

"Saya tak fahamlah perempuan ni! pening kepala saya!" itulah keluhan seorang lelaki yang saya kenali. Katanya, perempuan payah nak buat dia faham. Sifat mereka 'complicated'. Orang perempuan sensitif bukan-bukan, tak bertempat! suka fikir benda-benda yang memeningkan kepala. Suka bersyakwasangka. "Dah tu, kita tak tahu dia suka ke tidak,bukannya nak cakap. Kalau tanya tak nak jawab, dia ingat kita tahu kot." Keluhnya lagi.
Aduhai... susah, kan?
Susah ke jadi orang perempuan?
Ini kata seorang teman perempuan pula. "Saya peninglah dengan teman lelaki saya ni! tak sensitif langsung. Tak nak paham perasaan saya ni. Dahlah tak romantik, lepas tu tak pandai pulak jaga hati kita ni. Benda-benda penting suka lupa. Ada ke tarikh lahir saya dia lupa? memang tak patut."
Alamak... satu lagi.
Saya susah nak komen sebab saya tahu semua orang akan rasa begini. Susah nak puas hati dengan sifat pasangan kita. Kalau lelaki, mereka rasa begini, kalau perempuan pula, akan rasa lain pula. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan. Kita tak ada yang sempurna, tetapi kalau kita cuba tepiskan perkara-perkara remeh, dan fikirkan yang positif, mungkin kita tak rasa tertekan sangat. Kadang-kadang bukannya ada apa-apa pun, sekadar kecil sahaja isunya. Tapi kalau kita besarkan, yang kecil jadi rumit dan 'complicated'. Huh!
Agaknya bila dah sampai umur macam saya ni, mungkin taklah complicated sangat. Malam tadi, saya pergi ke pasaraya bersama cik abang saya. Saya ni memang suka makan buah anggur... walaupun anggur tak berapa elok buat saya yang ada asma ni. Jadi, lepas dah beli benda-benda yang patut, suami saya tanya saya, "Nak buah anggur tak?"
Saya buat relaks sahaja dan dia pun pergi mencari buah anggur di tempat buah-buahan. Saya pandang dari jauh sahaja. Ada tiga jenis, yang hijau, yang merah dan yang hitam. Biasanya yang paling saya suka ialah yang jenis hitam, walaupun semua pun saya makan. Tapi saya nak tengok yang mana cik abang saya akan pilih buat saya. Dalam hati saya berkata, "Nak tengok level sayang dia buat aku ni..."
Best! Dia pilih yang hitam, walaupun yang hitam paling mahal... hehe. Itulah level sayang dia buat saya...
Kartun betul lah!