Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, July 27, 2010

Program di RTM



Drama Kau Laksana Bulan dah masuk episod kelapan malam tadi. Hanya tinggal lima sahaja lagi. Okeylah, setakat ini saya seronok jugak menonton episod kelapan tu. Kelakar, terutama sekali semasa Mak Tim berkelahi dengan jirannya. Siap bertarik-tarik rambut lagi. Ini semua gara-gara termunculnya gambar di laman friendster yang menunjukkan anak perempuan Mak Tim (Yang masih bersekolah dan bertudung), berposing dengan pakwenya yang bekerja kilang. Siap anak dara Mak Tim, Si Aida tak pakai tudung dan berpakaian terdedah, sementara pakwenya pula siap tak berbaju. Aduhai...

Sebenarnya... scenario itu saya ambil dari satu scenario yang benar-benar terjadi (tak payahlah saya sebut di mana). Scene itu sekadar untuk mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa 'monitor' anak-anak mereka. Jangan ingat di luar bertudung litup itu bermakna anak mereka mempunyai kelakuan yang sopan. Belum tentu lagi! Juga... jangan lupa 'monitor' anak-anak yang rajin berada di laman-laman web sosial seperti Friendster, FaceBook, Twitter dan yang seangkatan dengannya. Macam-macam yang dah terjadi dan macam-macam boleh jadi. Itulah realiti hidup di dunia moden hari ini.

Malam tadi, Si Firas nampak macam okeylah... cuma last scene tu aje. Rasanya ayat yang digunapakai macam tak berapa sesuai. Kalau tidak... drama KLB malam tadi agak menarik juga bagi saya. First time watak Eizlan appear. Si Gambit tu... okeylah jugak.

Kebetulan, ada beberapa orang pembaca memberitahu saya bahawa selain dari remaja, ramai juga senior-senior yang suka menonton KLB. Apa pun, saya rasa Ayu Raudhah pakai tudung dalam KLB memang kena dan cantik. Mujurlah dalam KLB tudung yang dikenakan itu semua yang menarik... tak adalah pulak serebeh. Kadang-kadang ada juga pelakon yang pakai tudung macam tak nak pakai tudung aje!

Hari ini, saya ada tetamu dari RTM. Mereka bercadang untuk merakam aktiviti saya sebagai penulis yang buat kerja dari rumah untuk program RTM1, APA KATA WANITA yang bersiaran setiap hari Sabtu, jam 12 tengah hari bersama Zamzarina. Insya-Allah segmen itu akan disiarkan hari Sabtu ini, 31 Julai.

Righto! saya ada kerja yang nak disiapkan pagi ini. Salam buat semua. Ada gambar Ayu Raudhah dan Gambit saya letak kat blog ni.