Assalam
Kata orang putih, "Life goes on," sekalipun ada sekatan yang datang kepada perjalanan hidup kita namun kita wajib cekalkan hati dan teruskan kehidupan itu. In syaa Allah, itulah yang akan saya lakukan. Akan teruskan kehidupan ini walaupun rindu dan kasih saya tak mampu saya tepiskan dari perasaan ini. Mungkin kerana ibu saya tinggal dengan saya dalam tempoh yang lama dan pada akhir perjalanan hidupnya, dia bertambah uzur dan mula jadi seperti seorang anak kepada saya. Malah itulah kata-katanya, "Emak dah jadi anak, anak pula dah jadi emak." Mungkin juga kerana saya menyangkakan yang ibu saya akan pulih seperti sedia kala kerana sebelum ini, dia tak pernah sakit serius dan dalam tempoh yang lama. Apa-apa pun, saya tetap redha kerana saya juga tahu tempatnya di sana adalah yang terbaik buatnya. Tidak ada sesiapa pun yang lebih mengasihinya lebih daripada Allah ta'ala. Subhanallah.
Kata orang juga, ubat rindu kita dengan berdoa dan mungkin juga rasa itu akan kekal buat selama-lamanya dan in syaa Allah akan saya terus berdoa untuk ibu saya.
Dalam hal ini, saya juga terpaksa membelai hati adik saya yang tinggal bersama saya, juga anak perempuan saya dan semestinya cucu saya Firas yang sentiasa tertanya-tanya. Kadang-kadang dia tersasul dan terus berkata, "Matok dah meninggal, kan? Meninggal tu macam tidur... tapi tak akan balik lagi, kan?"
Firas sangat bijak dan pandai berkata-kata. Dialah yang paling banyak bergurau senda dengan arwah ibu saya dan secara jujur, Firas adalah penghibur hati arwah ibu saya.
Selepas ini, mungkin saya tak akan bercerita lagi tentang arwah ibu saya (not immediate), tetapi sekadar berkongsi rasa, saya mendapat kepuasan kerana di akhir hayatnya, saya telah cuba berikan yang terbaik seperti mahunya (walaupun saya tidak menganggarkan yang dia akan pergi). Saya carikan apa-apa makanan yang diinginkan dan alhamdulillah walaupun sekadar sesuap dua sahaja, dia memang merasa. Saya berada di sisinya untuk ingatkan dia mengucap syahadah dan membaca ayat-ayat suci al-Quran walaupun ketika itu, oksigen sudah berkurangan di badannya. Alhamdulillah, sayalah yang mendakapnya ketika mandikan jenazahnya. Saya mengiringinya di dalam ambulans ketika ke hospital dan sekali lagi mengiringinya ketika pulang sebagai jenazah dalam kenderaan jenazah. Saya juga mengaji untuk rohnya di depan jenazah sepanjang jenazah berada di rumah.
Semoga roh ibu saya tenang di alam barzakh dan semoga Allah ampunkan dosa-dosanya.
Al Fatihah.
Wassalam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Friday, August 29, 2014
Thursday, August 28, 2014
Terima Kasih
Assalam
Perkataan ini kadang-kadang susah untuk keluar daripada mulut orang. Payah nak ucapkan rasa syukurnya walaupun sudah mendapatkan sesuatu.
Alhamdulillah, ibuku merupakan seorang insan yang sangat suka mengucapkan terima kasihnya. Memang tak henti-henti arwah ibuku meluahkan rasa syukurnya di atas apa sahaja yang diberikan kepadanya, walaupun sebenarnya kecil atau hampir tak ada apa-apa. "Terima kasih, ya... sebab tolong umi tadi.", "Terima kasih ya sebab bawak umi pergi ke klinik.", "Terima kasih ya sebab bawak umi jalan-jalan..."
Kadang-kadang aku hanya senyum dan berkata, "Laaa umi... tak payahlah nak ucapkan terima kasih tu. Kan kami ni anak-anak umi..."
Namun baginya memang wajib dia meluahkan rasa syukurnya itu.
Bagiku, itu adalah antara pengajaran yang besar. Walaupun aku dan suami adalah anak dan menantunya, namun dia tak putus-putus berkata ,"Terima kasih," walaupun sekadar membeli surat khabar buatnya. Setiap pagi, suamiku akan keluar untuk dapatkan surat khabar buat ibuku. Ibuku memang gemar baca surat khabar dan menjadi rutin harian suamiku untuk pastikan ada surat khabar untuk ibuku. Bagiku juga, suamiku adalah seorang menantu yang sangat baik hati buat ibuku.
"Umi is my mother... dia duduk dengan kita more than 30 years, of course I love her," itulah kata suamiku. Yang pasti, selain daripada anak-anak dan cucu-cucuku, ibuku sangat menyayangi suamiku.
Kata ibuku, "Syed Mansur ni adalah menantu yang sangat baik." Insyaa-Allah.
Sampai bila-bila pun, aku tak akan lupa pada ucapan 'terima kasih' ibuku itu dan kata-katanya akan menjadi ilmu buatku dan amalan kami juga. Syukur, ya Allah di atas segala anugerah dan pemberian-Mu.
Terima kasih, ibuku... umi telah berikan segala kasih sayang buat kami sekeluarga. Alhamdulillah.
Semoga arwah ibuku tenang di alam barzakh dan semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan tempatkan ibuku di Jannah-Nya.
Wassalam
Gambar masa hari raya yang lepas. Keluargaku bersama arwah ibuku.

