Sekadar Hiasan
Salam
Kata orang, bila pasangan berkahwin, banyak yang mula berubah dan hampir jadi macam serupa... dalam hal rupa lah. Banyak 'couple' yang mendirikan rumah tangga kelihatan macam nak sama. Betul ke tidak, wallahua'lam. Tapi memang saya selalu tengok yang macam ni. Saya dan suami, memang tak pernah serupa. Kulit warna lain-lain, wajah pun begitu. Dia lain dan saya lain. Bentuk muka pun tak sama, dia lebih besar dari bentuk muka saya yang kecil. Namun, alhamdulillah... kami okeylah. Mungkin serasi kot walaupun masing-masing mempunyai kesukaan dan aktiviti yang tak sama.
Kenapa saya bawa tajuk ini ya? Nak tahu? Hah, saya pernah tulis kisah 'Bosan dengan suami sendiri' dalam salah satu entri saya dan nampaknya memang ramai benar yang mencari entri itu! Mesti ada sebab, kan? Hai entahlah, ramai sangat ke para isteri yang bosan dengan suami mereka? Kalau betul, kenapa ek?
Rasanya, kalau tanya orang dulu-dulu, mereka tak komplen pasal suami mereka sekalipun suami mereka lebih banyak kerenah atau cengkadak daripada suami-suami hari ini. Mungkin isteri dulu-dulu lebih mantap dan kuat fizikal dan emosinya... hehehe, tak tahulah ya. Hari ini, perempuan tak macam perempuan dulu-dulu. Kalau suami buat hal aje, ramai yang berani angkat kaki dan kata 'bye-bye'. Dulu, orang lelaki bolehlah eksyen-eksyen, tapi sekarang susah sikit. Ada tu, lelaki takut bukan main kalau ditinggalkan isteri. Manakan tidaknya, perbelanjaan rumah lebih banyak yang ditanggung isteri. Maklumlah, isteri pandai cari duit daripada suami. Huh! Gerun, kan? Tapi inilah realitinya.
Saya dimaklumkan baru-baru ini bahawa banyak universiti tempatan mempunyai terlalu banyak pelajar perempuan kalau dibandingkan dengan lelaki. Adoi... itu bermakna, pelajar perempuan memang susahlah nak dapat pasangan yang setaraf dengan mereka. Tapi kan... bukan penting sangat setaraf ke tidak, yang penting ialah komitmen dan tanggungjawab. Kalau gaji besar tetapi tak bertanggungjawab pun apa gunanya?
Dalam hal ini, saya ingin nasihatkan para kaum Hawa, bila kita dah pilih seorang lelaki itu untuk dijadikan suami kita, cubalah bawa bersabar dengan kerenahnya. Jangan cepat sangat 'give up'. Dah banyak kali saya tengok bagaimana kaum Adam boleh berubah. Mula-mula tu, nampak macam tak boleh pakai, tapi lama-lama dia jadi okey. Malah, ada yang jadi sangat bagus. Insya-Allah. Tapi kalau kita hendak semua yang 'sempurna', lagi baik kita jangan kahwin. Memang tak mungkin kita akan bertemu dengan 'Mr. Perfect'. Tak ada kat dunia ni.
Kalau suami kita mempunyai kelemahan, cuba kita 'tackle' kelemahannya dengan kelembutan. Lelaki biasanya lemah dengan kata-kata yang lembut. Tapi kalau kita terlalu 'melawan' dan 'menekan', maka lelaki mungkin akan jadi ganas!
Bila kita berkahwin, cubalah bawa kebijaksanaan dalam rumah tangga. Rundinglah, bincanglah dan bawalah bersabar. Biar akhirnya nanti, kita menemui kemenangan dan ketenangan. Jangan cepat sangat kata "Aku bosan dengan dia", sebab kita pun tak tahu, mungkin dia juga bosan dengan kita.
Semoga kita renung-renungkanlah.
Wallahua'lam.