang inilah yang boleh menaikkan semangat untuk menulis lagi. Bila kita mendapat 'feedback' daripada pembaca dan mengatakan karya kita tu 'bagus'. Syukran, mungkin itulah ucapan kita. Berasa bangga kerana penat lelah kita itu berbaloi. Tetapi bagi saya juga, bertambahlah nikmatnya kalau ada 'feedback' daripada pembaca saya yang sangat suka pada semua karya-karya saya. Baginya, semua karya saya menepati cita rasanya. Atau mungkin, dia sangat memahami cara saya dan teruja dengan apa-apa saja yang saya tulis! Aduhai... yang tu memang kelas maa!

Dari masa ke masa, memang itulah yang saya terima. Memang ada pembaca-pembaca saya yang sangat memahami hati saya. Walaupun saya menulis cerita 'jiwang', namun jiwang saya tertumpu juga pada jalan cerita keluarga. Kadang-kadang agak berat sikit kisah keluarganya. Maklumlah kita manusia, siapa yang tak berkeluarga? Jadi... keluarga ni mempunyai banyak kisah dan cerita. Ada-ada saja. Lagipun, saya ni tidaklah muda, jadi bertambah banyaklah kisah keluarga yang ingin saya kongsi sama. Bukan kisah keluarga saya, tetapi macam-macam keluarga yang ada di dunia ni.

Bagi saya, semua orang tu kalau bercinta, tujuannya satu. Mahu berkahwin. Itulah arahnya. Orang Malaysia ni, jarang-jarang kita dengar sekadar bercinta dan tidak mahu ke mana-mana. Bukan tak ada, memang ada, cuma tak banyaklah. Buat penat aje kalau bercinta tapi tak jadi kahwin atau tak mahu kahwin! Tetapi memang ada orang suka bercinta, tetapi takut nak kahwin. Katanya kalau kahwin, akan hilanglah rasa cinta. Huhu... mana ada, beb! Saya okey je, alhamdulillah, masih boleh bercinta terus-terusan.

Mana nak tahu cinta ke tidaknya?


Haha... orang bercinta sering berasa rindu, terutama bila terpaksa berpisah. Tak rindu tu, maknanya tak ada apa-apalah...

Ada juga yang jatuh cinta kerana matanya 'buta'. Mat salih kata 'love maybe blind, but marriage is the eye opener.' Haha... masa jatuh cinta kita tak nampak, tapi bila dah kahwin, barulah tercelik... hehe...

Tapi kan, mana ada aku kisah? Bagiku, cinta itu perlu dibelai, dibaja dengan kasih dan sayang, dihidupkan dengan humor (berpada-padalah), diindahkan lagi dengan suasana romantis yang sentiasa ada. Cinta tak mungkin buta buatku. Sekalipun kusam dan masam, kalau diceriakan selalu, akan jadi 'cantiklah' dia.

Okeylah... saja nak 'up' kan mood bercinta ni.

Wassalam.

Tuesday, February 07, 2012

Manuskrip Yang Menghantui



Salam pagi Selasa

Sejak drama Kau Laksana Bulan diulangtayangkan pada setiap malam Isnin, bila saya buka blog ini, itulah yang saya lihat, ramai yang search entry novel atau drama KLB di blog saya ini. Saya sendiri tak pernah tengok pun, sebab lewat sangat. Saya mengantuk, sebab setiap pagi, saya perlu bangun pagi. Apa pun, saya berterima kasih kepada mereka yang suka membaca dan menonton drama KLB itu. Ada juga yang bertanya, boleh tak kalau kita buat filem. Hehe... nanti dululah!

Mungkin masih ramai yang masih bercuti. Tetapi ada yang dah mula kerja, kan? Tak kisahlah kerja atau tidak, saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua. Kebetulan saya sedang berada di peringkat akhir menulis manuskrip saya ni. Aduhai... kadang-kadang payah saya nak lelapkan mata, kerana ada benda yang saya rasa tak puas hati. Malam-malam boleh terbangun dan fikirkan hal itu. Macam berhantulah pulak... hehe. Kadang-kadang pulak, saya memang bertukar jadi watak-watak yang saya tulis... huhu. Bila ada masalah atau konflik, saya yang rasa terbeban sangat!