Wednesday, August 27, 2014
Wahai Ibuku...
Assalam
Allah jadikan wanita sebagai insan yang unik. Dikuatkan bahu wanita untuk menjaga anak-anaknya, dilembutkan hati mereka untuk memberi rasa aman, dikuatkan rahimnya untuk menyimpan benih anak-anak. Sebenarnya Allah jadikan wanita sebagai makhluk yang kuat. Di saat dia menangis, air mata pula dijadikan Tuhan untuk membasuh luka batin lalu diberikan pula kekuatan baru.
Begitulah arwah ibuku. Dijadikan Allah sebagai wanita istimewa, dalam usia yang masih muda (awal 40-an), ibuku menjadi ibu tunggal dan tak pernah berkahwin lagi setelah tiada arwah ayah di sisinya. Dengan kekuatan yang Allah berikan itulah dia terus menapak ke depan, tidak menoleh ke belakang lagi. Dengan anak-anaklah ibuku berkongsi kasih dan akhirnya dia memilih untuk tinggal sebumbung dengan aku dan keluargaku lebih dari 30 tahun. Alhamdulillah, aku percaya ibuku senang dan bahagia. Dari anaknya, kepada cucu-cucu dan akhirnya cicit-cicit juga, itulah penghibur hatinya.
Alahmdulillah, dengan sebahagian besar titik peluhku, ibuku tunaikan fardhu haji, sempat juga kerjakan umrah lagi, dapat juga pergi ke luar negara termasuk ke United Kingdom ketika kami di sana. Malah, macam-macam yang ibuku merasa ketika hidup bersama kami sekeluarga.
Banyak pengorbanannya, termasuk menjadi 'chef' terhormat di rumah kami. Puas sudah kami merasa air tangannya hinggakan aku pasti tak mampu untuk bertanding sampai bila-bila.
Ibuku... sentiasa pentingkan orang lain. Tak pernah mahu melihat anak-anak susah. Malah, suatu ketika dahulu, dia pernah berkata, kalau boleh tak mahu menyusahkan anak-anak di hari tua. Alhamdulillah, Allah Maha mendengar dan telah makbulkan doanya.
Anak ini, wahai ibuku.... tak pernah ralat membelamu, tak pernah jemu melayan kerenahmu, kerana bagiku, itulah nikmat Allah buatku. Setiap permintaanmu, aku cuba tunaikan agar hatimu jadi senang dan tenang.
Alhamdulillah, walau hanya buat seketika sahaja, sempat aku menyuapkan makanan di mulutmu (14 hari sahaja), dapat aku tolong mandikanmu setiap hari, salinkan... makankan ubat, check kesihatanmu... namun semuanya hanya buat seketika sahaja. Walaupun aku sudah bersedia untuk jagamu dalam tempoh yang lama, namun Allah mendengar bisikan hatimu ya ibuku, kau mahu diambil pergi dengan segera.
Ibuku tak mahu hidup menyusahkan orang lain sekalipun anaknya.
Wahai ibuku... aku tahu kau sedang tenang di alam barzakh. Bekalan solat malammu, bekalan pembacaan al Quran yang kau lakukan tanpa henti-henti, merekalah yang sedang tolong mencerahkan pusaramu. Insyaa-Allah, Allah mudahkan penantianmu di alam barzakh. Satu hari nanti, pasti kita akan bertemu lagi.
Aku tetap akan rindukan ibuku kerana tanpamu di dunia ini, walaupun aku tetap redha, tak mampu untuk aku memadamkan bayangan wajahmu di mataku.
Semoga Allah permudahkan semuanya untukmu ibuku, semoga Allah juga permudahkan kehidupan kami ahli keluargamu, jadikan kami mereka yang tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman lagi soleh dan solehah. Ameen ya Robilalamin.
Wassalam.
Arwah ibuku dengan Firas ketika bayi.

Tuesday, August 26, 2014
Umiku Pulang Ke Rahmatullah
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Dari Dia kita datang dan kepada Dia jua kita kembali.
Assalam.
Bonda kesayangan saya telah kembali ke Rahmatullah pada malam Sabtu (23 Ogos bersamaan 27 Syawal) sekitar jam 10.53 malam dan pada pagi hari Ahad, allahyarham dikebumikan di kawasan tempat tinggal kami. Dalam hati yang sedih ini, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih di atas segala sokongan moral yang diberikan oleh ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga, teman dan kenalan semua. Terima kasih tak terhingga di atas doa anda semua. Semoga roh bonda saya tenang dan aman di alam barzakh, semoga umi saya ini tergolong dalam mereka yang beriman dan diberikan ruang untuk berada di Jannah-Nya.
Al Fatihah.
Foto kenangan arwah bonda saya serta cucu-cucu dan cicit-cicitnya di bulan Ramadhan yang lepas
Pusara umi saya

Saturday, August 23, 2014
Kenali Dan Cintailah Dia
Assalam
Salahkah kalau kita nak tahu lebih pasal Tuhan kita? In syaa Allah, memang tak salah, malah memang baik kalau kita tahu dengan lebih mendalam tentang Allah yang maha satu. Macam orang yang bercinta, kita kena yakin dengan orang yang kita cintai, apatah lagi dengan Allah yang memberikan cinta abadi. Dengan mengenali Allah, iman kita akan lebih kukuh, kita akan lebih bertaqwa, ilmu tawheed kita lebih baik. Dia lah yang maha agong. Kalau kita boleh sibukkan diri dalam hal politik, dalam hal wang ringgit, dalam hal bercintan-cintun, dalam hal lain yang ada kaitan dengan duniawi, kenapa kita tak boleh sibukkan diri untuk mengenali Tuhan kita? Kan jauh lagi baik kalau kita tahu siapa Tuhan kita. Kita yakin seratus peratus, akan rasa tenang sekalipun mungkin ada musibah yang datang, kita tidak rasa kosong dan tidak rasa keseorangan, malah kita tak akan takut dengan manusia lain atau pun syaitan kerana kita ada Allah yang maha agong. Subhanallah.
Kenalilah Tuhan kita. Tahukanlah akan kebesaran-Nya, tahulah akan kehebatan-Nya. Tiada apa-apa yang dapat menandingi-Nya. Tiada apa-apa yang seperti-Nya. Dialah yang Satu.
Saya menangis mendengar kisah ketika Baginda Rasulullah wafat. Betapa sahabat-sahabatnya dan teman-temannya, juga ahli keluarga berasa sedih teramat sangat dengan kepulangan Rasulullah ke rahmatullah, namun akhirnya, kita semua tahu bahawa manusia ini akan ada tempoh penghujungnya. Yang tidak akan hilang dan tidak akan mati adalah Tuhan maha Agong. Kalau kita beriman pada-Nya, kita tahu bahawa kita tidak akan kehilangan Allah Yang Satu sekalipun di saat kita diambil pergi, Allah tetap ada. Kita datang daripada-Nya, kita kembali juga kepada-Nya. Segala-galanya tercatat di kitab Luh Mahfuz, apa yang akan terjadi pada setiap insan sehingga akhir riwayatnya. Semuanya sudah tercatat, in syaa Allah. Baik atau jahat kita, dari mana datang rezeki kita, siapa jodoh kita, di mana akhirnya kita akan meninggal nanti... tiada yang tidak tercatat di situ. Subhanallah. Kita ini hanyalah pinjaman belaka. Segala-galanya begitu. Kita di dunia ini sekadar sementara sahaja, yang lamanya ialah di akhirat nanti.
Buatlah baik sebanyak mungkin. Jadilah orang yang beramal soleh. Bertaubatlah sentiasa. Cintailah Allah yang maha satu.

