Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, June 03, 2012

Kahwin Pucuk Muda

                      Sekadar hiasan


Salam

Mungkin apa yang saya nak bangkitkan ini merupakan sesuatu yang sensasi. Tapi perkara ini bukanlah sesuatu yang baru atau jadi 'trend' di zaman sekarang. Sejak dulu-dulu lagi perkara ini dah jadi sesuatu yang orang suka buat dan dipraktikkan. Tak kisah siapa yang muda atau siapa yang tua. Saya juga percaya perkara ini mampu berlaku dengan sempurna sekiranya niatnya ikhlas dan suci. Tapi kalau niat tak baik, mungkin ia juga jadi tak baik. Betul tak?

Biarlah saya bercerita sesuatu yang benar-benar berlaku.

Berpuluh-puluh tahun yang lampau, arwah ayah saya berkahwin dengan ibu saya dalam keadaan yang saya sedang ceritakan ini. Ibu saya sekitar 17 tahun sahaja. Anak dara kampung dan tak ada exposure apa-apa. Arwah ayah saya pula, ketika itu sudah pun 60 umurnya. Tapi... walaupun arwah ayah saya tua, dia masih kelihatan segak dan ayah saya orang merantau dan banyak exposure (dia datang dari Turki, Saudi dan Indonesia). Ketika itu, ayah saya memang tak ada masalah untuk berkahwin dengan siapa-siapa (hehe), malah dia sering menjadi rebutan ibu bapa untuk dijadikan menantu mereka.

Okeylah... alasan utama mengapa arwah ayah saya jadi pilihan ibu dan bapa ibu saya ialah kerana keturunan. Ibu saya dari golongan 'Syed-Sharifah' dan kerana itu, ibu bapanya mahu anak mereka (ibu saya adalah satu-satunya anak perempuan mereka) untuk berkahwin  dengan lelaki yang berketurunan sama. Ketika itu ayah saya sudah pun ada isteri (lebih dari satu) dan tidak menjadi hal untuk mereka menerima arwah ayah saya.

Mungkin kalau itu terjadi pada saya, saya akan pengsan atau terus mati! Hehe...

Namun alhamdulillah, sepanjang hidup ibu saya (ibu saya masih ada lagi), dia sangat menyayangi arwah ayah saya. Dia sentiasa taat dan merupakan isteri yang setia pada suaminya walaupun mereka berjarak umur. Walaupun selepas itu ayah saya masih berkahwin lagi, ibu saya tetap setia dan menghormatinya. Bila arwah ayah saya meninggal dunia, ibu saya jadi sunyi dan kerana itulah dia berhijrah ikut anak-anak tinggal di KL.

Begitulah kisahnya. Satu perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang berjarak umur.

Pun begitu, kadang-kadang kita mendengar cerita yang berbeza. Bila terjadi perkahwinan antara yang berumur dan yang muda (orang kata kahwin pucuk muda), masing-masing jadi hairan dan takut. Maklumlah, kadang-kadang perkahwinan seperti ini terjadi kerana harta atau wang ringgit. Bila itu niatnya, mungkin banyak cabaran yang akan datang dan singgah untuk mengganggu-gugat perkahwinan pucuk muda ni. Banyak juga isteri-isteri pucuk muda tak sanggup menahan cabaran dan gelora bila melihat lelaki lain yang jauh lagi muda daripada suami mereka.

Aduhai... apa-apa pun, tanyalah pada diri sendiri. Memang tak salah untuk berkahwin dengan lelaki matang usianya (kalau anda perempuan). Biasanya lelaki yang banyak umur ni mereka lebih pandai manjakan isteri. Lebih cekap melayan dan lebih menyayangi isteri. Lelaki sebaya atau muda, banyak pulak songehnya. Wallahua'lam.

Apa sekalipun yang saya katakan ini, setiap situasi adalah berbeza. Kita tak boleh samakan semuanya. Ada yang baik dan ada juga yang tidak baik. Mungkin terpulang pada diri individu itu. Kalau memang niat dan hati memang tak baik, maka buat apa pun akan jadi tak baik juga. Wallahua'lam.

Wassalam.