Walaupun kadang-kadang merimaskan juga, tetapi saya tetap seronok menulis ni. Memanglah kadang-kadang terpengaruh juga dengan apa yang kita tulis tu... iyalah, nak buat macam mana lagi!

Tentang bahasanya, macam tulah jugak, kadang-kadang saya rasa macam tak sedap. Tukar lagi dan tukar lagi. Saya tak tahulah orang lain, tapi saya memang makan masa nak menulis skrip ni. Kejap-kejap saya semak semula. Kejap-kejap saya search lagi nak dapatkan info yang tepat. Aduhai... meletihkan sungguh. Paling terbeban bila kita ingin merasakan apa yang dirasai watak-watak itu bila berada di suatu keadaan yang agak berat. Macam mana dia fikir dan dia rasa. Kita mahu kita sendiri merasakannya dengan harapan pembaca akan turut merasa.

Apa pun, saya memang tak sabar nak siapkan sepenuhnya supaya saya boleh fikir benda lain pulak. Boleh juga fikirkan untuk makan angin... huhu.

Tapi... dalam seronok nak menulis ni, ada juga yang tak seronoknya. Ada orang dah cilok nama hero kita, ada juga yang cilok title (ubah sikit2 lah). Jadinya, saya pun kenalah tukar nama yang lain. Hehe... tak kisahlah! Asal jangan cilok jalan cerita dahlah. Letih sungguh!

Okeylah, pagi Selasa ni saya tak ada apa sangat yang hendak ditulis, sekadar mahu updatekan blog ini. Rasa macam tak kena kalau tak masuk blog pagi-pagi ni.



Wassalam

Monday, February 06, 2012

Islam Ada Pada Imanku



Salam pagi Isnin

Tentunya anda masih bercuti dan mungkin mengambil kesempatan untuk berehat-rehat atau berjalan-jalan. Saya memang tidak ke mana-mana, duduk di rumah dan buat kerja.

Semalam merupakan hari kita menyambut Mualidur Rasul, mengingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w., mengingati juga segala sejarah dan peristiwa yang ditinggalkan baginda untuk menyebarkan Islam pada ummat seluruh alam. Dalam hal ini, tiada yang mudah untuk baginda, sekalipun baginda merupakan seorang Rasul yang dipilih Allah s.w.t.

Tentunya Allah s.w.t. mengasingkan para Nabi dan Rasul daripada manusia biasa, melalui segala mukjizat yang diturunkan.

Kenapa tidak Tuhan jadikan Nabi junjungan kita s.a.w. seperti 'superhero' cerita-cerita Hollywood, bagaikan ada kekebalan dan tak boleh dikalahkan? Nabi Muhammad s.a.w. terpaksa melalui pelbagai tohmahan, kezaliman orang sekeliling, keganasan dan pelbagai kerumitan dalam usahanya untuk menyebar agama Islam dan mengajak mereka yang jahil untuk bertuhankan Allah s.w.t. Tentu ada hikmah dan hidayahnya. Kalaulah Nabi Muhammad itu dijadikan begitu (macam superhero), tentu ramai yang akan menyembahnya dan bukan pada Allah s.w.t., kerana di zaman itu, termasuk juga di zaman ini, kejahilan mampu membuat manusia itu keliru.

Sekarang ini, kalau kita dengar ada bomoh atau orang yang pandai ilmu (tak tahulah ilmu apa), kita akan pergi padanya untuk dapatkan khidmatnya, tak kira berapa pun menjadi upahnya.  Kita ada Allah s.w.t. yang merupakan Tuhan kita untuk dapatkan petunjuk-Nya, untuk mengadu di atas apa sahaja kesusahan kita, untuk doakan rezeki, untuk mintakan kebaikan di dunia dan akhirat, dan mohon untuk pulihkan dari segala kesakitan. Tentunya kita berusaha untuk dapatkan apa yang kita mahukan di dunia ini, tetapi bukan untuk mensyirikkan iman kita, kerana percaya ada kuasa lain yang juga hebat dan dapat membantu kita di dunia ini.