Friday, August 22, 2014
Kuat Walaupun Tergugat
Assalam
Al Fatihah buat semua ahli keluarga kita yang sudah pergi terlebih dahulu, termasuklah semua umat Islam yang berada di pesawat MH017 yang telah kembali ke rahmatullah, semoga Allah merahmati roh mereka dan disediakan tempat di Jannah, Amin.
Dalam hal seperti ini, saya ingin mengajak anda untuk ke dunia Palestine, terutama Gaza di mana kita semua tahu bahawa mereka sentiasa disekat dan tersepit dek kezaliman puak Zionis yang busuk hati. Pun begitu, mungkin elok juga kita melihat kepada nikmat yang Allah berikan mereka di negara Palestine itu sekalipun segala azab dan musibah datang menyerang mereka. Mengikut mereka yang selalu ke Palestine, terutama Gaza, rakyat di sana walaupun selalu tidak aman, namun hati dan semangat mereka Allah berikan yang terbaik. Walaupun tak banyak bantuan yang mampu dihulurkan, apa yang sedikit itu Allah jadikan berganda-ganda. Apa sahaja mereka lakukan, semuanya jadi hebat belaka.
Allah berikan semangat yang tinggi, hati dan jiwa yang besar. Oleh kerana itulah mereka mampu bertahan. Kita juga bersyukur kerana ada negara-negara berani seperti Turki, Iran dan Qatar yang banyak menolong Palestine. Semoga kita di Malaysia akan sentiasa membantu mereka. Dalam mengejar kesenangan di dunia, jangan lupa untuk kejar sama kejayaan akhirat kita. Amin ya Robbil alamin.
Wassalam
Cinta hatiku - Sharifah Niloufar (kredit buat Rozie)
Drama Setulus Janji- perkahwinan Nabila (kredit buat Superzai)
Drama Setulus Janji - majlis pernikahan nabila (kredit buat Superzai - wartawan dan kameraman sambilan)
Ilham, Insyirah dan Aiman (kredit buat Superzai)

Thursday, August 21, 2014
Juwita Watak Simbolik
Assalam
Dalam novel Setulus Janji, watak Juwita saya wujudkan untuk menggambarkan ciri-ciri wanita 'penggoda' yang suka merosakkan rumah tangga orang lain. Watak Juwita adalah tipikal personaliti 'wanita yang mempunyai kepentingan diri sendiri'. Wanita ini memang wujud di merata-rata pelosok dunia ini. Memang banyak wanita baik, tetapi banyak juga wanita yang mahu hidup senang dengan cara yang mudah.
Kalau kita perhatikan kepada sejarah Islam, cuba kita nikmati karakter yang ditonjolkan Siti Khadijah bt Khuwailid, isteri baginda Rasulullah S.A.W. Wanita agong ini sanggup berkorban apa sahaja untuk suaminya yang tersayang hinggakan Nabi Muhammad S.A.W. menderita setelah perginya isteri yang tersayang itu. Betapa mulianya hati wanita yang bernama Siti Khadijah, walupun seorang yang kaya, sanggup memberi segala-galanya untuk pastikan suaminya dapat berkhidmat untuk Islam. Itulah yang dikatakan kasih sayang dan cinta yang suci murni.
Namun hari ini, karakter Juwita memang bersepah-sepah. Dalam drama Setulus Janji, saya telah tambahkan peranan Juwita dan membuat karakter Juwita lebih berkesan lagi untuk pastikan dramanya menjadi menarik. Jadi... bila drama Setulus Janji dah siap untuk bersiaran nanti, pastikan anda tidak terlepas menontonnya.
Wassalam.
Ilham dan Insyirah dalam setulus Janji

Wednesday, August 20, 2014
Hidup Di Akhir Zaman
Assalam
Memang penat kita mendengar pelbagai masalah besar yang berlaku sana sini di dunia ini. Kalau kita perhatikan, negara-negara Islam lah yang banyak terjejas akibat pergolakan dan kemisikinan. Maknanya, orang Islam lah yang sedang diberi ujian yang besar. Agaknya kenapa ya?
Pasti kerana iman. Inilah ilmu Tawheed yang kita semua perlu ada. Allah mahu uji kepercayaan kita kepada-Nya. Sebab itu kita dengar kisah mereka yang berasal dari agama Islam sanggup untuk tinggalkan Islam dan menganut agama lain kerana tak sanggup ditimpa ujian. Maknanya, manusia seperti ini lemah imannya. Kalau ilmu Tawheed kita tinggi, diri kita akan jadi bertambah kuat sekalipun kita ditimpa musibah.
Kalau kita perhatikan kepada dunia hari ini, kita dapat melihat negara-negara milik bukan Islamlah yang sedang hidup dengan penuh kejayaan dunia, kekayaan serta kemewahan. Negara-negara seperti Sweden, Denmark, Austria, Germany dan banyak lagi, tidak ada masalah besar yang melanda mereka. Rakyatnya semua berilmu, mempunyai harta dan hidup hampir sempurna. Ini kalau kita sukat dengan kesenangan duniawi. Mereka lengkap semuanya. Tidak di kebanyakan negara Islam. Rata-rata rakyat di negara Islam hidup sengsara. Di Iraq, di Afghanistan, di Palestin, di Yemen, Pakistan, Bangladesh dan banyak lagi.
Inilah cara Allah sukat iman kita. Allah tidak sukat iman mereka yang memang tak percaya pada-Nya.
Hari ini, banyak negara di benua Afrika sedang berperang dengan pelbagai penyakit pelik seperti Ebola dan juga Hepatatis E. Hepatatis E dikatakan telah meragut 1.4 juta rakyat Afrika, lagi dahsyat daripada penyakit Ebola. Hal-hal ini sangat merunsingkan dunia, khasnya di Afrika.
Jadi kita di Malaysia bagaimana agaknya? Tak ada masalah dan musibah?
Mungkin ramai yang fikir bahawa kita di Malaysia sangat aman damai. Tetapi kita banyak terlupa untuk melihat struktur masyarakat hari ini, terutamanya dalam hal sistem kekeluargaan. Akibat masa yang terluang dan mungkin juga kerana keselesaan yang ada dalam masyarakat, kita melihat terlalu banyak kes perceraian yang kadang-kadang seperti trend yang perlu diamalkan dalam rumah tangga orang muda. Perceraian terlalu kerap terjadi hinggakan tidak ada lagi rasa hairan. Kalau dulu-dulu, rumah tangga tidak mudah runtuh. Tetapi hari ini, pantang ada masalah. Pasti akan runtuh. Paling malang, bukan hanya orang-orang muda sahaja yang banyak bercerai, tetapi pasangan berusia juga telah mengamalkan trend cerai-berai ini, seolah-olah masing-masing sudah jadi bingung dan tak mampu untuk berfikir lagi.
Bagi saya inilah dikatakan musibah yang datang pada kita di negara ini. Masyarakat kita sedang bergelumang dengan masalah. Banyak lelaki yang menjadi 'selfish' dan pemalas dan tak bertanggungjawab. Banyak juga perempuan yang mata duitan, sombong bongkak dan tak ada maruah. Akibat ciri-ciri buruk ini yang ada dalam kebanyakan insan-insan di Malaysia, rumah-tangga bergelora. Inilah penyakit yang mungkin jauh lagi bahaya daripada Ebola atau Hepatatis E. Jauh lagi teruk daripada peperangan di sesetengah negara.
Sudah itu, umat Melayu kita semakin hari semakin tidak bijak. Semakin hari semakin membiarkan diri ditindas orang lain. Semakin hari semakin bingung, tak bersemangat. Semakin hari semakin suka membuang masa dan buat benda-benda yang tak ada faedah.
Inilah zaman di akhir zaman... semakin hari tidak cemerlang dan kita semua perlu salahkan diri sendiri kerana kita yang buat pilihan untuk terima kelemahan dan kecundang! Wallahuaklam.
Apa-apa pun, kita jangan lupa, kita perlu beramal dan bersedia untuk dunia akhirat. Hidup di dunia ini hanya seketika sahaja. Di akhiratlah yang buat selama-lamanya. Jangan biar diri sengsara di dunia dan akhirat. Betapa ruginya kita.
Semoga kita sibukkan diri, amalkan ilmu agama dengan sebaik dan sebijak mungkin kerana tanpa keimanan yang kuat, diri kita akan dirasuk syaitan untuk lakukan perkara-perkara yang memudaratkan hidup kita dan keluarga.
Wassalam.
PS. Dalam banyak-banyak gambar yang dikirmkan kepada saya berkaitan dengan drama 'Setulus Janji', saya suka dengan gambar-gambar di bawah ini.
Abang Ilham, Insyirah dan Aiman.
(Ilham dan Aiman kelihatan sangat macam adik-beradik)
Gambar ni cute sangat. Insyirah bersama Abang Ilham dan Aiman naik motosikal kat kawasan sawah padi. Sangat menarik gambar ni, kan?

