Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, January 29, 2018

Yuna and Adam

Assalam

Memang wedding Yuna dan suaminya Adam, sangat cantik dan indah, terutama yang dibuat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang. Memang taste saya lah ni! Kalau saya kaya, muda dan nak kahwin, mungkin itu juga akan merupakan wedding dream saya. Menikah di atas bukit, di kelilingi kabus dan hutan, juga kemudiannya dihiasi bintang-bintang. Menakjubkan! Ini barulah dikatakan' a romantic wedding'. Semoga Yuna dan suami berbahagia hingga ke Jannah. Saya memang minat dengan lagu-lagu Yuna. Memang ada kelas. Secara peribadi, bagi saya Yuna memang jenis yang ada kelas!

Tahniah.



Thursday, January 25, 2018

Madu Dari Yemen Terbaik!

Assalam.

Sekarang ini musim hujan lagi. Sebenarnya musim dah tak tentu lagi, kan? Boleh jadi panas dan boleh jadi hujan. Kerana itu juga, orang macam saya yang ada asthma ini, tak tentu rasa juga. Sekejap batuk dan sekejap lagi ada asthma. Apa-apa pun, saya tetap bersyukur pada Allah SWT kerana memberi nikmat untuk hidup di dunia ini.

Semalam, saya ada hal di UKM, selepas itu saya ke IOI shopping mall, sebab ada barang yang nak beli. Semasa di situ, saya nampak orang jual madu dari negara luar dan dalam hati saya berkata juga, nanti nak belilah madu yang bagus ni. Namun rezeki saya lebih baik daripada itu. Bila pulang ke rumah (madu tadi tu saya lupa nak beli), anak saya bawa satu bag dari ofisnya. Katanya, "Ini Jehad kirim. Emak dia bagi." Saya teramat teruja, kerana ibu Jehad mengirimkan kepada saya 'madu terbaik' dari Hadramawt, Yemen. Ibu Jehad tinggal di sana dan abang Jehad baru sahaja sampai dari Yemen. Syukur alhamdulillah. Biasanya saya akan beli dari budak-budak Yemen, tetapi kerana peperangan di sana, jadi payah nak kirim lagi. Namun Allah Maha Besar dan membenarkan saya untuk mendapatkan madu dari Yemen itu. Terima kasih kepada ibu Jehad yang tak pernah lupakan saya. Alhamdulillah.


                                              Inilah dia madu dari Yemen. Memang terbaik!

Monday, January 22, 2018

Bila Dah Sampai Masa.

Assalam

Awal pagi tadi, saya dikejutkan dengan berita kematian seorang jiran tetangga saya di kawasan kebun kami di Lenggeng. Dikatakan bahawa isteri Dato' Perkasa kampung kami telah kembali ke rahmatullah. Kebetulan, allahyarham sedang bercuti di Pulau Langkawi dan kemungkinan besar diserang asthma dan meninggal dunia tengah malam tadi. Umurnya masih muda.

Bila ajal kita dah tiba, tak kisahlah di mana sekalipun, padahal setiap hari mungkin kita ada di rumah, namun bila Allah mahu menjemput kita kembali kepadaNya, mungkin kita diambil pergi ketika berada di luar kawasan. Itulah yang dikatakan kita tak tahu bila ajal kita tiba dan di mana. Apa-apa pun, semoga rohnya dirahmati Allah swt. Aamiin.


Tuesday, January 16, 2018

Bila Cuaca Jadi sejuk

Assalam


Dah seminggu kot cuaca di Malaysia agak dingin. Pernah ketika kami di kawasan Lenggeng, cuaca hanya sekitar 21 darjah Celsius dan pada malamnya hingga ke 18 darjah Celsius. Sejuk tu. Kami di sana terpaksa pakai 'sweater' atau baju sejuk. Bukan selalu nak merasa macam tu, kan? Alhamdulillah dapatlah orang Malaysia rasa cuaca yang seperti musim Summer atau Spring ni. Tapi katanya, banyak hasil sayur rosak sebab selalu hujan. Maknanya harga sayur akan naik pula. Tak cukup dengan harga ikan yang melambung, dah sayur pun naik juga. Nasihat saya ialah pakatlah ramai-ramai tanam sayur sendiri.Sedikit itu dan sedikit ini, jadi tak payah beli. Kalau tak ada tanah pun boleh, buatlah secara vertical pulak, maknanya naik ke atas. Nanti saya tunjuk di bawah ni.