Namun begitu, ramai yang masih sanggup lakukan apa sahaja untuk menyekutukan Allah, semata-mata kerana tidak mempunyai kesabaran untuk dapatkan apa yang dimahukan. Manusia tidak tahan dengan ujian, tidak sanggup menunggu dan tak mahu melalui sebarang kesusahan dan kerana itu juga banyak manusia di luar sana mahu lakukan apa sahaja untuk ambil alih kerja Tuhan. Mereka yang membuat pelbagai tafsiran dan tunjukkan masa depan. Mereka kata mereka nampak dan mampu melihat macam-macam yang orang lain tak nampak. Mereka tahu siapa 'buat' siapa. Mereka akan gunakan khidmat 'ghaib' untuk tunjukkan kekuatan. Nauzubillah. Dan ramailah yang datang menjadi pelanggan.

Bayangkanlah kalau Allah s.w.t. tidak wafatkan Nabi junjungan kita. Maka kita semua kemungkinan besar akan mentuhankan Muhammad s.a.w. Bayangkanlah kalau Nabi junjungan kita tidak sakit. Ramai yang akan ke kuburnya dan jadikan ia berhala mungkin (wallahua'lam). Kalau Nabi Muhammad s.a.w. kebal, mungkin ummat di zamannya akan masuk agama Islam tanpa berfikir, kerana mereka taksub dengan kekebalannya, bukan kerana yakin dengan kewujudan Allah s.w.t.

Apa yang saya tulis ini sekadar  untuk mengingatkan kita bahawa Nabi junjungan kita mempunyai peranan yang hebat dan luar biasa dan akhlaknya yang mulia itulah yang mampu menyebarkan agama Tuhan, Allah s.w.t. Segala mukjizat anugerah Ilahi yang ada padanya mampu menolongnya untuk menyebarkan agama Islam, menjadi kukuh hingga ke hari ini. Pun begitu, janganlah kita lemahkan iman, lalu tanpa sedari, menyekutukan Tuhan. Sama-samalah kita renungkan agar keimanan menjadi kukuh hingga ke akhirat.

Wallahua'lam.

Sunday, February 05, 2012

SAKA - Apa Benda Tu Ya?

                   Macam ni ke rupa Saka?


Salam Maulidur Rasul

Semoga kita semua sentiasa bersalawat, mengingati nabi junjungan kita, Muhammad s.a.w. Semoga kita mencontohi akhlaknya yang mulia, insya-Allah.

Pun begitu, hari ini saya ingin bercerita tentang sesuatu yang menjadi amalan sesetengah keluarga Melayu. Sebagai orang Melayu, tentu anda pernah dengar kisah-kisah yang berkaitan dengan SAKA ni. Sebenarnya, saya kurang familiar, terutama ketika saya masih remaja. Sekarang ini dah banyak saya baca tentangnya. Ini adalah kerana arwah ayah saya memang bukan orang Melayu dan dia memang tak percaya pun pada benda-benda macam tu. Sebab tu lah dulu-dulu saya tak tahu dan tak ambil tahu. Kebetulan juga sekarang ini, banyak sangat kisah-kisah sebegini yang dijadikan cerita-cerita drama dan juga filem. Sebab tu lah sekarang ini saya nak ambil tahu. Sebetulnya, saya agak confuse juga, sebab macam-macam teori yang dipaparkan, bergantung kepada apa yang hendak kita percaya.

Apa pun, dikatakan bahawa Saka ini ada kaitan dengan 'pembelaan' makhluk halus yang diturunkan oleh nenek moyang dalam sesebuah keluarga itu. Ada yang mengatakan bahawa makhluk itu berasal dari 'jin', ada juga yang mengatakan daripada roh-roh nenek moyang itu sendiri. Wallahua'lam. Saka juga merupakan 'benda' yang ditinggalkan bila pemiliknya meninggal dunia, dan 'benda' ini akan mencari tuan (pewaris baru) yang merupakan ahli dalam keluarga berkenaan. Betul atau tidak, saya pun bukan pakarnya. Lebih kurang begitulah kot.