Tuesday, August 19, 2014
Drama Setulus Janji - Perkembangannya
Assalam
Setakat ini, saya difahamkan bahawa drama ini sedang dalam pembikinannya dengan baik. Setakat ini juga saya belum ada kesempatan untuk pergi ke lokasi penggambaran. Saya kesibukan. Insya-Allah saya akan usahakan untuk ke lokasi mereka. Mungkin tunggu bila sedang berada di Kuala Lumpur nanti. Apa-apa pun, elok juga saya share gambar-gambar yang diambil ketika berada di lokasi.
Anda boleh juga melihat di Facebook Drama Setulus Janji yang dijaga oleh KarnaDya.
https://www.facebook.com/DramaSetulusJanji
Wassalam
Insyirah ketika berada di kampung
Cikgu Faisal dengan Cikgu Azizah, ibu bapa Ilham
Ilham dengan ibunya
Ilham dan Syira ketika berada di Sungai Dua ketika remaja

Hidup Perlu Berani
Assalam
Ya betul, kalau kita asyik takut sahaja, memang kita tak boleh buat apa-apa. Semua benda jadi tak jadi sebab kita tak mahu berdepan dengan sesuatu yang lain. Kita takut untuk mengambil tindakan. Mungkin takut untuk berdepan dengan sesuatu yang kita tak pernah duga. Kita takut dengan risiko. Kita takut untuk berubah. Bila kita takut, itulah yang akan terjadi, kadang-kadang kita terpaksa makan hati atau terseksa hidup kerana kita tak mahu mengambil langkah.
Ada ketika, kita memang perlu berani untuk ambil tindakan walaupun kita tak pasti akan keputusannya nanti. Ada seorang kenalan (masih mudalah) bercerita, dia terpaksa ambil tindakan untuk berhenti kerja kerana bosan dengan sikap bos dan kerenah kakitangan di tempat kerjanya. "Kalau saya teruskan kerja di situ, saya pasti akan makan hati. Lebih baiklah saya berhenti sahaja walaupun saya tak pasti bila saya akan dapat kerja yang baru. Saya tahu Allah akan berikan rezeki kalau saya usahakan."
Begitu juga kisah M. Katanya kepada saya, "Saya berpindah kawasan kerana dah menyampah dengan tempat yang saya duduk tu. Saya tak selesa dan menyampah dengan sikap jiran tetangga yang suka sangat jaga tepi kain saya." Katanya lagi, "Walaupun saya suka dengan rumah saya tu, tetapi saya tahu saya akan terus makan hati kalau masih tinggal di tempat yang sama."
Cerita N pula. "Bila saya tahu suami saya kahwin lagi satu dan sudah berbulan menipu saya, saya terus blah tinggalkannya saja. Saya kata padanya, kalau you ikhlas, you tak akan menipu. I tak mahu hidup dengan penipu lagi." Jadi N pun blah! Lepas itu kata N, suaminya pula melolong-lolong. "Dia kata dia menyesal. Dia kata dia bodoh dan buat sesuatu yang teramat bodoh. Dia merayu dan memujuk saya supaya jangan tinggalkannya. Katanya lagi, dia tak fikir baik-baik pun semasa buat keputusan untuk nikah perempuan tu di Siam."
Semestinya N berani untuk mengambil tindakan. Baginya, kalau hati dah terluka buat apa nak tunggu lagi. Kalau suami dah cari seorang lagi, biarlah dia pergi dengan perempuan itu. Rupa-rupanya lelaki, kebanyakan memang pun pelik. Mereka rajin mengutip, tetapi tak mahu pula harta mereka diambil orang lain!
"Kalau kutip yang baik, tak apalah... tapi kalau kutip yang mata duitan atau kaki menjerat, nak buat apa, kan?"
Apa-apa pun, hidup perlu berani. Kalau kita tak suka, tunjukkan tak suka itu. Kalau tak yakin, jangan memaksa diri untuk teruskan sesuatu yang tak meyakinkan. Apa sahaja yang kita lakukan, pastikan ia adalah berlandaskan kebaikan, bukan keburukan. Allah mahu kita jadi insan yang baik, yang berhati mulia, bukan manusia yang hidup dengan kebodohan dan kejahilan. Nauzubillah min zalik.

