Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, June 23, 2012

Kawan Lama Muncul Semula


Salam

Pagi semalam, saya kurang sibuk, jadi saya pun pergi menjenguk-jenguk beberapa blog di alam maya. Entah macam mana saya pun termasuklah ke satu blog ini. Blog yang mengisahkan sebuah pusat atau rumah anak yatim yang terletak di kawasan Perlis. Saya pun bacalah entri-entrinya dan entah macam mana juga, saya terlihat kehadiran seorang wanita di salah satu entri itu. Siap ada gambar lagi. Wanita itu aktif di rumah anak yatim berkenaan. Banyak yang dilakukan untuk mengumpulkan dana untuk rumah anak yatim berkenaan. Bila saya teliti nama yang tertera, saya rasa macam familiar aje.

Lepas itu, saya pun hubungi seorang kawan saya yang saya gelar 'Kak Sal'. Dia berada di Johor dan pernah maklumkan pada saya bahawa dia pernah hubungi seorang teman lama saya ketika kami berada di Universiti Malaya suatu ketika dahulu. Tentulah saya ingat nama kawan lama saya tu, cuma tak pasti nama ayahnya. Kak Sal beritahu saya nama ayah teman saya dan saya percaya wanita yang saya lihat di blog berkenaan itu adalah teman lama saya. Jadi saya pun mintalah nombor telefonnya dari 'Kak Sal'.

Petang semalam, saya kirim mesej kepada teman lama saya. Dia sangat teruja bila tahu yang saya sedang menghubunginya. Saya pun telefon dia dan kami berbual panjang. Kawan saya itu kini sedang berada di Kangar tetapi katanya dari masa ke masa dia datang ke KL kerana masih bertugas secara 'part time'. Kawan saya itu adalah seorang 'Trainer'. Dia maklumkan kepada saya bahawa dia berada di Kangar bersama anak bongsunya, seorang anak lelaki yang baru lagi mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang bayi kecil. Kawan saya di sana kerana menemani bayi kecil itu dan membantu anak lelakinya untuk urusan di rumah anak yatim. Maklumlah, itu merupakan cucu pertamanya. Dua orang anak perempuannya berada di KL. Seorang (yang sulung) sudah pun berumah tangga dan yang kedua masih single dan kata teman saya, anak perempuan keduanya itu adalah seorang pelakon TV dan drama (huhu... saya tak nak cakap siapa).

Kami berbual-bual lagi dan merancang untuk berjumpa pada hari Rabu depan. Kebetulan, teman saya itu akan berada di KL dan saya juga ada kerja di KL pada hari Rabu berkenaan. Insya-Allah, kami akan berjumpa.

Okeylah... hujung minggu ni saya ada tugasan yang perlu disiapkan segera. Okeylah, adios semua. Take care dan salam sayang.

Wassalam.