Ada juga cerita yang mengatakan pembelaan 'Saka' ini merupakan sesuatu yang sangat biasa dalam keluarga Melayu dulu-dulu, kerana banyak perkara yang dilakukan bergantung pada 'Saka' ini, termasuklah seni pertahanan diri, perubatan, dan juga kesihatan dan kecantikan. Wallahua'lam. Pembelaan 'Saka' juga dikaitkan juga dengan warna-warna tertentu, seperti merah, kuning dan hitam. Tak tahulah betul ke tidaknya.

Yang menariknya, malam kelmarin, saya menonton sebuah filem mat salih yang berjudul 'Insidious', sebuah filem 'horror' yang mengisahkan satu penceritaan yang seakan-akan 'pewarisan Saka' ini. Pada mulanya saya ingat cerita itu mengisahkan 'haunted house', atau rumah berhantu, rupa-rupanya ia mengisahkan 'makhluk halus' yang berada dalam keluarga berkenaan, dan ke mana saja mereka pergi, makhluk itu ikut sama. Dalam cerita ini, makhluk itu menumpang dalam diri anaknya yang masih kecil. Kerana tidak tahu untuk membuat apa, mereka pun memanggillah seseorang yang pandai 'berubat'. Macam bomohlah ni. Perempuan (bomoh) inilah yang mengatakan kepada mereka bahawa masalah mereka bukan hantu dalam rumah, tetapi makhluk halus yang ada dalam keluarga!

Wow! Saya kagum juga melihat cerita itu, kerana jalan ceritanya seakan-akan kisah 'Saka' dalam keluarga Melayu dan ini buat saya terfikir juga, sama ada perkara ini ada juga dalam bangsa-bangsa lain di dunia ini, bukan hanya merupakan amalan orang-orang berketurunan Melayu sahaja.

Apa pun, filem 'Insidious' (berasal dari perkataan inside) yang membawa maksud sesuatu yang tak dapat dikenali tetapi sangat berbahaya, sungguh menggerunkan. Saya taklah takut dengan hantu, tapi cerita ini membuat saya terkejut! Bapak punya terkejut! Huhu...

Okeylah, kalau rajin pergilah search tentang Saka ni dan juga tentang cerita 'Insidious' ni. Sekadar untuk pengetahuan sahaja.

Wassalam.

Saturday, February 04, 2012

Dia Kata, Akulah Satu-Satunya...


Salam

Pagi Sabtu yang dingin lagi romantis... huhu, bukan nak tulis manuskrip, tapi saja nak bercerita tentang kehidupan kita sehari-hari. Orang perempuan di Malaysia ni suka tengok drama, tak kiralah drama apa pun, termasuk drama Jepun, Taiwan dan Korea. Suka juga baca novel, tapi baca novel Melayulah. Ada jugak yang baca novel Inggeris jugak, tak kisahlah. Bahasa Korea semua tu tak adalah kot, sebab tak boleh nak baca pun. Tetapi... kadang-kadang tak payah tengok drama atau baca novel, sebab hidup kita seharian pun macam episod-episod dalam drama dan bab-bab dalam novel. Inilah yang diceritakan seorang teman.

"Dia kata, sayalah satu-satunya cinta hati dia. Saya pun percayalah. Saya jatuh cinta, saya termakan semua kata-katanya yang berbunga. Saya tahu dia dah ada isteri, tapi dia kata dia tak bahagia. Saya juga dah biasa dengar alasan macam tu daripada lelaki. Bila nak pikat perempuan lain, itulah ayatnya. Tak bahagia dengan isteri pertama. Jadi saya pun terbeli semua yang dia jual tu. Lepas tu, kerana sayang, saya pun keluarkanlah apa-apa saja yang dia minta. Maklumlah, bukankah sayalah satu-satunya yang dia sayang? Saya memang percaya. Percaya giler!"

Satu hari, dia menghilang. Mereka (teman saya dan lelaki itu) dah pun bernikah secara senyap-senyap. Teman saya sibuklah mencari. Tahu-tahu dia ke negara seberang. Katanya ada hal  (bisnes). Teman saya pun tunggulah. Masa tu, semua wang ringgit teman saya dah banyak hilang. Malah, dia sedang makan hati dan juga merindui lelaki yang mengaku bahawa dialah satu-satunya itu!