Monday, August 18, 2014
Apa Pilihan Mu?
Assalam
Hidup ini bakkan drama yang kita tonton di TV. Kadang-kadang serupa macam novel yang kita baca. Sebab itu mungkin ada yang takut untuk berkahwin kerana kerap membaca novel atau menonton drama yang paparkan kisah keretakkan rumah tangga. Tetapi itulah realiti kehidupan. Orang di Malaysia hari ini, belum lagi diduga atau berkesempatan untuk berperang atau terpaksa melindungi diri seperti mereka di negara Palestine, atau Iraq, atau Syria, atau Libya, atau Afghanistan dan Pakistan... atau di mana-mana negara yang sedang bergolak di dunia ini.
Pun begitu, kita tetap diduga, tetap diuji. Allah sudah janjikan bahawa setiap kita akan diuji kerana ujian itulah yang menentukan iman kita. Jadi, setiap kali kita diuji, ingatlah bahawa ujian itu adalah ujian keimanan kita. Tak mungkin kita beriman kalau tidak diuji. Masya-Allah. Orang di Palestine, terutama di Gaza, besar sungguh ujian mereka kalau dibandingkan dengan ujian kita di Malaysia ini.
Rata-rata, orang yang berumah tangga akan berdepan dengan pelbagai ujian kerana kita jangan lupa bahawa manusia ini dijadikan Tuhan dengan penuh kelemahan, kalau tidak kuat, pasti akan kecundang dengan dugaan manusia lain yang penuh kesyaitanan di hati mereka. Wal hasil, banyak manusia di dunia ini mempunyai sifat kejam yang sanggup menzalimi orang lain kerana kepentingan diri mereka. Bukan sekadar lelaki, tetapi perempuan pun sama. Wallahuaklam.
Jadi apa pilihan kita bila sampai masa untuk berkahwin? Nak kahwin atau tidak?
Saya berjumpa dengan rakan-rakan yang tidak kahwin-kahwin hingga usia yang matang. Mereka okey saja. Walaupun mungkin kadang-kadang terasa sunyi, tapi kerana mereka bijak mengatur hidup, kesunyian itu mampu diatasi. Subhanallah. Kata seorang teman yang tak kahwin-kahwin itu, "Tak apalah tak kahwin pun, jauh lagi baik kalau berkahwin tapi hidup makan hati. Sebab itu kot Allah tak sampaikan jodoh saya dengan sesiapa pun. Mungkin lagi baik saya hidup solo." Allah Maha Adil.
Sungguh tu. Buat apa kita nak merungut kalau jodoh tiada. Jauh lagi baik daripada memaksa diri untuk mencari jodoh dan akhirnya terlibat dengan berkahwin dengan suami orang. Yang pasti, kalau pilih untuk kahwin suami orang, 'makan hati' akan hinggap pada diri. "Buat apa cari penyakit kalau tak ada sakit?" Itulah kata kawan saya. "Saya lagi tak sanggup kalau kerana saya, rumah tangga orang porak-peranda. Tak sanggup nak tanggung dosa bila akhirat nanti. Di dunia ni bolehlah kita senyum, tapi bila mati macam mana nak jawab!"
Ya sungguh tu. Apa sekalipun yang kita nak buat, biarlah kita fikir baik-baik dan jangan pentingkan diri sendiri kerana akibat perbuatan kita itu akan menjejaskan bukan hanya masa depan kita tetapi masa depan orang lain juga. Jangan lupa, setiap benda buruk dan tak baik yang kita buat, akan ada balasannya nanti. Tak mungkin terlepas!
Setiap perbuatan tak jujur dan penipuan, kita tak akan terlepas. Allah tak akan izinkan. Subhanallah.
Dalam pada itu, saya mendapat mesej daripada seorang teman yang sedang bercuti di Unied Kingdom. Katanya pada saya yang dia akan berjumpa dengan kawan lama kami di London. Nama kawan kami 'RC'. Kawan kami (RC) dulu kerja sama-sama dengan kami, lepas tu dia ikut suaminya ke tempat lain di bahagian Utara Malaysia. Dia hanya ada dua orang anak lelaki.
Namun begitu, kata kawan saya yang berada di London itu, kebahagiaan hidup RC ditarik pergi bila selepas berpuluh tahun berkahwin dan bahagia bersama suami, tiba-tiba suaminya menceraikannya untuk berkahwin lain. Sudah itu, belum sempat mengubat hati yang terluka, salah seorang anak RC kemalangan dan meninggal dunia. Kini, dia di London untuk menumpang kasih anak yang sudah tinggal seorang. Anaknya itu sedang melanjutkan pelajaran di tahap PhD.
Kesiannya teman lama saya itu. Semoga Allah berikan dia kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidupnya. Yang pasti, setiap 'lupa daratan' itu akan ada balasannya. hanya masa yang menentukannya. Masya-Allah.
Begitulah pilihan hidup kita. Kita memilih dan kita tak tahu apa penghujungnya. Hanya Allah yang menentukannya. Tetapi, selagi kita percaya pada Tuhan dan yakin akan cinta Allah pada kita, tak payahlah kita risaukan hal lain yang datang untuk menguji kita. Kerana ujian itu datang untuk menguatkan iman kita. Allahuakbar!
Wassalam.
Sunday, August 17, 2014
Nak Terus Bertunang Atau Tidak?
Assalam
Alhamdulillah, ibu saya sudah dibenarkan pulang walaupun terpaksa guna oksigen lagi. Pun begitu, oleh kerana usia dan keuzurannya, dia selalu tak stabil. Kami sebagai anak-anak dan keluarganya, kami terima seadanya dan ketentuan Ilahi. Insyaa-Allah, mudah-mudahan dia pulih semula. Apa-apa pun, kami anak-anak perempuan ibu saya, kami dah bertukar jadi doktor dan misi. Satu pengalaman yang sangat berharga. Semuanya kami lakukan kerana sayangkan ibu kami. Doakan ya, untuk ibu saya ini.
Dalam pada itu, ada seorang pembaca minta tolong dengan saya tentang masalah kawannya. Kawannya itu sudah bertunang di atas kehendak ibunya. Katanya, pada mula-mula, tunang A (saya namakan kawan pembaca saya sebagai A) nampak macam okey saja, mahu melayannya dengan bertanya khabar. Tetapi selepas beberapa bulan bertunang, tunang A mula berubah. Dia sudah malas bertanya khabar dan berperangai seperti tak berminat. Sudah itu, tunang A juga berkata kepadanya yang dia bukan merupakan seorang tunang yang baik.
Aduhai... bagi saya, kata-kata seperti itu dan tingkah seperti itu, sudah tentu memberi gambaran yang tidak baik. Mungkin tunang A tidak tahu bagaimana mahu putus dengannya.
Ada dua perkara yang A boleh pertimbangkan. Satu, untuk teruskan pertunangan dan kemudian berkahwin dengan A, walaupun sedar akan risikonya. Pelbagai kemungkinan mungkin terjadi. Namun begitu, kalau kita terima bahawa kehidupan setiap insan di dunia ini pasti akan bertemu dengan ujian, mungkin kita sanggup mengambil pelbagai risiko dan kemungkinan yang akan berlaku. Maknanya kita redha apa sahaja yang datang kepada kita tanpa mahu mempersoalkan apa-apa.
Dua, A boleh sahaja mengambil keputusan dengan tunangnya untuk berterus terang. Kalau rasa-rasa macam tak boleh hendak diteruskan oleh kerana alasan-alasan tertentu, mungkin elok jangan teruskan pertunangan itu. Lagipun, pertunangan biasanya terjadi kerana mahu memberi masa untuk mendapat kepastian dalam perhubungan dua insan lelaki dan perempuan sebelum berkahwin. Kalau tak pasti dan rasa itu lebih kepada negatif, eloklah diputuskan sahaja.
Bagi saya, hak untuk membuat keputusan adalah pada diri kita. Tiada sesiapa yang boleh buat keputusan untuk kita kerana ini adalah hidup kita. Kalau mahu berkorban pun, biarlah bertempat. Lagipun... buat apa kita nak teruskan perhubungan kalau hati kita tahu yang 'si dia' berat untuk terima kita. Wallahuaklam.
Semoga A membaca coretan saya ini.

