Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, April 05, 2018

Sedih Sangat

Assalam

Saya berasa sangat sedih kerana degan tiba-tiba sahaja adik bongsu arwah Umi saya, yang saya panggil Ami Harun, meninggal dunia pada petang Selasa yang lepas. Tiba-tiba sahaja dia sesak nafas dan pulang ke Rahmatullah. Ya Allah... sungguh kami semua belum bersedia untuk melihat ami saya pergi. Namun Allah swt sangat sayang kepadanya. Arwah ami saya berusia 73 tahun, masih belum cukup tua, namun ajalnya sudah tiba. Kami meredhainya walaupun hati ini sangat sedih.

Dulu, masa saya budak-budak, ami saya sangat rajin melayan saya. Dia selalu membeli pakaian yang saya idamkan dan rajin membawa saya berjalan-jalan. Saya tak pernah melupakan kasih sayang yang pernah diberikan kepada saya.

Ami Harun saya tinggal di Johor Bahru kerana dia berkahwin dengan orang Johor, juga adalah kaum kerabat kami juga. Malah, isteri Ami Harun juga ada kena mengena dengan suami saya. Mungkin kerana itu, kami sangat rapat. Sekarang ini, saya sudah tidak punyai ayah saudara lagi di sebelah ibu saya. Semuanya sudah pergi. Kebetulan, ibu saya tidak punyai adik-beradik perempuan. Bermakna, kami sudah tidak punyai orang tua lagi.

Semoga Allah merahmati roh ami saya dan semoga Allah ampunkan segala dosanya dan menempatkannya di Syurga Firdausi. Aamiin.