Akhirnya dia dapat tahu bahawa lelaki itu sudah pun pasang lagi satu (wanita Seberang) yang cantik-menarik. Siap dah dapat baby lagi. Teman saya ni dah jadi sakit hati. Mujurlah tak ada anak lagi. Tapi... ya Tuhan macam nak mati lah dia. Tak sanggup menanggung perasaan putus cinta dan kena tipu tu!

Aduhai, saya memang kesianlah... tapi nak buat macam mana lagi? Terpaksa tanggunglah... dan buat keputusan dengan cepat. Jangan biarkan diri terus-terusan jadi mangsa.

Wassalam.

Friday, February 03, 2012

Tak Romantik Tak Apa, Yang Baran Ni Macam Mana?


Salam pagi Jumaat

Banyak juga respons yang saya dapat tentang artikel yang saya tulis kat entri semalam.

Ada orang bercerita pada saya, katanya, "Alah, Kak Aina, kalau dapat laki yang romantik memanglah untung besar. Ni bukannya romantik, tapi baran nak mampus!" Marah sungguh dia. Katanya lagi, suaminya itu tak boleh nak kawal marah. Benda yang kecil pun boleh berubah jadi besar. Yang tak tahan tu, mulut dia. Kalau takat marah aje, tak apa lagi. Tapi kata-kata kesat yang keluar dari mulut dia, kalah segala pisau atau parang tajam. Pedihnya sampai ke tulang-temulang. "Kalau dia budak, memang saya tangkap dan cilikan mulut dia dengan cili api tu. Ini... macam mana saya nak buat? Badan dia jauh lagi besar dari saya ni..."

Ada juga yang berkata bahawa sekarang ini, banyak juga sang suami yang dari luar nampak macam romantik, tapi rupa-rupanya tidak. Kalau dapat pelempang bini, boleh tercabut semua gigi! Adoi. Takutnya. Ada juga bercerita tentang ahli keluarganya yang hidup menderita kerana mempunyai suami yang macam 'Raja Singa'. Tiap-tiap hari mesti menengking! Kalau ada yang tersilap, siaplah, kalau tak tangan, kakinya naik ke muka! Bertambahlah takut.

Sememangnya ramai kaum wanita yang hidup begitu, dalam ketakutan.

Oi, oi... ada juga yang marah. Katanya, "Alahai... macam lah awek-awek kat Malaysia ni romantik belaka. Tang baca buku cerita, okeylah. Tapi duduk kat rumah, mengalahkan nenek kebayan. Dahlah pakai baju kelawar siang dan malam, rambut pulak lepas mengerbang macam puntianak. Laki manalah nak rasa romantik. Dahlah tu, bau pulak busuk masam."

Hehe... okeylah, mungkin ada kebenaran dengan komen-komen mereka ni. Eloklah kalau kita cuba cerminkan diri kita. Tengok macam mana, bukan sekadar apa yang kita lihat pada fizikalnya, tetapi batinnya juga. Biar semuanya okey belaka. Bukanlah boleh pun kita jadi sempurna, tetapi biarlah semuanya bersederhana yang bagus-bagus. Mana yang kurang, kita betulkan, supaya hidup kita dalam rumah tangga aman damai dan bahagia. Sebenarnya kalau kita nak cari salah orang memang mudah, nak cari salah sendiri yang susah.

Selamat menyambut Maulidur Rasul, semoga kita semua mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad SAW.

Wassalam.

Thursday, February 02, 2012

Lelaki Kita Tak Romantik Maa

                   Main tutup-tutup mata


Salam

Huhu... bukan saya yang kata macam ni, tapi orang lain. Wanita Malaysia, rata-rata akui bahawasanya, lelaki-lelaki di Malaysia ini tidak pandai mengambil hati mereka. Lelaki-lelaki di Malaysia tidak romantik!

Uh, sedihnya...