Friday, August 15, 2014
Tak Boleh Bercerita
Assalam
Saya bercadang nak update blog ini sebab ada pembaca yang bercerita sesuatu pada saya, tapi malangnya saya masih kesibukan dan keletihan. Sebenarnya bukan niat saya untuk mengadu atau merungut, tetapi kerana keadaan yang tak mengizinkan ini, biarlah saya tidak bercerita lagi. Doakan agar ibu saya pulih sebaik mungkin, mungkin barulah saya boleh bercerita di blog saya ini.

Thursday, August 14, 2014
Jangan Jadi Orang Zalim
Assalam
Saya masih kesibukan kerana ibu saya masih berada di hospital. Walaupun sudah baik keadaannya daripada mula-mula sakit, namun kata doktor, dia perlukan oksigen lagi, jadi terpaksalah duduk di hospital. Harap-harap tak lama lagi dia akan dibenarkan pulang. Bukannya apa, mungkin jauh lagi seronok buat ibu saya untuk berada di rumah kami. Maklumlah, dia rindu pada cicit-cicitnya.
Pun begitu, di pagi hari Khamis ini, saya ingin bercerita tentang apa yang kita suka buat. Kadang-kadang seseorang itu jadi jururawat atau jadi doktor kerana terpaksa, tetapi bagi mereka yang melakukannya kerana itu adalah pilihan hati mereka dan mereka betul-betul suka pada bidang perubatan ini, pasti mereka seronok buat kerja. Walaupun memenatkan dan mungkin juga tension, tetapi kerana suka akan bidang itu, mereka sanggup sahaja melayan kerenah pesakit dan orang lain yang ada kaitan dengan bidang mereka itu. Berbeza dengan mereka yang melakukan sesuatu kerana terpaksa.
Dalam pada itu, mungkin elok kalau kita bawa berfikir tentang apa sahaja tugasan yang kita perlu lakukan dalam hidup ini. Kadang-kadang kita lakukannya kerana memang kita tiada pilihan. Misalnya seorang suri rumah, walaupun tiada gaji, mereka tetap kena uruskan rumah tangga. Memasak, mencuci pakaian, mengemas rumah, melayan anak-anak dan suami, malah kerja mereka dari pagi sampai malam, memang tak berhenti-henti. Kalau sakit pun tak dapat ambil cuti sakit. Sungguh kesian. Kalau suami dan anak-anak menghargai pengorbanan mereka ini, alhamdulillah.
Tetapi kadang-kadang memang ada suami yang tak ambil peduli sangat. Baginya itu adalah kewajipan isteri, tak kisahlah kalau tak bergaji dan terpaksa bekerja sepanjang hari. Tetapi kalau kita fikir baik-baik, kita tak akan jadi manusia yang tak bertimbang rasa, kerana Allah SWT itu maha kaya dan maha adil, tidak menjadikan kaum Hawa untuk menjadi kuli kepada lelaki. Sepatutnya memang begitu. Kalau lelaki mempunyai hati budi, mereka akan menghormati isteri-isteri yang terpaksa bertungkus-lumus di rumah untuk keluarga. Bukan biarkan isteri jadi kuli, tetapi mereka mengambil kesempatan untuk berseronok-seronok atau menyenangkan hati di tempat lain. Kalau kita 'buat begitu' dan baru tersedar bahawa itu merupakan satu kezaliman, harap-harap kita mampu untuk memperbaiki diri. Jangan biarkan kita buat apa yang kita suka buat, dan biarkan isteri buat apa yang dia terpaksa buat!
Begitu juga dengan kaum wanita, jangan pula kita mengambil kesempatan. Janganlah kerana kita fikir kita dah jumpa dengan lelaki yang baik hati, maka kita pun mula membuli. Jangan lupa... bila apa yang kita buat tu merupakan sesuatu yang tak baik, balasannya tetap akan ada. Tak kiralah kita perempuan atau lelaki. Biarlah kita buat apa yang kita suka dan buatlah dengan niat yang baik dan melalui cara yang baik, agar kita tidak tergolong sebagai mereka yang zalim. Wallahuaklam.

Tuesday, August 12, 2014
Sayang Ibu
Assalam
Siapa yang tak sayangkan ibu mereka? Saya percaya memang ada yang tak kisah... tak apalah kalau begitu. Tetapi bagi saya, alhamdulillah Allah berikan nikmat ini kepada saya untuk rasa sayang pada ibu saya walaupun kini ibu saya sudah tua dan uzur. Semenjak dia di hospital, sayalah yang paling banyak dan kerap berada di sisinya. Bukan nak puji diri sendiri, sekadar untuk berkongsi rasa sahaja. Saya rasa memang rugi kot kalau kita tak ambil peluang untuk rapatkan diri dengan ibu kita selagi umur kita dan umur ibu kita masih ada.
Doa ibu sangat berkesan kerana Allah memang sayang pada ibu-ibu, jadi ambillah peluang untuk meminta ibu kita doakan untuk kita, insyaa-Allah doa ibu sangat makbul. Walaupun berat dan mungkin susah, janganlah kita lepaskan peluang untuk sentiasa berbakti pada ibu kita. Jangan kita lukakan hati mereka, jangan kita hancurkan hati mereka, jauh sekali membohongi mereka kerana semua itu akan merugikan diri kita. Buatlah baik kepada ibu kita selagi ada peluang untuk buat begitu.
Saya juga merupakan seorang ibu dan insyaa-Allah, saya sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak-anak saya. Semoga mereka diberkati Allah SWT dunia dan akhirat. Amin.
Wassalam.
Habib dan cucunya masa hari raya.

Monday, August 11, 2014
Semuanya Okey, Alhamdulillah.
Assalam
Alhamdulillah, walaupun ibu saya masih berada di hospital, beliau kini jauh lagi baik daripada seminggu yang lepas. Semoga ibu saya akan sembuh seperti biasa, insyaa-Allah. Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang terlibat untuk membantu ibu saya kembali segar. Hanya Tuhan sahaja yang akan membalas budi baik mereka semua.
Dalam kesibukan saya menguruskan ibu saya, pihak produser drama Setulus Janji juga sibuk teruskan proses penggambaran. Saya memang tak ada masa untuk 'join' mereka, tetapi dari masa ke masa, saya dikirim gambar-gambar ketika berada di lokasi untuk 'shooting'. Mungkin elok saya share sedikit gambar untuk pembaca-pembaca blog ini.
Untuk makluman anda, saya tetap sibuk dengan penulisan dan kerja-kerja saya. Ada ketika, saya mencari tempat yang tenang untuk buat kerja ketika berada di hospital. Semuanya berjalan lancar. Semuanya okey, alhamdulillah.
Wassalam.
Cik Piah berlakon jadi Adila Sefia dalam drama Setulus Janji
Inilah rumah ibu bapa Dr. Ilham, ibu bapa angkat Insyirah dalam drama Setulus Janji.