Memang adat dunia begitu, ada sahaja turun naik nya dan ada sahaja perubahannya. Kita sebagai manusia, sepatutnya belajar untuk bersyukur. bayangkan mereka yang sedang hidup dalam dunia yang berperang atau negara miskin yang serba tak ada. Bagaimana? Memang kita tak dapat bayangkan macam mana nak makan, macam mana nak tidur, kan? Dan jangan ingat kat Malaysia ni tak ada orang yang hidup serba tak ada. Ramai yang tak mampu buat apa-apa. Bila sejuk, nak berselimut pun tak ada selimutnya. Memang sedih. Mujurlah Allah tak turunkan suhu kesejukan hingga 4 atau 5 darjah Celcius. Memang ramai yang akan terjejas teruk, seperti di Bangladesh. Bila cuaca menurun hingga ke 7 darjah Celcius, ramai yang sakit dan mati akibat tak tahan dengan kesejukan yang melanda mereka.

Apa-apa pun, bersyukur dengan apa yang kita ada dan bersemangat tinggilah untuk teruskan perjuangan kita agar hidup kita lebih cemerlang dunia dan akhirat. Aamiin.



                                                  Contoh tanam sayur secara vertical.

Friday, January 05, 2018

Nak Cari Mood

Assalam.

Di pagi yang dingin, saya dah mula menulis. Memang saya akui, setelah lama kurang ambil kisah tentang menulis ni, bila nak mula semula, tidaklah mudah sangat walaupun buat seorang veteran seperti saya. Sekalipun idea masih ada, plot sudah ada... namun mood nak menulis tu agak slow sikit. Bukannya kerana apa, tetapi saya terpaksa bersulam dengan hal-hal lain terutama yang berkaitan dengan garden dan kebun saya. Ada ketika fokus saya hanya di sana, jadi bila nak menulis ni, mood nya ambil masa agak lama sebelum dapat masuk.

Namun saya akan teruskan menulis. Bagi saya, apa sahaja yang saya rancang, insyaa-Allah akan saya usahakan agar ia selesai juga nanti. Saya sentiasa percaya apa sahaja kebaikan yang kita ingin buat, Allah akan membantu kita, insyaa-Allah.

Semoga mood saya sentiasa ada dan mampu untuk terus menulis. Doa-doakan ya. Aamiin.


Wednesday, January 03, 2018

Aku Menulis Lagi

Assalam dan saya ucapkan selamat menyambut tahun baru buat insan-insan yang saya sayang.

Alhamdulillah, kita masih bernafas lagi dan sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT berikan kesihatan yang baik buat kita semua. Tak guna kalau kita kaya-raya, berduit setinggi gunung, kalau kita tak berdaya untuk bergerak lagi kerana ditimpa sakit. Nauzubillah minzalik.

Saya tak punyai azam baru untuk tahun baru. Bagi saya, selagi ada umur dan ada nafas, saya sentiasa berdoa agar Tuhan berikan saya kesempatan untuk lakukan apa sahaja yang saya impikan, asalkan segala impian saya itu mengarah kepada kebaikan. Allah SWT mahukan kita berlaku baik dan jauhkan kejahatan. Segala apa sahaja yang baik itu, kita cuba lakukanlah. Yang tak elok itu, kita jauhkanlah. Manusia yang tak kenal apa itu baik dan apa itu tidak, memanglah merupakan manusia malang. Semoga kita bukan merupakan antara mereka yang malang.

Sekarang ini, masa saya memang banyak di kebun dan di taman saya, semuanya di Lenggeng, Negri Sembilan. Dalam pada itu juga, sejak kebelakangan ini banyak juga masa saya yang saya khaskan untuk menulis! Itulah target saya... untuk hasilkan novel baru dalam masa yang terdekat. Alhamdulillah, tiba-tiba saya bersemangat tinggi untuk menulis lagi. Mungkin alam sekeliling mampu menberikan semangat itu buat saya. Tuhan makbulkan doa saya agar saya tak kekeringan idea untuk menulis. Kali ini, saya akan membawa anda ke tempat nun juah di kawasan Barat sana. Sebuah tempat yang sangat romantis. Pasti anda akan suka, insyaa-Allah.

Okeylah, biarlah saya terus menulis agar apa yang saya impikan itu berjaya dimakbulkan. Aamiin.