Sebab tu lah kata mereka, perempuan di Malaysia suka cari lelaki asing, tak kiralah mana sahaja datangnya. Kalau yang ada kelas tu, carilah mat salih ke, atau Arab ke... yang turun sikit kelasnya, mereka cari pekerja asing, termasuk mereka yang datang dari seberang dan juga Bangladesh. Baru-baru ni, saya ada hal di pejabat agama Islam di Kajang (ada dokumen lama yang hilang) jadi masa di situ, saya tengoklah ramai wanita Melayu kita sedang berurusan untuk bernikah dengan lelaki asing, termasuk Pakistan dan Bagladesh. Bukan seorang dua, tetapi tak sempat saya kira betul-betul!

Sebab tu juga, wanita di Malaysia suka dengar lagu-lagu yang romantis, suka baca novel yang romantis, suka tengok wayang cerita romantis... sebab dalam real life mereka, yang ini sangatlah 'kureng'.

Ada tu komplen yang pakwe dia orang tu tak 'romantik', ada tu pulak kata suami-suami mereka tak romantik!

Okeylah, kita tak usah kisahkan 'pakwe' ni, sebabnya ini tak penting. Yang penting ialah 'encik hubby' masing-masing. Romantik ke tidak?

Ramai kata bahawa suami dia orang kalau berjalan, tak adalah nak pegang-pegang tangan. Kalau duduk berdua pulak... renggang-renggang. Tak macam lagu Encik Meor kita dengan Anna Rafali tu... hehe. Tak usah haraplah 'encik hubby' nak cium tak pasal-pasal. Bila nak buat 'tu' aje barulah dia nak cium kot.... hehe. Kata dia orang lagi, 'cik hubby' dia orang malu maa... tak suka orang tengok-tengok. Tak kisahlah Melayu ke, Cina ke atau India. Sama aje. Banyak malu maaa....

Haiyaaa! Inilah yang susah ni. Ada tu, baru lagi kahwin, tapi tak romantik langsung. Jalan berdepa-depa, macam orang asli nak masuk hutan. Kau di depan, aku nun di belakang sana. Dah tu, tak usah haraplah nak usik-mengusik kat dapur ke, kat ruang tamu ke. Malu.... Tak usah harap juga nak'touching-touching'. Tak adalah...

Hai ruginya kahwin dengan orang Malaysia ni....

Kalau pasal nak bagi bunga ke, coklat ke, hadiah apa-apa ke, kadang-kadang adalah jugak kot... tapi tak selalu maa... kena mintaklah pulak. Tak ada nak surprise-surprise! Huh! Tak romantiklah...

Kalau ikutkan kajian, 'touching-mentouching' antara suami -isteri ni, sangatlah bagus. Ia mengiratkan 'kasih-sayang'. Tak kisahlah couple tu tua ke muda. Jalan tu, biarlah pegang-pegang tangan. Kalau duduk dekat-dekat, peganglah pinggang ke, bahu ke, urut-urutlah kepala ke... hah... macam tu lah okey. Kalau nak pergi mana-mana tu, kiss-kiss lah sikit, tak usah kisahlah depan anak-anak ke tidak. Kalau tak buat depan anak-anak, esok-esok anak-anak pun tak buat jugak. Malu maaa.

Kalau nak tahu, saya sampai sekarang ni pun, tak kisah nak pegang tangan depan anak-anak ke tidak. Pegang aje! This is my life. Kalau tengok TV pun, saya suka letak kepala atas riba 'encik suami' saya, dan tak kisah kat depan siapa pun, sekalipun emak saya. Sebabnya kan, ayah saya orang Arab dan kami dah biasa macam tu. Kalau encik hubby saya malu pun, dah lama dah dia jadi tak segan... sudah biasa maa.

Kalau tengah mengemas ke, masak ke, bila lalu depan isteri ke belakang isteri ke, 'touch-touch' lah sikit. Apa salahnya. Barulah wujud rasa mesra...

Okeylah. Saya tak komplen lah maaa... 'encik suami'  saya no hal. Banyak romantik lah... Kalau anda rasa macam ada masalah, masa tidak terlambat untuk ubahkan semuanya. Sebab tu lah saya kata 'life is beautiful'. Insya-Allah.

Wallahua'lam.