Saturday, August 09, 2014
Tenang Sudah Hatiku
Alhamdulillah, ibu saya akan dikeluarkan dari ICU malam ini. Teruskan berdoa untuknya, semoga ibu saya akan sihat semula. Insyaa-Allah. Saya berasa lebih tenang.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan untuk ibu saya.
Terima kasih ya Allah.

Thursday, August 07, 2014
Bondaku Tidak sihat
Assalam
Dah banyak hari saya tak update blog ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana perginya tuan rumah blog ini... untuk makluman anda semua, saya masih di sini, di bumi Malaysia. Namun begitu, saya amat sibuk kerana ibu saya tenat dan berada di ICU untuk mendapat rawatan rapi. Sudah tiga hari dan hari ini barulah kelihatan ibu saya lebih stabil daripada sebelumnya. Dia ada masalah paru-paru dan darah rendah. Badannya kurang oksigen dan banyak karbon diokside. Alhamdulillah, masalah oksigen sudah dapat di atasi. Pun begitu, kerana faktor umur, ibu saya masih di ICU dan masih dirawat rapi. Doakan agar dia cepat sembuh.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sangat ambil berat tentang kesihatan ibu saya. Saudara mara, adik-beradik, kawan-kawan, pembaca-pembaca budiman... alhamdulillah saya sangat menghargai ucapan dan doa anda sekelian. Semoga Allah permudahkan untuk ibu saya melalui ujian ini.
Teruslah doakan untuk umi saya, semoga bonda saya ini cepat pulih dan mampu untuk tersenyum semula.

Tuesday, August 05, 2014
Siapa Yang Racist?
Assalam
Setiap hari, ada sahaja berita yang kita terima tentang kezaliman yang berlaku di Palestine. Dalam pada itu, ada juga puak di Malaysia ini (termasuk yang mengaku Islam) tak berpuas hati bila melihat berduyun-duyun rakyat Malaysia tunjuk perasaan anti Israel di Dataran Merdeka baru-baru ini. Walaupun pada asal mereka target untuk kumpulkan 10,000 orang di Dataran Merdeka, namun alhamdulillah mengikut kata surat khabar, sekitar 50,000 yang hadir! Tak payah pun pujuk rayu, tak payah bayar apa-apa, macam-macam peringkat manusia yang hadir sama. Itu menunjukkan memang banyak rakyat Malaysia yang prihatin terutama mereka yang beragama Islam.
Jadi, saya rasa hairan kalau ada pula yang berpandangan bahawa perhimpunan untuk Palestine itu merupakan sesuatu yang racist kerana banyak lagi penindasan yang berlaku di dunia ini tetapi kita tak tunjuk perasaan! Adoiii... macam mana nak kata ya? Tapi bagi saya, tak usahlah tuduh orang Melayu racist, sedangkan bagi saya, ramai lagi orang lain yang jauh lagi racist, tapi mereka tak kata apa-apa pun! Misalnya ketika perhimpunan Palestine/Gaza di Dataran Merdeka itu, saya boleh katakan 98% adalah orang Islam yang hadir untuk tunjuk protes! Walaupun ada pergerakan kristian yang turut hadir, tapi kita semua tahu tak banyak mana yang bukan Islam hadir sama. Jadi... siapa yang racist?
Cuba kita lihat pada kes wanita muda yang bernama 'Kiki' baru-baru ini, hah tengok siapa yang protes macam nak gila? Orang Melayu ke? Kenapa boleh pun tunjuk rasa marah tu? tapi kenapa orang Melayu tak boleh tunjuk rasa marah bila kita memang marah pun? Memang tak adil kalau ada yang nak protes bila orang Melayu nak tunjuk perasaan. Kes di Palestine tak sama macam di Syria, di Iraq atau di Afghanistan. Tak sama juga macam di negara-negara Afrika. Kita juga tahu bahawa penindasan di Palestine itu adalah satu penindasan 'pusat' yang mampu merebak di mana-mana sahaja. Israel dan konco-konconya memang pilih untuk kenakan penduduk Palestine dan rata-rata dunia menutup mata! Takkan kita di Malaysia juga turut tutup mata sama!
Kalau saya ke negara asing, teramsuk di Thailand, Eropah dan mana-mana sahaja, saya sentiasa hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa kira bangsa atau agama mereka. Malah, ketika Filipina ditimpa bencana baru-baru ini, kami menghantar bantuan wang ringgit, tanpa ambil kira bangsa dan agama mereka. Malah, setiap bulan kami sumbang kepada UNICEF untuk membantu kanak-kanak di seluruh dunia tanpa kira bangsa dan agama mereka. Jadi, salah ke kalau kita protes untuk Gaza?
Bagi saya, kita wajib bantu siapa sahaja di dunia ini yang perlukan pertolongan, tetapi di Gaza, kita semua tahu betapa mereka begitu tertekan dan dizalimi tahap gaban dan kalau kita terus-terusan buat buta mata dan hati, lebih baiklah kita mati sahaja kerana tak guna pun hidup di dunia ini kerana kita hanya mahu hidup untuk diri kita sahaja, sama seperti puak Zionis!
Jom, kita terus boikot apa-apa sahaja yang kita mampu boikot asal mereka tahu kita menentang mereka!
Jom kita pergi shopping di tempat-tempat yang beri kita alternatif yang juga menjual barangan lokal buatan orang kita! tak payah pergi ke pasaraya yang tidak menolong orang kita tetapi menolong Zionis!
Berjaga-jaga!
Wassalam.
Fida Ibrahim (Insyirah) bersama Yusufia dan Niloufar (Adila Sefia)untuk drama Setulus Janji

