Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, September 12, 2014

Ke Bandung

Assalam

Seperti yang saya maklumkan, petang ini saya dan suami akan ke kota Bandung. Tujuannya ialah untuk melawat ayah saudara saya yang tidak sihat. Ayah saudara atau 'Ami Mus' merupakan adik bongsu arwah ayah saya dan hanya dia sahaja antara adik beradik ayah saya yang masih ada lagi di dunia fana ini. Kebetulan, walaupun Ami Mus merupakan rakyat Amerika, Ami Mus dilahirkan di Indonesia dan mungkin memilih untuk habiskan sisa hidupnya di Indonesia juga. Alhamdulillah saya sangat rapat dengan Ami Mus. Jarak tidak pernah memisahkan kasih sayang kami, in syaa-Allah.

Sebenarnya saya juga 'look forward' untuk ke Bandung, dapatlah bertemu dengan sepupu-sepapat kami, Lola dan Yasmin selain dari Ahmad dan isterinya Sofi. Alhamdulillah, kami semuanya rapat dan umur pun hampir2 sebaya. Bayangkanlah... dulu masa kanak-kanak dan remaja, memang susah nak jumpa, maklumlah kemudahan dulu tak seperti hari ini. Sekarang kami memang kerap berjumpa, kalau tidak di Indonesia, pasti di Malaysia. Syukur alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat ini buat kami sekeluarga besar.

Kebetulan juga, dalam group keluarga 'EMIR' melalui telegram, kami berchatting-chatting sambil melihat gambar-gambar lama. Penuh nostalgia! Dalam kesedihan, saya sempat juga tersenyum-senyum bila kami bertukar-tukar cerita lama. Tentunya kumpulan yang muda penuh dengan persoalan dan membuatkan kami merasakan bahawa keluarga ini perlu mendokumentasikan semua kisah dan cerita hidup kami, sebuah keluarga yang berwarna-warni, sungguh unik. Bayangkan arwah ayah kami datangnya dari Turki, Saudi lalu merantau ke Indonesia, bermula dari Surabaya dan kemudian ke Bandung, selepas itu datang ke Malaysia melalui Kota Bahru. Akhirnya ayah kami menetap di Kuala Kangsar dan kami keluarga besarnya berada di merata-rata tempat termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. Masih ada juga yang berada Saudi, Turki dan Amerika Syarikat.

Semestinya mereka mengharapkan agar saya mulakan initiatif untuk mendokumentasi info dan fakta serta segala cerita-cerita lama...( dah agak dah ) tapi sebenarnya dah lama saya fikirkan hal ini, mungkin ini merupakan sesuatu yang baik untuk keluarga besar kami, insyaa-Allah.

Semoga Allah berikan jalan dan rahmati hidup  dan akhirat kita semua. Aamiin.

Wassalam.


PS: Nak kongsi gambar ketika Laila dan Firas pergi ke Beijing baru-baru ini.

                                                  Firas melompat tinggi di kawasan Tembok China
                                                                Lompat lagi Firas!
                                                              Laila dan Firas di Beijing
                                                        Lompat di depan stadium Beijing