Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, December 06, 2013

Hilangnya Seorang Hero

Assalam

Walaupun Nelson Mandela merupakan orang asing buat kita, namun beliau merupakan seorang hero di benua Afrika, mungkin juga dunia kerana berani memperjuangkan semangat anti-apartheid di Afrika Selatan. Mendiang Mandela yang meninggal dunia pada hari semalam di negaranya berusia 95 tahun, adalah seorang ikon untuk insan di dunia ini. Di atas semangat sabar, tegas dan tidak putus asalah, Afrika Selatan berjaya dibebaskan daripada sebuah sistem perkauman mengikut warna kulit yang kuat. Kita patut menghargai semangat mendiang Mandela.

Kebetulan juga, saya mempunyai cita-cita dan angan-angan untuk ke Afrika Selatan dalam bulan September tahun 2014 ini. InsyaaAllah, kalau diizinkan Allah memberi rezeki dan kesihatan serta umur, saya akan menjejaki kaki di negara mendiang Nelson Mandela.

Esok dan lusa, saya tak akan update blog ini. Saya akan ke Pulau Pinang untuk hadiri majlis perkahwinan seorang pembaca setia saya yang akan berlangsung pada hari Ahad. InsyaaAllah juga, saya akan bertemu dengan beberapa orang pembaca lain yang tinggal di sana. Harap-harap tidak banjir. Semoga kita berjumpa lagi, take care everyone.

Wassalam.

             Mendiang Nelson Mandela