Monday, August 04, 2014
Di Mana Letaknya Kehebatan 1.5 Bilion Ummat Islam?
Assalam
Semoga anda sekelian mulakan minggu ini dengan semangat yang tinggi. Semoga kita bangga menjadi ummat Islam di dunia ini dan semoga segala amalan dan kebaikan kita lakukan untuk akhirat kita nanti, insyaa-Allah.
Pun begitu, mungkin kita tertanya-tanya, di mana letaknya kehebatan menjadi ummat Islam di dunia ini? Mengikut statistik, 1.5 bilion manusia di dunia ini adalah orang Islam. Mengikut statistik juga, hanya 14 milion manusia di dunia hari ini adalah berketurunan Yahudi. Terlalu jauh jaraknya, tetapi mengapa Yahudi Zionis mampu untuk buli ummat Islam? Jawapannya ialah kerana mereka mempunyai kuasa material dan pengetahuan yang kuat. Kuasa kewangan mereka mantap, kuasa pengetahuan mereka juga mantap dan kerana itu mereka mampu untuk memberi arahan kepada mana-mana kumpulan dan puak untuk mematuhi arahan mereka. Kenapa ummat Islam lemah? Kerana kita terpaksa bergantung pada kekuatan Yahudi itu. Malah, di antara ummat Islam, ramai yang berkiblat kepada Zionist (Nauzubillah) dan kerana itulah ummat Islam semakin mudah dizalimi oleh mereka yang punyai kuasa.
Tetapi kita jangan lupa untuk melihat sejarah. Ummat Islam pernah kuat dan pernah mempunyai kuasa besar, malah lebih banyak pengetahuan dan berjaya untuk mencipta pelbagai benda untuk memudahkan manusia hidup dalam dunia tamadun. Ummat Islam pernah mempunyai ilmu yang tinggi dan kebijaksanaan dan mampu untuk menumbangkan mereka yang anti Islam. Suatu ketika dahulu, ketika Eropah berada dalam kegelapan (dark ages), ummat Islam sedang maju ke depan. Sekali lagi saya ingin bawa anda ke Andalusia. Dalam masa 8 hari sahaja, Islam takluki Sepanyol dan golongan kristian ketika itu mengambil masa selama 800 tahun untuk mengambil Sepanyol semula. Itu menunjukkan Islam mampu untuk berjaya.
Begitu juga kehebatan zaman Othmania yang mampu untuk takluki Konstantinople dan banyak negara di Eropah, Timur Tengah dan Asia.
Hari ini, orang Islam termasuk orang Melayu di negara ini, tidak mahu melihat pada sejarah. Kita lupa bahawa Islam pernah merupakan ummat yang hebat dan tak mustahil untuk kita jadi hebat semula. Lihatlah di Palestine terutama Gaza. Dalam kesempitan dan dalam kehidupan yang dizalimi, mereka tetap hebat, mampu untuk membina 'tunnel' yang canggih dan tentunya ini sangat menakutkan puak Zionist yang zalim!
Hari ini, orang kita hanya hebat untuk menunjuk-nunjuk. Pakai pakaian branded, kasut branded dan sibuk tayang di Instagram supaya semua orang tahu. Sibuk cerita pada orang tentang 'material' yang kita ada, sedangkan kita lupa semua ini adalah sementara sahaja. Jom, jadilah orang yang bijak yang tahu menilai ilmu. Jadilah manusia yang berilmu, yang sayang pada Tuhan dan tak takut untuk kehilangan material. Jadilah ummat yang mahu bekerja kuat. Jadilah ummat Islam yang sentiasa prihatin, tahu letak nilai pada diri dan jadilah manusia yang punyai akhlak tinggi. Jadilah ummat Islam yang sejati. Amin.
Wassalam.
Islam mampu untuk jadi hebat!

Sunday, August 03, 2014
Boikot Barangan Israel!
Assalam
Alhamdulillah kami sempat pergi ke Dataran Merdeka semalam untuk luahkan perasaan simpati pada rakyat Palestine yang berada di Gaza. Walaupun tak banyak mana yang dapat kita lakukan untuk tolong mereka, namun Allah SWT tahu apa yang ada di hati kita, insyaa-Allah.
Apa pun, saya berasa bangga kerana sambutan yang diberikan untuk tunjuk sokongan rakyat Malaysia kepada Gaza sangat hebat! Memang ramai yang hadir. Mungkin jauh lagi hebat dari concert penyanyi-penyanyi hebat, walaupun kebetulan ada beberapa orang selebriti yang turut hadir untuk berikan sokongan mereka. Mereka di situ bukan menyanyi atau menghiburkan, sekadar memberi sokongan sahaja. Penyanyi Datuk Hattan, Faizal Tahir, Ella, Betty Benafe, Heliza dan Afdlin Shauki berada di situ untuk bersama-sama rakyat Malaysia untuk tunjukkan perasaan sokongan kita untuk membantah kezaliman puak Israel Zionist terhadap rakyat Gaza! kami juga membantah sikap Amerika yang tidak berperi kemanusiaan.
Alhamdulillah, kami pergi beramai-ramai. Tiga belas orang ahli keluarga kami pergi ke Dataran Merdeka untuk tunjukkan sokongan kami. Malah, ada beberapa orang pembaca saya juga turut ke sana untuk memberi sokongan kepada Gaza. Alhamdulillah.
Semoga kita sama-sama lakukan apa sahaja yang mampu untuk membantu mereka di Gaza. Selain dari doa dan sumbangan wang ringgit, satu perkara penting yang kita mampu lakukan ialah untuk boikot semua barangan Israel dan yang bersekutu dengan mereka. Elakkan dari membeli barang-barang dan makanan puak Israel kerana wang pembelian inilah mereka membeli senjata dan peluru untuk membunuh rakyat palestine!. Jom kita boikot!
Jangan lupa, kita semua bertanggungjawab untuk membantu penduduk Gaza. Jangan pula nanti kita akan dipersoalkan bila akhirat nanti kerana tak mampu untuk buat apa-apa untuk rakyat Gaza yang sedang dizalimi!
Allahuakbar!
PS:
Jangan lupa untuk tengok video di bawah tu. Cucu saya Firas sedang memberi sokongan kepada Gaza!

Saturday, August 02, 2014
Jom Sokong Gaza!
Assalam
Apalah yang kita ada, hanya sekadar wang ringgit mungkin untuk kita hulurkan kepada mereka. Itu pun bukannya mudah untuk sampai kepada mereka, tetapi kita tak boleh putus asa!
Hulurkanlah doa kita tak henti-henti walaupun mereka terus dihentam tak henti-henti oleh pihak zalim Zionis. Begitulah manusia apabila tiada akal, tiada hati, hanya ada perasaan tamak haloba, gilakan kuasa dan harta dunia, mereka akan lakukan apa sahaja. Begitu juga manusia hipokrit yang mengaku beragama Islam, tetapi sanggup sokong Zionis hanya kerana harta dunia. Allahuakbar!
Walaupun tak banyak mana, jom tunjukkan sokongan kita kepada mereka yang sedang menderita di sana. Jom kita tunjukkan semangat kita untuk bersama mereka, biar mata dunia terbuka. Semoga Allah SWT tempatkan ummat Gaza di syurga-Nya, semoga mereka mendapat ganjaran terbaik di Akhirat nanti. Subhanallah. Jom kita turun beramai-ramai ke Masjid Jamek petang ini untuk tunjukkan sokongan kita kepada mereka yang dizalimi!

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)