Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, February 19, 2013

Sukat Dosa Orang

   Gambar Lama - bukan zaman saya pun

 Assalam.

Apakah kesenian itu merupakan kejahatan? Ada orang kata, kalau suka pada seni, akan hilang Rahmat Tuhan. Allahuakbar. Bagi saya, terpulanglah pada individu. Kalau tergila-gilakan seni hinggakan tak ingat Tuhan, mungkin betul lah agaknya. Tapi mengapa kita salahkan pada kesenian, sedangkan banyak kerja dakwah yang mampu dijalankan melalui kesenian.

Serupalah bila baca buku, kalau kita pilih buku yang akan mengajar kita jadi jahat, tentulah ia merosakkan. Tetapi kalau baca buku dan melalui buku itu kita banyak belajar untuk jadi lebih baik, masih salah ke? Macam mana nak jadi orang pandai kalau kita asyik takut membaca?

Sebagai orang Islam, kalau kita sengaja menyekatkan pelbagai perkara, sedangkan dalam al Quran tak ada pun suruh kita buat begitu, bukankah itu satu perbuatan yang bertentangan. Al-Quran mengajar kita untuk jadi manusia yang mampu mengguna akal, mampu mencari kawan, mampu menjaga keluarga, mampu menunaikan segala tanggungjawab dan ibadah, mampu menjadi Muslim yang berakhlak... bukan manusia yang sentiasa memandang negatif pada segala-galanya dan akhirnya tak mampu untuk bergerak kerana menjadi manusia yang paranoid!

Bukan subjek yang menjadi ukuran, tetapi hati budi kita sendiri, sikap kita dan amalan kita. Malah, sekalipun memberi ceramah agama pun, kalau tak betul gaya akan membuat dosa juga. Terpulanglah pada kita. Apa gunanya jadi orang baik tapi duk sukat dosa orang dan duk mengumpat pasal orang? Apa gunanya jadi orang baik yang merasakan bahawa dirinya akan masuk syurga dan orang lain masuk neraka? Janganlah kita mengata orang, tapi kita sendiri lagi teruk, kerana akhirnya, bukan kita yang aturkan siapa masuk syurga atau neraka. Apa yang kita lakukan ini, mungkin orang tak tahu, tapi Allah SWT tetap tahu. Wallahuaklam.

Wassalam.