Assalam.
Saya ni bukanlah orang yang baik sangat, tapi kalau boleh, tak naklah jadi orang yang jahat dan busuk hati. Kalau boleh, nak kawan dengan semua orang, tapi malangnya, kadang-kadang seperti yang pernah saya katakan, tak semua orang boleh kita jadikan kawan. Ada ketika, kita kena berjaga-jaga bila berkawan, kerana kawan yang kita sangka kawan, sebenarnya adalah lawan!
Pun begitu hidup perlu diteruskan. Setiap kali kita mahu bersikap buruk, mungkin elok kalau kita fikirkan tentang dunia yang hanya ada buat sementara sahaja buat kita. Akhirnya nanti, kita akan bertemu Dia. Tentu kita mahu membawa bekal yang cukup, bukan kurang bekal atau tak ada bekal apa-apa. Sebab itulah kita kena sentiasa berjaga-jaga agar kita tidak membawa diri mengarah ke neraka jahanam.
Hari ini, terlalu ramai yang suka menimba ilmu melalui Internet, hinggakan hidupnya hanya berdepan dengan komputer sahaja (tak kiralah gajet yang macam mana). Masalahnya, banyak juga perkara di Internet itu sekadar ilmu kosong, yang tidak ada kebenarannya. Kalau kita terlalu bergantung pada Internet tanpa mahu merujuk di tempat lain, takut satu hari nanti tamadun kita akan musnah dan manusia akan berubah jadi jahil. Segala apa sahaja yang terbit di Internet, kita akui kebenarannya sedangkan kita tidak pasti kesahihannya. Menimba ilmu melalui buku (termasuk buku digital atau e-book) ada bezanya, kerana setiap buku itu ada penulisnya. Bukan sekadar sesuatu yang ditulis oleh siapa sahaja yang mungkin tak bernama.
Oleh kerana itu, kita sebagai manusia kena sentiasa berjaga-jaga. Walaupun kewujudan Internet membawa pelbagai kemudahan untuk kita, namun Internet juga mampu untuk punahkan tamadun kita kalau kita tidak berwaspada dan berjaga-jaga! Wallahuaklam.
PS: Sekadar nak tunjuk gambar anak dan cucu-cucu saya semasa majlis perkahwinan anak saudara saya baru-baru ini.

