Assalam
Dah pun hari Jumaat dan dah pun mula cuti sekolah panjang, kan? Bagi guru2 sekolah dan juga pelajar2 sekolah, selamat bercuti panjang, semoga masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Mungkin juga anda punyai rancangan untuk habiskan masa bersama-sama ahli keluarga di penghujung tahun ini. All the best!
Semalam, kebetulan saya membaca sebuah artikel di surat khabar tentang solat istikharah dan bagi saya artikel itu agak menarik. Sebelum ini, saya pernah bangkitkan hal ini di salah satu entri saya, tentang bagaimana kita perlu doa yang terbaik, termasuk ketika buat solat istikharah. Seperti yang kita sedia maklum, biasanya bila kita mahu lakukan solat istikharah kita sedang berdepan dengan kebuntuan, tidak pasti dengan keputusan yang kita mahu ambil berkaitan dengan sesuatu isu. Kita berdepan dengan Allah SWT untuk mencari jawapan yang kita mahukan untuk meleraikan kebuntuan kita tadi. Ada ketika, kita mahukan petunjuk daripada Allah SWT agar kita tidak melakukan kesilapan.
Namun dalam hal yang begini, kita juga sering terlupa untuk dapatkan pandangan orang lain dalam hal yang kita mahu leraikan itu. Biasanya isu yang menjadi kebuntuan kita adalah isu yang ada kaitan dengan kehidupan kita dan pastinya ada kaitan dengan insan-insan di sekeliling kita. Kerana itu juga, sangat penting kita juga dapatkan pandangan mereka tentang isu yang kita mahu leraikan itu. Dengan cara itu, kita dapat berbincang tentang baik buruk isu yang menjadi dilema kita. Apa yang penting, apa sahaja yang merunsingkan kita dapat kita uruskan dengan cara yang terbaik dan berpakat dengan mereka yang ada kaitan dengan isu yang membebankan itu.
Tapi... biasanya juga, ada orang suka berahsia tentang isu-isu seperti ini dan mereka sangka adalah lebih bijak kalau mereka mengambil keputusan sendiri. Mereka lakukan solat istikharah tanpa mahu berbincang dengan sesiapa pun, terutama mereka yang ada kaitan dalam hal itu. Di situlah, kadang-kadang ia akan menjadi masalah buat kita. Kita tersilap langkah dengan mahu mengambil cara yang mudah!
Cuba kita fikirkan. Ada kebenaran pada isu yang dibangkitkan ini? Kita sentiasa boleh berbincang sebelum ambil keputusan. Janganlah buat keputusan tanpa melibatkan mereka yang ada kaitan dalam hal itu kerana sebenarnya kita sedang lakukan satu kesilapan besar! Wallahuaklam.
Wassalam.
