Ini merupakan tajuk novel terbaru saya dan kebetulan seorang pembaca blog berkata kepada saya, "Kak Aina... bunyi macam kisah anak Kak Aina aje. Kotlah terasa macam melepaskan anak perempuan Kak Aina berkahwin... Terbanglah Sayang."
A'ah, ya... bunyi macam cerita anak sayalah pulak. Maklumlah, baru melepaskan dia pergi, terbang dengan hidup barunya. Mungkin betul, kan? Kebetulan, anak perempuan saya ini membaca manuskrip novel terbaru dan dia sendiri berkata kepada saya, "Umi... watak girl ni, ada sikit-sikit macam I, kan?"
Ya ke? saya pun tak pasti. Apabila difikirkan, memang pelik juga. Semasa saya mula menulis manuskrip, langsung tak tahu pun yang anak perempuan saya rancang nak kahwin bulan Disember yang lepas. Dia beritahu saya tentang perancangan untuk berkahwin semasa bulan Ramadhan, sebaik sahaja kedua-dua abangnya berkahwin. Dulu, pernah juga saya terfikir, mungkinkah ketiga-tiga anak saya ini akan berkahwin serentak? Huhu... tak serentak, tapi hampir serentak. Pada tahun yang sama, berjarak sekitar empat bulan sahaja.
Apa-apapun, berbalik kepada novel saya 'Terbanglah Sayang'. Kenapa saya pilih tajuk itu? Huh! memang ada kena mengena dengan 'Terbang'. Terbang yang macam mana, saya tak boleh beritahu. Tunggu dan bacalah.
Tetapi, kebetulan juga, jawatan menantu baru saya ni pun ada kena mengena dengan 'Terbang'. Ah, kelakar sungguh. Tapi, semua ini adalah kebetulan belaka. Tak rancang langsung. Cuma bila ada yang tegur, saya pun mulalah terfikir.
Dalam novel saya ini, ada watak yang seakan-akan 'burung rajawali'... ego yang tinggi dan mungkin juga lupa diri... tapi kita manusia ni kan, tinggi macam mana pun, akhirnya akan turun ke bumi. Mungkinkah novel saya ini ada kaitan dengan terbangnya si burung rajawali?
PS; Gambar Laila dan Ezmal di Saufiville, Janda Baik. Saya suka tengok kabus yang melindungi gunung. Romantik, kan?